Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong sebagai Guru Ganti KPM 2021

Jawatan Kosong sebagai Guru Ganti
Jawatan Kosong sebagai Guru Ganti

Jawatan Kosong sebagai Guru Ganti ini adalah dibawah program PERSONEL MySTEP. Peluang baik ini dibuka kepada semua warganegara yang layak dan memiliki latar belakang kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma dan  Ijazah Sarjana Muda yang mempunyai jiwa sebagai seorang pendidik.

Program Short Term Employment (MySTEP) 

Kerajaan telah menawarkan program Mystep ini sejak awal tahun lagi. Sejumlah RM700 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan program ini dan menawarkan sebanyak 50,000 peluang kerjaya kepada semua warganegara Malaysia yang sedang mencari pekerjaan ketika pandemik ini.

Manfaat Program MySTEP

  • Dapat mengurangkan masalah pengangguran di negara ini
  • Membuka banyak peluang pekerjaan ketika pandemik
  • Membantu ‘fresh graduate‘ mencari peluang pekerjaan

Garis Panduan Jawatan Kosong sebagai Guru Ganti

Info Jawatan Kosong  

  • Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Gaji Mengikut Kelulusan Tertinggi  : 
    • Ijazah – RM2000
    • Diploma -RM1800
    • SPM- RM1600
  • Nama Majikan : Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh
  • Lokasi      : Pahang
  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Tarikh Tutup Iklan : 30 April 2021

Syarat Kelayakan dan Permohonan Jawatan Kosong sebagai Guru Ganti

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Faedah dan Kelebihan Jawatan Kosong sebagai Guru Ganti

  • Gaji yang menarik dengan pelbagai imbuhan
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit
  • Dan lain-lain
cuti sakit

Lepasan graduasi IPTA/IPTS yang memiliki Diploma dan Ijazah Sarjana Muda berminat membina kerjaya bersama majikan dan memenuhi syarat akademik yang ditetapkan dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di atas.

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa jawatan kosong kerajaan seperti 695 Kekosongan Jawatan SPANS dan Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan.

Calon berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:

Cara Memohon Jawatan :

  • Permohonan adalah secara manual dengan mengisi borang permohonan dengan lengkap di Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.
  • Permohonan hendaklah dilakukan sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tutup tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH,
28000 TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL :09-2961210 / Faks :09-2961989
email : [email protected]

Dokumen diperlukan:-

1) Resume
2) Salinan Kad Pengenalan
3) Salinan Sijil-sijil kelayakan (SPM, Diploma & Ijazah)

Iklan Jawatan Kosong dan Syarat-syarat:

(Pastikan anda rujuk iklan penuh di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

  • Iklan Guru Ganti

Peringatan & Penafian

Mohon perhatian kepada para pemohon, Iklan Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP ini hanya sah sehingga tarikh tutup yang dipaparkan pada iklan. Justeru itu, para pemohon dinasihatkan agar merujuk dan membaca iklan jawatan kosong ini dengan betul dan teliti sebelum mengemukan permohonan. Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi peluang kepada anda semua. Teruskan menyokong laman web kami Sistem Guru Online untuk mengetahui info lebih lanjut berkaitan bahan pendidikan, jawatan kosong, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati