Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023

Bantuan Lesen Memandu 2023.
Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 23. Untuk pengetahuan anda, dalam giat membantu belia B40 yang sekarang dan akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan pengangkutan penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz semasa membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat tahun lepas berkata kerajaan telah pun bersetuju untuk menanggung yuran lesen di bawah program MyPSV serta yuran lesen memandu motosikal kelas B2 iaitu Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia .

“Kerajaan juga bersetuju menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2 (bagi kumpulan B40).

Untuk info, beliau telah memperkenalkan bantuan lesen memandu ini semasa pembentangan bajet 2023 yang lalu, bantuan ini juga telah dikenali sebagai bantuan MyPSV.

Pakej Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia ini akan disalurkan secara khusus kepada para belia B40 yang kini atau bakal menjana pendapatan melalui perkhidmatan pengangkutan penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.

Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023

Selain menolong belia B40, sekaligus kerajaan juga bakal dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dari aspek pengangkutan awam.

image 319
Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023

Antara Fokus penting kerajaan memberikan bantuan ini adalah untuk membantu golongan belia yang jugamerupakan pemangkin masa depan negara bagi merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang untuk sektor pengangkutan awam.

Oleh itu, kerajaan juga bersetuju menanggung kos bayaran untuk memperoleh lesen memandu bagi kategori lesen iaitu:

  • Teksi
  • Bas
  • E-hailing

Kita berharap agar kerajaan melaksanakan bantuan untuk belia ini sesegera mungkin demi membantu golongan ini, agar mereka dapat menjana pendapatan daripada perkhidmatan membawa penumpang.

image 320
Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023

Kita sama-sama menantikan pelancaran bantuan ini pada tahun hadapan, jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi orang pertama yang memohon bantuan ini nanti. Kami akan sentiasa update maklumat tentang bantuan kerajaan dari masa semasa.

Sebarang persoalan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia, anda boleh layari laman Facebook Rasmi MOT di pautan dibawah:

FACEBOOK RASMI MOT 

Info tambahan Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia

Tips mudah lulus lesen Memandu

Bagi yang belum pernah mengambil lesen memandu Anda perlu ambil maklum bahawa proses untuk buat lesen mempunyai banyak tahap. Sebelum memulakan latihan secara praktikal di atas litar atau di atas jalan raya anda perlulah memasuki kelas undang-undang pada hari pertama selepas pendaftaran. Kelas tersebut berkisar dalam 6 jam atau 7 jam lebih kurang.

Di dalam kelas tersebut anda akan belajar tentang selok-belok undang-undang jalan raya dan bagaimana cara menguruskan kenderaan anda secara teori. Usai sahaja kelas tersebut anda dikehendaki mengambil ujian undang-undang. Oh ya, semasa dalam kelas undang-undang sebelum ini sebagaimana yang saya cakap di atas dalam kelas tersebut anda akan diberikan kertas ujian buta warna. Ujian ini bertujuan untuk menguji anda sama ada pegang terhadap warna ataupun tidak.

Berbalik kepada ujian undang-undang tadi sekiranya lulus anda akan mendapat lesen L akan tetapi Jika anda gagal Anda perlu ulang balik hujan tersebut. Lesen L berkemungkinan akan dapat seminggu selepas anda lulus ujian undang-undang. Lesen L inilah yang akan digunakan untuk belajar memandu atau menunggang motosikal. Secara ringkasnya jika tiada lesen L Jika anda tidak boleh belajar.

Masalahnya memandu ini anda akan dikenakan dengan dua 2 pembelajaran praktikal yang pertama belajar memandu di atas litar kemudian belajar memandu di atas jalan raya.

Seterusnya, setelah anda habis belajar ke semua modul di atas jalan raya dan litar sampailah satu masa anda akan berhadapan dengan ujian lesen memandu yang mana ujian tersebut akan diselia oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ). Semasa ujian tersebut hanya Allah sahaja yang tahu betapa gemuruhnya perasaan.

Di sini saya nak bagi tips macam mana cara untuk mudah lulus ujian JPJ:

Berdoa

Tips Pertama ini adalah merupakan tips yang sangat penting tambah-tambah lagi kita sebagai orang Islam. Berdoa adalah senjata orang beriman. Jadi minta saja dekat Allah supaya Dia memberikan ketenangan kepada kita, mempermudahkan urusan, dan melapangkan hati abang JPJ agar kita mudah lulus.

Bertenang

Semasa mengambil ujian JPJ anda dinasihatkan untuk bertenang. Siapa yang pernah ambil lesen sahaja yang tahu macam mana berdebarnya semasa menunggu giliran apatah lagi apabila giliran kita tiba.

Bila anda tidak bertenang dan meneruskan dengan sifat gemuruh anda akan terburu-buru untuk siapkan lesen dalam keadaan kurang fokus. Cuba kawal perasaan supaya bertenang supaya proses untuk anda mendepani ujian JPJ nanti berjalan dengan baik dan lancar.

Bersabar

Bersabar untuk siapkan satu per satu ujian yang bakal dilalui. Jangan roboh dan gelojoh untuk siapkannya. Jika anda bersabar, perasaan gemuruh pun akan hilang.

Tumpukan Perhatian

Antara tips yang penting juga adalah tumpukan sepenuh perhatian terhadap ujian dan halangan yang dilalui nanti. Jangan terlalu overconfident bahawa kita akan lulus dengan jayanya kerana kita rasa sudah mahir mengawal kenderaan!

Ramai sahaja yang terlalu yakin kerana semasa latihan dia berjaya mengharungi semua halangan tanpa gagal tapi bila tiba ujian JPJ dia gagal sebab langgar divider jalan! Ini memang real dan ramai yang kena.

Ulang Kaji Dan Kerap Buat Latihan

Sifat seorang pelajar yang bagus adalah sentiasa ulangkaji pelajaran. Sehari sebelum ujian cuba recall balik apa yang dipelajari. Kalau ada kereta kat rumah boleh je minta tolong siapa-siapa tolong awasi kita untuk membuat latihan memandunya. Tak perlu lah bawa atas jalan raya. Cukup pusing-pusing dihalaman rumah, taman perumahan atau pusing-pusing kampung. Dengan cara ini kita akan terbiasa dengan dengan kenderaan dan memudahkan anda untuk ujian JPJ.

Peka Dengan Arahan Guru

Pastikan anda sentiasa peka dengan apa diarahkan oleh cikgu lesen anda. Apa yang dia ajar adalah benda yang akan membuatkan anda lulus test JPJ nanti. Bila cikgu kata A maka anda kena buat A, jika cikgu kata B maka anda kena buat B. Jangan buat kepala sendiri tau! Kiki. Benar juga kata orang, kalau nak lulus lesen tak susah pun, just ikutkan jer apa yang cikgu ajar 100% pasti berjaya.

Malangnya, ramai yang rasa dia dah pandai kemudian buat ikut kepala sendiri dan menghiraukan apa yang diajar! Kalau lulus ok la tapi banyak yang gagal!

Reda Dengan Keputusan

Sebelum start ujian lesen memandu ini, cuba tanamkan dalam diri anda bahawa kalau anda gagal anda akan reda dengan keputusan. Bukan nak melemahkan semangat, tapi untuk mengurangkan rasa stress kalau-kalau tergagal ujian. Manalah tau kan, kita dah cuba sehabis baik tapi Allah tidak mengizinkan lagi untuk kita lulus.

Bila anda letak terlalu tinggi pengharapan anda bahawa anda akan lulus maka anda akan rasa terlalu stress dan amat kecewa dengan keputusan sehingga tidak dapat menerima takdir.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati