Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

[LIVE] Pembentangan Bajet 2023 Malaysia Madani

[LIVE] Pembentangan Bajet 2023 Malaysia Madani

[LIVE] Pembentangan Bajet 2023 Malaysia Madani. Terkini makluman mengenai pembentangan bajet tahun 2023 yang akan dibentangkan di parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia boleh bersama-sama mengikuti makluman rasmi daripada kerajaan Malaysia dengan tema Malaysia mana ni bakal menampilkan dan membentangkan inisiatif serta perancangan tahunan 2023 untuk rakyat Malaysia sejagat.

[LIVE] Pembentangan Bajet 2023 Malaysia Madani

nantikan update rasmi dari semasa ke semasa dibawakan khas dari parlimen negara malaysia

[UPDATE 4 PTG]

  • Kini sedang berlangsung pembentangan bajet 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini adalah belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan dan ke-8 bagi Anwar yang pernah menjawat Menteri Kewangan pada tahun 1991 sehingga 1998.
  • Belanjawan 2023: Belanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global – PM Anwar
  • Belanjawan 2023: Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023 – PM

[UPDATE 4.33 PTG]

  • Belanjawan 2023: Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus – PM Anwar
  • Kerajaan bertekad untuk mencapai tahap defisit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana dengan sasaran 3.2 peratus kepada KDNK menjelang 2025 – PM
  • BANTUAN LESEN MEMANDU‼️ Kerajaan berusaha untuk memudahkah urusan dan membantu rakyat dengan menanggung bayaran untuk lesen memandu.
  • Enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya Jun 2023
  • Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus
  • Kerajaan akan kaji untuk perkenal Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024
  • Kerajaan cadang kenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape

[UPDATE 5.00 PTG]

  • Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitf kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah
  • 2023: Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dan RELA disediakan RM50 juta bagi peralatan dan aset hadapi bencana
  • RM20 juta disediakan di bawah Geran 22 Pertubuhan Prihatin Komuniti, kumpulan awal ketika bencana

[UPDATE 5.30 PTG]

  • Nilai pelaburan terkumpul Syarikat Berkaitan Kerajaan dianggar mencecah RM50 bilion tahun ini
  • Belanjawan 2023: RM1 bilion dana pembiayaan tersedia dibawah BNM untuk bantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan, mendigitalkan operasi
  • Semua agensi termasuk LHDN, SPRM dan PDRM sedang giat siasat salah laku rasuah serta nama-nama yang terkait dalam Pandora Paper

Rasmi : Intipati dan insentif Penuh belanjawan 2023

Baca juga:

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati