Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

RM800 Insentif Program Perantisan PERKESO

Insentif Program Perantisan PERKESO
Insentif Program Perantisan PERKESO

RM800 Insentif Program Perantisan PERKESO ini merupakan sebahagian daripada iniasitif strategik terbaharu yang dimumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Di bawah inisiatif PEMERKASA, tempoh program perantisan telah dilanjutkan dari 3 bulan kepada 6 bulan pada kadar bayaran sebanyak RM800 sebulan bagi setiap perantis yang digajikan.

Program Perantisan PERKESO merupakan program di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa kepada para
belia sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan (diumumkan pada 17 Mac 2021 di bawah insiatif PEMERKASA). Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan On-The-Job Training bagi meningkatkan keboleh pasaran mereka. Berikut merupakan ringkasan pilihan insentif bagi program perantisan di bawah PEMERKASA:

ringkasan insentif perantisan PERKESO
Insentif Program Perantisan PERKESO

Syarat Permohonan Program Perantisan PERKESO

Terdapat dua kategori syarat permohonan yang berbeza, iaitu majikan dan perantis.

Majikan

  • Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18 – 30 tahun.
  • Majikan boleh menggajikan mana–mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.

Perantis

  • Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah, atau
  • Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Kategori yang Tidak Layak Memohon

  • Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
  • Bukan warganegara Malaysia.

Cara Permohonan Program Perantisan PERKESO

Tarikh Permohonan Insentif Program Perantisan PERKESO

  • Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Permohonan Baru): 1 April 2021
  • Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan daripada Perantisan Asal): 15 April 2021

Dapatkan “Informasi Penuh Program Perantisan PERKESO PEMERKASA” di sini
Di sini admin nak kongsikan informasi tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : FAQ Perantisan PEMERKASA BM

Maklumat Lanjut Insentif Program Perantisan PERKESO

Insentif Program Perantisan PERKESO
Insentif Program Perantisan PERKESO

Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di:

Anda juga mungkin berminat perkongsian  Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000 ,  Bantuan Insentif Kerjaya Gig RM600 dan RM200 ataupun eWallet RM150 Bantuan Prihatin Belia.

Semoga perkongsian RM800 Insentif Program Perantisan PERKESO ini dapat memberi informasi berguna kepada para belia yang sedang mencari pekerjaan dan juga kepada para majikan yang berminat untuk turut serta dalam Program Perantisan PERKESO ini. Anda semua digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati