Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Insentif Kerjaya Gig RM600 dan RM200

Bantuan Insentif Kerjaya Gig RM600 dan RM200

Insentif Kerjaya Gig ini merupakan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada para majikan dan juga pekerja yang terlibat dalam sektor perkerjaan Gig. Pemberian bantuan ini sememangnya telahpun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri semasa pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada 17 Mac 2021.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menguruskan segala hal yang berkaitan dengan permohonan insentif kerjaya Gig ini. Dengan peruntukkan sebanyak RM300 juta, Program KerjayaGig di bawah pakej PEMERKASA akan memanfaatkan seramai 60,000 pekerja, khususnya pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun yang kehilangan pekerjaan.

Program ini menyediakan insentif sebanyak RM600 sebulan sehingga tempoh maksimum enam (6) bulan kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO dan terbuka bagi pengambilan pekerja yang bermula pada 18 Mac 2021.

Di bawah program ini juga, platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja akan menerima insentif sebanyak RM200 secara “one-off” bagi setiap pengambilan. Permohonan bagi insentif tersebut boleh dikemukakan kepada PERKESO mulai 1 April 2021.

Official Bantuan Insentif Kerjaya Gig RM600 dan RM200

Insentif Kerjaya Gig

  • Insentif sebanyak RM 600 bagi setiap individu/pekerja selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan.
  • Insentif berjumlah RM 200 kepada organisasi / majikan / platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.

Siapa yang Layak Menerima Insentif Pengambilan Pekerja Program Kerjaya Gig

408709831 1544107136408945 7158887799627338357 n
  • Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji.
  • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO
  • Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih.

Nota: Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun

Tempoh Permohonan Insentif Kerjaya Gig

Permohonan bagi mendapatkan bantuan insentif ini boleh dikemukakan kepada pihak PERKESO dalam tempoh masa berikut, iaitu:

  • Tarikh mula permohonan: 1 April 2021
  • Tarikh akhir permohonan: 30 Jun 2021

Langkah-langkah Permohonan Insentif Kerjaya Gig

Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator/Majikan)

  1. Mengiklankan jawatan kosong di www.myfuturejobs.gov.my (pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri).
  2. Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.
  3. Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my.
  4. Kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada operator/majikan.
  5. Operator/majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari.

Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  1. OBS menerima emel notifikasi setelah permohonan operator/majikan diluluskan.
  2. OBS akan menerima bayaran yang pertama dalam tempoh 30 hari selepas membuat pengesahan.
  3. Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di sistem PenjanaKerjaya (mulai bulan kedua).
  4. OBS menghantar permohonan secara bulanan melalui sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk menerima bayaran seterusnya.

Syarat Tambahan untuk Insentif Kerjaya Gig

Bukti Pekerjaan

OBS perlu menunjukkan pembuktian aktiviti pekerjaan 15 jam bekerja dalam seminggu bagi setiap bulan permohonan melalui Log Aktiviti Gig untuk menerima bayaran berikutnya.

Lapor Tawaran Pekerjaan

Melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.

Dapatkan “Infografik & Soalan Lazim Insentif Program KerjayaGig” di sini

Di sini admin nak kongsikan infografik & soalan lazim insentif tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Maklumat Lanjut Insentif Kerjaya Gig

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut yang ingin diajukan, boleh dilakukan menerusi:

  • Talian: 1 300 88 2000 / 03 8091 5300
  • Emel: [email protected]
  • Laman Sesawang Rasmi: www.perkeso.gov.my / www.myfuturejobs.gov.my

Selain itu, anda juga mungkin tertarik dengan perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 ataupun eWallet RM150 Bantuan Prihatin Belia.

Semoga perkongsian Bantuan Insentif Kerjaya Gig RM600 dan RM200 ini dapat memberi informasi terkini kepada para majikan dan pekerja yang terlibat dalam sektor pekerjaan gig ini. Anda juga boleh berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang layak untuk memohon bantuan insentif yang disediakan oleh kerajaan ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati