Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

8 Khasiat Bunga Cengkih untuk Kesihatan dan Cara Penyediaan Teh Bunga Cengkih

bunga cengkih
8 Khasiat Bunga Cengkih untuk Kesihatan dan Cara Penyediaan Teh Bunga Cengkih 5

Bunga cengkih adalah salah satu tumbuhan yang dikenali dengan pelbagai kebaikan daripada sudut kesihatan. Bunga cengkih sering digunakan dalam masakan dan sebagai salah satu bahan untuk perubatan tradisional selama bertahun-tahun. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan 8 khasiat utama bunga cengkih untuk kesihatan, cara penggunaan bunga cengkih, kesan sampingan dan cara penyediaan teh bunga cengkih dengan cara yang mudah dan betul.

Pengenalan Tentang Khasiat Bunga Cengkih

Bunga cengkih sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Madagascar dan Indonesia. Bunga cengkih merupakan kuntum bunga cengkih yang dikeringkan. Bunga cengkih mengeluarkan aroma, oleh sebab itulah ia sering digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan, termasuklah di Malaysia. Bunga cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan, minyak aromaterapi dan minyak wangi.

9 Kelebihan Minyak Sacha Inchi dan Cara Mengenali Minyak Sacha Inchi yang Berkualiti 2
Bunga cengkih

Apakah itu Bunga Cengkih?

Nama saintifik bagi bunga cengkih ialah Eugenia aromatica. Pokoknya merupakan jenis malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 – 12 meter, di mana bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Pokok bunga cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 – 250mm serta mempunyai suhu 15 – 38 darjah celsius. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humas dan tanah laterit.

nm

8 Khasiat Bunga Cengkih

Antara 8 khasiat terbaik bunga cengkih adalah seperti berikut:

  1. Membantu mengurangkan keradangan, melegakan simptom batuk dan selesema.
  2. Mengurangkan sakit gigi.
  3. Menghalang pengumpulan bakteria pada gigi.
  4. Memberikan kesan kebas dan menghilangkan sedikit rasa sakit.
  5. Melegakan sakit kepala dan menaikkan mood.
  6. Mengawal berat badan.
  7. Membantu mengawal paras gula dalam darah.
  8. Meningkatkan pengeluaran cecair gastrik yang bertindak sebagai penghalang dan membantu mencegah hakisan dinding perut daripada asid pencernaan di dalam perut.

Cara Penggunaan Bunga Cengkih Untuk Melegakan Kesakitan

Batuk, Demam dan SelsemaKunyah bunga cengkih, biar jus bunga cengkih masuk ke kerongkong. Kalau tak sanggup bolehlah masukkan dalam air panas, tapi kena tumbuk-tumbuk sikit. Biar bunga cengkih pecah. Boleh juga dicampur bersama madu supaya ia lebih mudah ditelan.
Sakit GigiAmbil tiga biji bunga cengkih kemudian tumbuk sehingga hancur. Letakkan serbuk bunga cengkih tadi ke kawasan gigi yang sakit dan tutup lubang gigi tersebut menggunakan kapas.
Melebatkan RambutMasukkan ke dalam syampu dan pakailah seperti biasa.
mmm
Bunga cengkih

Cara Penyediaan Teh Bunga Cengkih

Teh bunga cengkih adalah baik untuk merawat batuk berterusan, panas badan dan sakit kepala. Cara penyediaan teh bunga cengkih adalah seperti berikut:

  • Hiris lemon. Masukkan dalam periuk bersama bunga cengkih. Rebus sampai air tinggal separuh (lebih kurang 2 cawan air).
  • Tutup api dan periuk. Biarkan sampai air jadi suam-suam panas.
  • Tuang air lemon ke dalam cawan.
  • Tambahkan sedikit madu asli. Minum macam biasa pada bila-bila masa.

Kesan Sampingan

  • Pengambilan bunga cengkih dalam sederhana tidak memudaratkan, namun jika diambil secara berlebihan ia juga boleh memudaratkan. Kandungan eugenol terdapat pada bunga cengkih yang mana jika diambil dalam amaun yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ketoksikan. Terdapat bukti yang dilaporkan menunjukkan eugenol menyumbang kepada hepatoksik (ketoksikan pada hati).
  • Bahkan jika terminum bunga cengkih berlebihan, seseorang boleh mengalami sakit perut dan batuk berdarah, maka anda perlu berjaga-jaga dengan kuantiti yang diminum, terutamanya bagi kanak-kanak dan bayi.
  • Pastikan anda mendapatkan rawatan doktor sekiranya terdapat simptom luarbiasa yang dialami selepas menggunakan atau meminumnya.

Berikut merupakan klip video mengenai khasiat bunga cengkih berdasarkan Dr. Nordin.

Soalan FAQs Berkaitan Bunga Cengkih

Apakah bunga cengkih?

Nama saintifik bagi bunga cengkih ialah Eugenia aromatica. Ia berasal dari kudup bunga pokok Syzygium aromaticum

Apakah 3 khasiat utama bunga cengkih?

Khasiat utama bunga cengkih adalah mengurangkan rasa kesakitan pada gigi, mengurangkan keradangan, dan memulihkan batuk, demam dan selsema.

Adakah bunga cengkih mempunyai kesan sampingan?

Ya, iaitu bunga cengkih mempunyai eugenol, jika ia diambil secara berlebihan ia akan menyebabkan cirit-birit dan ketoksikan hati.

Bagaimanakah cara mendapatkan bunga cengkih?

Bunga cengkih boleh dibeli di pasar dan boleh ditanam sendiri.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati