Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Harga dan Cara Beli Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming

Harga dan Cara Beli Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming

Khairul Aming baru sahaja melancarkan produk terbarunya iaitu Dendeng Nyet Berapi yang merupakan produk kedua Khairul Aming Brand.

Produk ini ternyata laris di pasaran apabila baru saja dilancarkan pada pukul 9:00 malam tadi produk dendengnya berapi telah habis terjual dalam masa 3 minit untuk 80,000 unit pertama dengan nilaian RM1juta.

Khairul Aming memangnya terkenal dengan sifat dirinya yang pemurah hati berjaya menjaga hati para netizen untuk membeli produk terbarunya itu.

Berkenaan Produk Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming

Apakah Itu Dendeng Nyet Berapi?

image 21

Dendeng Nyet Berapi adalah merupakan jenis rendang yang disediakan dalam bentuk pakej yang ‘ready to eat’ atau sedia untuk dimakan. Ia telah melalui proses penyediaan yang melibatkan rebus, goreng, tumbuk, gaul dan tumis sehingga pecah minyak.

Spesifikasi Produk Dendeng Nyet Berapi

Berat : 180g
Harga : Rm 14.99
Kuantiti : 80,000 unit

Berapa Harga Dendeng Nyet Berapi?

image 22

Untuk harga Dendeng Nyet Berapi adalah diletakkan pada harga RM14.99. Harga itu adalah untuk satu pakej yang mana ianya adalah pertambahan RM1 daripada harga Sambal Nyet Berapi yang sebelum ini.

Khairul Aming menjelaskan bahawa harga yang ditetapkan adalah ikut kemampuan kerana tidak mahu harga terlalu tinggi yang mana menyukarkan orang ramai untuk memiliki. Beliau mengatakan lagi bahawa matlamat beliau adalah untuk perniagaan bertahan bagi masa jangka panjang.

Berapa Purchase Limit Dendeng Nyet Berapi?

image 25

Menurut Khairul Aming, beliau mengatakan limit hanyalah sebanyak 6 paket bagi satu pesanan atas talian. Beliau mengulas lanjut bahawa orang ramai boleh membuat pesanan 1 hingga 6 dalam 1 kali pembelian.

Menurut Khairul Aming, kenaikan had ini telah dilakukan bagi memberi ruang lebih banyak kepada orang untuk membeli dalam satu masa. Ada juga satu pertanyaan yang sering timbul kenapa ditingkatkan jumlah hingga 6.Beliau membalas bahawa ianya adalah faktor kekangan masa.

Sebagai penjual dalam talian mereka memerlukan penghantaran tepat pada waktunya. Apabila pembelian yang dibuat oleh satu pesanan dan banyak ianya boleh melakukan proses pembungkusan penghantaran dengan cepat.

Mengapa Ditetapakan Limit Jualan Dendeng Nyet Berapa Sebanyak 80,000 Unit Sahaja?

Menurut Khairul Aming, jualan sebanyak 80,000 unit adalah hasil daripada pertimbangan kuantiti yang boleh dijual. Menurutnya ia melibatkan proses penghantaran yang melibatkan masa yang agak lama serta pertimbangan tahun baru cina akan memberi kesukaran kepada pihaknya dan juga pihak kurier.

Selain itu bagi jumlah 80,000 unit yang akan dihantar memerlukan masa selama 12 hingga 14 hari untuk menyelesaikannya. Oleh itu, ini adalah merupakan usaha untuk mengurangkan tekanan kepada staff dan kurier yang menghadapi batasan masa.

Di manakah Dendeng Nyet Berapi dijual?

Dendeng Nyet Berapi untuk masa ini hanya dijual di tiktokshop sahaja dan pelancarannya akan dilakukan secara langsung di akaun tiktok Khairul Aming. Pihaknya juga menyatakan bahawa orang ramai boleh membuat pembelian dengan menekan beg kuning yang disediakan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun tiktok perlulah mendaftar akaun tiktok terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Berkenaan Tekstur Dendeng Nyet Berapi

image 23

Pihak Khairul Aming telah menyatakan bahawa pemilihan tekstur Dendeng Nyet Berapi adalah mengikut kesesuaian orang ramai. Bagi produk ini adalah dipilih untuk memenuhi selera pelbagai peringkat umur.

Menurut Khairul Aming, pemilihan tekstur produk ini adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan dari usia 24 hingga 44 tahun dan juga yang tergolong dari golongan kanak-kanak, pak cik, mak cik atuk dan nenek. Pihak Khairul Aming juga bertindak untuk tidak membuatnya terlalu keras atau terlalu lembut supaya ianya dapat dinikmati oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualiti.

Hasil akhir produk ini dipilih untuk disesuaikan pelbagai peringkat umur.

Cara makan, Cara Masak dan Cara Simpan Dendeng Nyet

Cara Makan Dendeng Nyet Brapi

image 24

Boleh dimakan begitu sahaja memandangkan produk tersebut adalah “Ready To Eat”. Namun disarankan untuk panaskam terlebih dahulu untuk merasai kenikmatan yang maksima.

Cara Sedia Dendeng Nyet Berapi

Dendeng Nyet Berapi boleh disediakan dengan memanaskan dalam air panas, memasak dan menggoreng. Berikut adalah merupakan cadangan untuk penyediaan Dendeng Nyet Berapi:

  1. Sediakan sebagai perencah nasi goreng yang ditambah sekali dengan Sambal Nyet Berapi.
  2. Boleh disediakan sebagai topping hidangan. Anda boleh gunakan sebagai topping atau lauk dimakan bersama nasi dan tambahkannya atas bubur.

Cara Simpan Dendeng Nyet Berapi

Anda boleh sahaja ikat atau simpannya dalam bekas kedap udara. Disarankan untuk menyimpan dalam peti sejuk untuk kesegaran yang berpanjangan.

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati