Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini : Permohonan Bantuan Laptop SKIPMA Dari MARA l Permohonan Dibuka Sehingga 23 Ogos 2022

BANTUAN LAPTOP MARA
Bantuan Laptop

Terkini : Permohonan Bantuan Laptop SKIPMA Dari MARA l Permohonan Dibuka Sehingga 23 Ogos 2022. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengumukan bantuan dari segi penyediaan laptop kepada pelajar yang memerlukan dan dari keluarga berpendapatan rendah.

MARA menawarkan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) bagi membantu pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) memiliki komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu dalam pembelajaran.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan, anda boleh ikuti syarat-syarat da cara permohonan dibawah.

Terkini : Permohonan Bantuan Laptop SKIPMA Dari MARA l Permohonan Dibuka Sehingga 23 Ogos 2022

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Membuat Permohonan Bantuan Laptop SKIPMA Dari MARA?

image 331
Bantuan Laptop

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:

Syarat Umum

  1. Pemohon berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa pemohon berstatus Bumiputera dan warganegara
    Malaysia.
  3. Pemohon sedang mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
    i. Persediaan / Pra-Universiti;
    ii. Sijil;
    iii. Diploma; atau
    iv. Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda).

Syarat Pinjaman

  1. Amaun maksimum pinjaman komputer adalah sebanyak RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja).
  2. Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.
  3.  Jenis komputer yang dibenarkan hanya desktop dan laptop tidak
    termasuk peranti tablet dan telefon mudah alih.
  4.  Pilihan spesifikasi komputer perlu berdasarkan kepada kursus yang
    sedang diikuti oleh pelajar

Jaminan

  1. Pinjaman ini memerlukan seorang penjamin.
  2. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut:
    i. Warganegara Malaysia;
    ii. Berumur 21 tahun dan ke atas;
    iii. Terdiri daripada : Ibu / Bapa / Penjaga / Ahli Keluarga; dan
    iv. Pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) sebulan

Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) bagi membantu pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA)

Bagaimanakah Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) bagi membantu pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang ditawarkan oleh MARA?

Bagi pemohon yang berminat untuk membuat pinjamana bantuan laptop atau tablet oleh pihak MARA, anda boleh ikuti kaedah pembayaran yang ditetapkan oleh MARA.

Kaedah Pembayaran SKIPMA Oleh MARA

408690238 1544106963075629 1596214460150520273 n 3
  1. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.
  2. Pinjaman ini tidak layak untuk permohonan pengurangan dan penangguhan bayaran balik.
  3. Bayaran balik pinjaman boleh dibuat sekaligus atau secara ansuran bulanan dalam tempoh 18 bulan. Penyelesaian awal juga adalah dibenarkan.
  4. Bayaran ansuran pinjaman bermula setelah tamat pengajian melalui potongan dari akaun aktif yang telah dipersetujui oleh peminjam.
  5. Pengiraan bayaran ansuran bulanan adalah seperti berikut:
    1. Nilai Pinjaman (RM) = Jumlah Ansuran Bulanan (RM)
      Tempoh Bayaran Balik (18 bulan)
  6. Pemohon yang menarik diri atau diberhentikan pengajian atau ditamatkan
    pengajian adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan keseluruhan jumlah
    pinjaman tersebut dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat pengajian.

Cara Membuat Permohonan Bagi SKIPMA MARA Tahun 2022

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan Bantuan SKIPMA?

Kepada pemohon yang berminat, Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan dibawah:

http://aplikasi.mara.gov.my/skip

Permohonan bermula 10 Ogos 2022 (Rabu) sehingga 23 Ogos 2022 (Selasa).

Permohonan akan diproses dalam masa tiga (3) bulan dari tempoh permohonan dibuat. Sekiranya tiada maklumbalas berkenaan permohonan dalam tempoh tersebut, permohonan dianggap tidak berjaya.

Semakan status permohonan boleh dibuat melalui wakil person in charge (PIC) di institusi pengajian masing-masing.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:

boleh berhubung di alamat e-mel seperti butiran dibawah:

e-mel : [email protected]
Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA)

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati