Pakai Baju Kurung Bersama “Blazer” Melanggar Etika Berpakaian. Pemakaian seperti ini telah menjadi trend kepada semua guru-guru perempuan di Malaysia. Mereka akan memakai baju kurung bersama blazer ketika bertugas. Adakah ini mengikut etika dalam berpakaian bagi penjawat awam?
sumber : FB En Rudy Ludinata . https://www.facebook.com/cd4718/posts/10154416758733590
Pakai Baju Kurung Bersama Blazer?
Isi Kandungan
Pemakaian blazer dengan baju kurung seperti campuran pakaian timur dan barat. Sebenarnya, cara pemakaian campuran yang sedemikian perlu dielakkan. Pilih satu sahaja gaya pemakaian, sama ada untuk memilih gaya pemakaian timur atau barat. Hal ini kerana pemakaian seperti ini tidak diterima dalam majlis rasmi.
Ada juga guru memberitahu memakai blazer kerana dalam bilik guru terlalu sejuk. Baik, jika ia dipakai ketika bekerja di meja sendiri masih boleh dibenarkan. Namun, untuk acara rasmi, ia boleh digantikan dengan pashmina atau selendang yang sesuai. Namun ia bukanlah satu perkara yang wajib dan hanya sebagai alternatif. Baju kurung sebenarnya sudah boleh berdiri sendiri.
Penampilan seseorang warga kerja itu akan mencerminkan kredibiliti dan keupayaannya dalam melaksanakan tugas. Sekiranya seseorang tidak berupaya menguruskan keterampilan diri, ini memberikan tanggapan awal bahawa seseorang itu tidak berkeupayaan untuk menguruskan tugas dengan teliti dan teratur.
Pakai baju kurung bersama blazer yang betul
Seseorang yang gemar memakai blazer perlu mengetahui etika pemakaian mengikut acara yang dihadiri. Jika anda tersalah padan dengan pemakaian blaus ia akan menyebabkan orang lain memandang anda tidak serius atau lebih parah lagi tidak mempunyai ilmu tentang etika pemakaian blazer/ jaket.
Seseorang yang memakai jaket/ blazer yang lebih pendek daripada blaus/ kemeja, ia menunjukkan acara yang akan dihadiri itu adalah acara santai (shopping, family gathering dan lain-lain). Cara sedemikian adalah cenderung kepada fesyen bukan majlis formal (seperti mesyuarat, majlis perasmian, conference, berjumpa klien dan sebagainya).
Pemakaian blazer untuk acara formal ialah blazer atau jaket tersebut perlu sama lebih panjang dengan ukuran panjang blaus/ kemeja yang dipakai. Jika anda kurang selesa dengan potongan jaket anda yang pendek dicadangkan para muslimah mempunyai sepasang jaket yang panjang sebagai persediaan untuk majlis rasmi.
Tips Pakai Blazzer Bagi Lelaki
Tips ini sebenarnya terpakai mengikut jenis blazer yang dipakai. Ianya sama ada jenis blazer kita sama ada 1 butang, 2 butang atau 3 butang.
Namun konsepnya sama sahaja iaitu JANGAN sesekali butangkan Blazer yang paling bawah dan JANGAN butangkan Blazer ketika duduk.
Pemakaian Blazzer Semasa Berdiri
- Blazer 1 Butang
– Butang mestilah sentiasa di butangkan.
- Blazer 2 Butang
– Butang pertama paling atas mesti selalu dipasang dan butang kedua dibawah adalah optional sama ada nak butang atau dibiarkan sahaja.
- Blazer 3 Butang
– Butang yang paling atas itu terpulang ( OPTIONAL) boleh butang atau tak, manakala butang tengah mesti SENTIASA (ALWAYS) dibutangkan. Dan butang paling bawah yang ketika JANGAN dibutangkan (NEVER). Tujuan BUTTON di bawah sekali tidak boleh dibutang supaya BLAZER anda tidak mudah rosak.
Ada juga beranggapan bahawa ianya menjadi petandas sebagai anda seorang yang berilmu dan tahu tentang Fesyen dan Rules Gentleman.
Pemakaian Blazzer Semasa Duduk
Ada 2 cara. Sama ada buka blazzer anda ataupun anda buka semua butang. Kalau duduk macam itu juga, memang nampak tak kena.
Mudah bukan? Namun ianya peraturan dan tips yang mungkin tidak diikuti oleh semua orang. Betul tak? Ada yang tak kisah.
Kesimpulan Mengenai Pakai baju kurung bersama blazer
Oleh yang demikian, sebagai penjawat awam kita perlu mengetahui etika dalam berpakaian supaya kita tidak dilabelkan sebagai tidak profesional. Penampilan merupakan perkara pertama yang akn dilihat dan dinilai. Pemakaian blazer bersama baju kurung memang tidak sesuai untuk digayakan ke tempat kerja. Baju kurung sahaja sudah memadai untuk dipakai ke tempat kerja.