Capai Lebih Sejuta Rakyat Telah Mendaftarkan Diri Suntikan Vaksin Covid19

Capai Lebih Sejuta Rakyat Telah Mendaftarkan Diri Suntikan Vaksin Covid19

Capai Lebih Sejuta Rakyat Telah Mendaftarkan Diri Suntikan Vaksin Covid19. Jam 10 mlm tadi seramai 637,000 individu telah melibatkan diri untuk mendaftar suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dibuka rasmi aplikasi MySejahtera.

Dr Mahesh Appannan adalah Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan telah berkata aplikasi Mysejahtera dilihat sebagai panduan penyebaran maklumat paling berkesan mengenai Covid-19 dan program-program kementerian tentang vaksinasi. Maklumat ini boelh diakses melalui media sosial seperti Facebook atau laman muka buku rasmi Jawatankuasa khas Jamaninan.

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas https://www.vaksincovid.gov.my/ bagi mendaftar secara manual,orang ramai kini boleh menghubungi talian hotline di link yang tertera dan juga boleh hadir di klinik kesihatan awam dan swasta.

   Individu Pertama Menerima Suntikan Vaksin Covid-19 Perdana Menteri Tan Sri  Muhyiddin

Perdana Menteri telah menerima dua suntikan vaksin iaitu dua dos vaksin Pfizer-Biontech di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11 sekali gus beliau adalah individu yang pertama menerima vaksin di negara ini.

Selepas itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Program Imunisasi Covid-19 peringkat kebangsaan kira-kira jam 2.30 petang. Program imunisasi ini melibatkan beberapa fasa iaitu fasa pertama bermula februari ini sehingga tahun depan.

Proses Pendaftaran Suntikan Vaksin Covid-19 18 Langkah-Langkah

  1. Pendaftaran secara dalam talian(MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual(talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan).
  2. Terima tarikh janji temu.
  3. Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
  4. Saringan suhu dan gejala.
  5. Daftar kod QR dan semakan identiti.
  6. Konsultasi dan mengisi borang kebenaran.
  7. Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1).
  8. Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.
  9. Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos).
  10. Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19.
  11. Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua).
  12. Hadir ke PPV.
  13. Saringan suhu dan gejala.
  14. Daftar kod QR dan semakan identiti.
  15. Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2).
  16. Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.
  17. Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual).
  18. Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan.

Proses ini adalah menurut buku berkenaan pengeluar vaksin,vaksin Pfizer-Bonttech telah mendapat kelulusan  bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ( PKBD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari lalu juga itu diproses kelulusan NPRA oleh empat calon vaksin Covid-19.

 Lebih Sejuta Rakyat Telah Mendaftarkan Diri Suntikan Vaksin Covid19


Di sini admin nak kongsikan lebih sejuta rakyat telah mendaftar diri suntikan vaksin Covid-19 tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Pendaftaran suntikan Covid-19

Fasa-Fasa Penerima Vaksin Covid-19

Mereka yang layak mendapat vaksid covid-19 secara fasa dan bulan mengikut jadual KKM mulai februari ini adalah:

Fasa Pertama: 

  • Februari – April mereka adalah kumpulan petugas-petugas barisan hadapan pertama dengan jumlah 500,000 dengan menjalani tugas yang penting menempuhi secara langsung  untuk memerangi wabak itu.

Fasa Kedua:

  • April – Ogos mereka kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi iaitu mempunyai masalah penyakit seperti diabetes,penyakit jantung,tekanan darah tinggi,obesiti dan lain-lain penyakit selain itu juga untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa Ketiga:

  • Mei hingga Februari tahun depan mereka golongan dewasa 18 tahun ke atas untuk mendapatnya bila terbuka haribulan mendapat suntikan.

Siapa yang tidak layak dapat vaksin?

  • Sejarah alahan yang teruk hingga masuk ke hosptial ( alahan kecil – tiada masalah )
  • Pesakit yang immunasasi sangat lemah.
  • Hamil/sedang menyusukan anak.

Proses pendaftaran suntikan suntikan ada 18 langkah-langkahnya, individu yang mendaftar secara online dan talian mahupun secara manual merangkumi 18 langkah tertera di atas dan maklumat temu janji seperti tarikh dan tempat klinikal atau hospital akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, khidmat pesan ringkas (SMS) atau panggilan yang sah di telefon.

Semoga wabak ini covid-19 segera berakhir dengan izin Allah S.W.T dan diangkat wabak ini. Satu hari seluruh dunia akan kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa.

“Lindung diri,lindungi semua.” Jom kita lakukan Suntikan Vaksin Covid19 secepat mungkin.