Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Doa Hujan Lebat Supaya Hujan Lebih Bermanfaat

Doa Hujan Lebat

Hujan ialah satu anugerah yang sangat luar biasa dari Allah SWT untuk seluruh ciptaan di bumi. Oleh itu, doa hujan lebat amat dituntut kepada kita sebagai hamba Allah SWT agar hujan biasa-biasa atau lebat akan menjadi bermanfaat untuk hambanya.

Hujan bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah satu sumber air yang utama untuk meneruskan kehidupan. Air hujan juga adalah nafas atau sumber kehidupan untuk pertumbuhan tanaman, ladang dan macam-macam lagi. Berminat ketahui pelbagai maklumat boleh ikuti “Telegram Sistem Guru Online

Berdoa Semasa Hujan Doa Kita Mustajab

Ekoran cuaca pada musim ini tidak menentu akibat masalah iklim yang mampu membuat hujan lebih lebat dan kerap. Dalam islam kita diajar jika hujan turun dengan lebat untuk berdoa kerana disitu doa kita mudah dimakbulkan dan merupakan waktu istijabah iaitu waktu mustajab berdoa.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadisnya,

ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ

Artinya: “Dua doa yang tidak akan ditolak, doa ketika adzan, dan doa ketika ketika turunnya hujan.” (HR Al Hakim).

Dalam riwayat lain juga terdapat Nabi Muhammad SAW telah mengajar kepada kita beberapa doa ketika hujan yang perlu dibaca secara spesifik seperti hujan lebat, hujan dengan angin kencang dan banyak lain berdasarkan Fiqh sunnah oleh Sayid Sabiq.

Doa Hujan Lebat Menurut Hadis-Hadis Nabi SAW

Memanjatkan permohonan atau berdoa semasa turunya hujan adalah satu amalan sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kitas. Anjuran ini adalah berdasarkan beberapa hadis menerangkan tentang besar keberkatan berdoa ketika hujan turun. Oleh demikian itu, kita digalakkan untuk berdoa ketika hujan dan agar hujan turun itu memberi manfaat besar kepada kita.

1. Doa Ketika Hujan

“Tatkala turun hujan, Nabi SAW keluar dan menengadahkan wajahnya ke arah langit sambil berkata,

photo 2023 11 22 11 10 13
Doa Hujan Lebat

( اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا )

Arab latin: Allâhumma shayyiban nâfi’an.

Artinya: “Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat.” (H.R. Bukhari)

Kenapa kita perlu berdoa bila hujan turun kerana air hujan yang turun itu haruslah kita mensyukuri dan memohon kepada Allah SWT agar memberi keberkatan kepada semua mahkluk ciptaan dibumi. Dengan air hujan itu ladang dan sawah beroleh manfaat, jala-jalan penuh debu dibersihkan dengan serta merta dengan izin Allah SWT.

2. Doa Hujan Lebat

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Bacaan latin: Allahumma haawalaina wa laa ‘alaina. Allahumma ‘alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari.

Artinya: “Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merusak kami. Ya Allah, turunkan lah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan.” (HR Bukhari).

241297178 2041829382658936 3564343227521424164 n
Doa Hujan Lebat

Berdasarkan pandangan Ibnu Qayyim mengatakan dalam Zaadul Ma’ad, Apabla hujan semakin lebat para sahabat meminta kepada Nabi SAW supaya berdoa agar hujan reda dan ingin cuaca kembali cerah. Akhiranya nabi saw telah membaca doa tersebut seperti di atas.

Dalam kitab wabilus shayyib, doa ini dibaca ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah Jumaat lalu datang seorang sahabat menyatakan hujan lebat selama enam hari menyebabkan orang ramau kehilangan harta dan merosakkan beberapa fasiliti.

Jom dengar cara bacaan benar bago doa hujan lebat dibawah:

Adab Dalam Membaca Doa Hujan Lebat

Sudah tentu mesti akan ada piawaian untuk kita ketahui adab semasa berdoa kepada Allah SWT. Inilah adab yang patut ada ketika anda membaca doa hujan lebat.

Kesilapan dalam membaca doa boleh mengurangkan makna dan nilai doa itu sendiri. Berikut adalah beberapa aspek penting dalam cara yang betul dalam mengucapkan doa sebelum memulakan perjalanan naik kendaraan:

  1. Niat yang Ikhlas : Niat haruslah tulus ikhlas kerana Allah dan bukan semata-mata kerana tradisi.
  2. Memahami Makna Doa : Memahami makna doa ini membantu kita untuk berdoa dengan tulus ikhlas.
  3. Ucapkan dengan sepenuh hati : Berdoa dengan penuh kekhusyukan dan kesungguhan hati.
  4. Lafaz Harus Jelas dan Betul : Pastikan mengucapkan lafaz doa dengan betul dan jelas.
  5. Menghadap Kiblat : Walaupun ini bukan syarat wajib, berdoa menghadap kiblat adalah satu kebaikan yang baik.
  6. Yakin pada Allah SWT : Percayalah bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.

Semoga dengan adab-adab kami kongsikan diatas akan mejadi satu asbab doa kita diterima dan dinaikkan darjat kita pada kedudukan yang lebih baik. Berdoalah selalu kerana doa itu adalah senjata orang mukmin yang boleh menyelesaikan segala masalah dengan izin dan kuasa Allah SWT. Dan juga, kita berharap supaya Allah swt selalu merahmati kita dan memberkati kita.

52920437 2282437388667297 5946971237421940736 n

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati