Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Soalan Persediaan MUET dan Kalendar MUET 2021

Soalan Persediaan MUET
Soalan Persediaan MUET

Kalendar dan Contoh Soalan MUET ini dikongsikan kepada semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan MUET sebagai langkah persediaan. Diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada para pelajar.

Malaysian University English Test (MUET)

Dalam sistem pendidikan Malaysia, semua pelajar universiti diwajibkan mengambil Malaysian University English Test (MUET). MUET merupakan satu peperiksaan Bahasa Inggeris WAJIB diambil oleh sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ianya dilaksanakan kepada para pelajar di peringkat pra-universiti, asasi, matrikulasi, diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Tujuan utama peperiksaan MUET ini diperkenalkan dan dilaksanakan adalah untuk mengetahui atau mengenal pasti tahap penguasaan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di dalam Bahasa Inggeris. MUET juga diambil oleh sesiapa sahaja yang berhasrat ingin melanjutkan pengajian ke menara gading.

Komponen Ujian MUET

Terdapat empat komponen di dalam peperiksaan MUET iaitu:-

  • 800/1 (Listening / Pendengaran) – ujian pendengaran dijalankan selama 50 minit
  • 800/2 (Speaking / Lisan) – ujian lisan ini dilaksanakan selama 30 minit
  • 800/3 (Reading / Pemahaman)- ujian ini terdiri daripada soalan aneka pilihan atau objektif yang dijalankan selama 75 minit
  • 800/4 (Writing/Penulisan)- pelajar perlu menulis esei semasa ujian penulisan yang dijalankan selama 75 minit

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan MUET, boleh layari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Dapatkan “Kalendar, Kadar Bayaran dan Soalan Persediaan MUET” di sini

Kami akan kongsikan bahan-bahan berkaitan MUET untuk persediaan para pelajar menghadapi peperiksaan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’

Download : Link Download dibawah

Skema Pemarkahan untuk Band MUET

Bermula pada tahun 2021, MUET menggunakan format baharu selaras dengan CEFR implementation. 

Format adalah seperti berikut:-

  • Ujian Listening/Pendengaran – 25%
  • Ujian Speaking/Lisan – 25%
  • Ujian Writing/Penulisan – 25%
  • Ujian Reading/Pemahaman – 25%
banD MUET
Soalan Persediaan MUET

Setiap komponen ujian merangkumi 90 markah. Jadi, keseluruhan markah adalah sebanyak 360 markah. Anda boleh muat turun bahan-bahan diatas untuk mengetahui setiap maklumat penting dengan teliti berkaitan komponen-komponen bagi MUET 2021 dan seterusnya. Anda juga boleh layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.

Manfaat Bersama

Akhir kata, perkongsian kami artikel ini berkaitan tentang Kalendar MUET 2021 dan Contoh Soalan MUET dapat memberikan panduan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan MUET. Nota yang dikongsikan diharap dapat memberi tips persediaan kepada pelajar. Pelajar perlu sentiasa melakukan latihan dan soalan tahun lepas agar dapat menguasai format peperiksaan MUET.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati