Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka Tahun 2021

Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka
Bantuan MyKasih Kapital

Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka. Program Bantuan MyKasih Kapital yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 lalu kini telah boleh dipohon oleh mana-mana individu yang berkelayakan.

Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan daripada kerajaan. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN). Menurut Datuk Seri Rina Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa seramai 2,000 wanita yang akan dipilih berdasarkan kelayakan bagi memulakan projek rintis ini.

Bantuan MyKasih Kapital

Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha untuk menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Objektif Bantuan MyKasih Kapital

hands 1022212 640

Bantuan ini diwujudkan oleh kerajaan atas dasar tertentu yang menjadi objektif utamanya, antaranya ialah:

  1. Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  3. Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Syarat Kelayakan Bantuan MyKasih Kapital

Bantuan ini hanya boleh dipohon oleh individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah ini sahaja.

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  2. Golongan wanita sahaja
  3. Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  4. Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  5. Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  6. Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

Cara Permohonan Bantuan MyKasih Kapital

stormtrooper 2296199 640 2

Mana-mana individu yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh ikuti cara-cara berikut:

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian dengan mengisi Borang Permohonan MyKasih Kapital secara dalam talian.
  • Pemohon perlu melengkapkan segala butiran maklumat yang dikehendaki dengan betul dan lengkap sebelum menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan bantuan ini, boleh dirujuk melalui:

  • Alamat: Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital, Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia, Aras 8, Bangunan KPWKM, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 61200 Putrajaya.
  • Telefon:  03 – 8323 2433

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian RM800 Insentif Program Perantisan PERKESO,  Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000 ,  Bantuan Insentif Kerjaya Gig RM600 dan RM200 ataupun eWallet RM150 Bantuan Prihatin Belia.

Diharapkan perkongsian Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka ini dapat memberi manfaat kepada seluruh golongan wanita yang memerlukan insentif tambahan seperti ini dalam menceburi bidang perniagaan yang disasarkan. Semoga di masa akan datang bantuan sedemikian ini dapat diperluaskan lagi kepada seluruh golongan rakyat Malaysia.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati