Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000 merujuk kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) Micro/i PEMERKASA, iaitu satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pembiayaan/ pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.
Untuk makluman semua, pada 17 Mac 2021 yang lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebanyak 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.
Insiatif keenam, beliau telah mengumumkan bantuan kemudahan mikro kredit khusus kepada para usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta. Melalui BSN, dana sebanyak 300 juta ringgit akan disediakan dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit, di mana kadar faedah telah dikurangkan daripada 3.5 kepada 3 peratus.
Official Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000
Isi Kandungan
Jenis Skim Pembiayaan Mikro Pemerkasa BSN
Terdapat sebanyak lima skim pembiayaan yang disediakan oleh pihak BSN mengikut beberapa kategori tertentu, iaitu
- BSN Micro/i PEMERKASA
- BSN Micro/i PEMERKASA BELIA
- BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN
- BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA
- BSN Micro/i PEMERKASA-NITA
Maklumat Pembiayaan Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000
Maklumat pembiayaan Mikro Pemerkasa BSN ini adalah seperti berikut:
- Amaun Pinjaman: Sehingga RM 50,000
- Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan.
- Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset (BSN Micro/i PEMERKASA / PEMERKASA BELIA / PEMERKASA ISTIMEWA / PEMERKASA-NITA) ATAU Dana bagi menampung kos-kos tetap operasi perniagaan sehingga 6 bulan seperti gaji, bil utiliti, sewaan untuk 6 bulan dan lain-lain (BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN)
- Kadar Faedah: 3% dalam setahun
Cara Permohonan
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk memohon pembiayaan Mikro Pemerkasa BSN ini,
- Muat turun Borang Permohonan BSN Micro/i yang disediakan di bawah ini.
- Mengisi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
- Menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantarkan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN / Cawangan Utama Negeri BSN yang berhampiran dengan anda.
Dapatkan “Borang Permohonan BSN Micro/i” di sini
Di sini admin nak kongsikan borang permohonan tersebut. Kesemua jenis skim pembiayaan BSN PMERKASA tersebut menggunakan borang permohonan yang sama. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Borang Permohonan BSN Micro i
Syarat Kelayakan & Dokumen Sokongan
Anda boleh rujuk pautan di bawah ini untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan dan dokumen-dokumen sokongan bagi setiap jenis skim pembiayaan BSN PEMERKASA berikut:
- BSN Micro/i PEMERKASA
- BSN Micro/i PEMERKASA BELIA
- BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN
- BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA
- BSN Micro/i PEMERKASA-NITA
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan menerusi:
- Talian: 1300-88-1900
- Lawati laman sesawang BSN: http://www.bsn.com.my
- Emel: https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/business/cst_list_bm.pdf
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian bantuan lain seperti Bantuan Peniaga GKP 3.0 RM1000, Bantuan Insentif Kerjaya Gig RM600 dan RM200 ataupun eWallet RM150 Bantuan Prihatin Belia.
Semoga perkongsian Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000 ini dapat memberi maklumat kepada para usahawan mikro dan juga PKS yang memerlukan bantuan pembiayaan bagi permodalan kerja dan pembelian aset. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga dan kenalan ramai yang berkelayakan untuk memohon.