Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Mohammad Agus Yusoff

Biografi mohammad agus yusoff

Mohammad Agus Yusoff dilahirkan pada 10 Oktober 1961, Umur 62 tahun ialah merupakan seorang profesor sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Dan beliau merupakan seorang tokoh media terkemuka di dalam negara Malaysia. Kepakaran beliau dan pandangannya mengenai politik Malaysia, Indonesia dan juga Sri Lanka serta federalism, pilihan raya, hubungan etnik dan banyak lagi membuatkan nama beliau sering disebut.

Beliau juga telah menerbitkan begitu banyak buku artikel serta laporan mengenai topik yang berkaitan dengan kepakaran beliau. Selaku tokoh, beliau juga muncul di program televisyen dan radio untuk mengulas dan menganalisis situasi politik semasa. Beliau juga menjawat jawatan sebagai pengarah pusat penyelidikan sejarah politik dan hal ehwal antarabangsa di UKM. Selain itu beliau juga adalah merupakan bekas pengarah jabatan komunikasi komuniti (J-KOM).

Maklumat Berkaitan Muhammad Agus Yusoff

MOHAMMAD AGUS YUSOFF 2

Kehidupan Awal dan Pendidikan

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dilahirkan pada 10 Oktober 1961 di Machang, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Hamzah Machang di mana beliau menamatkan pendidikan menengahnya.

Beliau telah melanjutkan pengajiannya ke peringkat sarjana muda dalam bidang sains politik di universiti Malaya yang mana beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi kepujian pada tahun 1985. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke lebih Tinggi di universiti Manchester United kingdom yang mana beliau menyambung dalam peringkat master pada tahun 1918 dan juga PhD pada tahun 1992. Kedoktoran beliau adalah melalui tesis bertajuk “Politik Konsosiasi : pengalaman Malaysia.”

Biografi Muhammad Agus Yusoff

Berikut adalah biografi berkenaan Muhammad Agus Yusoff:

BiografiMaklumat
NamaMohammad Agus Yusoff
Tarikh Lahir10 Oktober 1961
Tempat LahirMachang , Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
BangsaMelayu
AgamaIslam
PendidikanBA (Hons.) Ijazah Sains Politik, Universiti Malaya (1985)
(MA)Sarjana dalam Sains Politik, Universiti Manchester (1988)
Ph.D. dalam Sains Politik, Universiti Manchester (1992)
PekerjaanProfesor Sains Politik, UKM
Pengarah pusat penyelidikan sejarah, politik dan hal ehwal antarabangsa, UKM
Ketua pengarang jurnal lajian nusantara
Penganalisis dan pengulas politik
StatusTelah berkahwin dengan isteri, Dr Noraini Md Yusof
Anak-anakMuhammad Afiq
Nur Afiqah
Muhammad Aiman
Nur Aiman
AnugerahAnugerah Buku Negara (2001)
Media SosialInstagram: agusyusoff_

Kerjaya dan Sumbangan Mohammad Agus Yussof

Pekerjaan Mohammad Agus yusoff

MOHAMMAD AGUS YUSOFF 1 1

Selaku seorang yang mempunyai pengajian yang tinggi, Mohammad Agus yussof telah memberikan komitmen dan terlibat dengan pelbagai cabang dan bidang. Beliau sangat aktif dalam dunia ilmu dan penulisan. Sumbangan beliau amat ditagih dan menjadi rujukan pelbagai pihak.

Berikut adalah senarai kerjaya dan keterlibatan beliau:

  • Ketua pengarang Jebat-Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies.
  • Selaku editor di jurnal e-Bangi.
  • Penilai bagi buku dan artikel jurnal terbitan dari universiti seperti UKM,UPM,UUM,UTM dan USM.
  • Terlibat dalam penerbitan bersama DBP dan Prentice-Hall.
  • Terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan kerja perundingan politik, negara, NGO dan pemimpin politik negara.
  • Terlibat memberi motivasi dan ceramah kepada komuniti ilmu.

Untuk rujukan lebih lanjut, anda boleh merujuk di laman UKM.

Sumbangan Penyelidikan Oleh Mohammad Agus Yusoff

Mohammad Agus Yusoff seorang yang sangat meminati dalam bidang penyelidikan. Terdapat banyak penyelidikan beliau yang memberi sumbangan dan sumber kepada ilmu negara. Beliau telah berkecimpung dalam bidang penyelidikan bermula tahun 2009 sehingga sekarang.

Berikut adalah antara penyelidikan beliau yang berjaya dihasilkan:

  1. Effective Protection of the Malaysian Maritime Provinces (Perlindungan Yang Berkesan ke atas Wilayah Maritim Malaysia), UKM-SK-04-FRGS0011-2006, Project Head.
  2. Conceptualizing and Theorizing Jihad among Southeast Asia’s Radical Salafi Movements: Case Studies of Jemaah Islamiyah, HisbutTahrir and Jamaah Asharut Tawhid, FRGS/1/2011/UKM/ 02/20. RM60000, Project Head.
  3. 13th General Elections: Representation and Democracy in Malaysian New Politics (Pilihan Raya Umum ke-13: Representasi dan Demokrasi dalam Politik Baru Malaysia), UKM-GGPM-CMNB-038-201, RM50000, Member.
  4. Conflict and Integrations in Malaysia-Indonesia Relations. (Konflik dan Kesepaduan dalam Hubungan Malaysia-Indonesia), PTS-2011-146, RM70,000, Joint Research with Universitas Indonesia.

Pengiktirafan Dan Anugerah

Dengan jasa beliau yang aktif dalam dunia penyelidikan dan cabang lain, membuatkan Mohammad Agus Yusoff dinilai sebagai seorang yang memberi sumbangan yang besar kepada pendidikan negara Malaysia. Beliau telah berjaya dikurniakan beberapa anugerah.

Berikut adalah senarai anugerah yang berjaya diperolehi Mohammad Agus yusoff:

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ke-20 14 September 2006
  • Anugerah Perkhidmatan Terbilang 15 Oktober 2010
  • Darjah Paduka Mahkota Kelantan (DPMK) November 2011

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati