Semasa perbentangan belanjawan 2021, selain dari mengutamakan pembangunan semula ekonomi, kerajaan juga turut memberi perhatian untuk memperkasakan golongan oku.
BELANJAWAN 2021 | INISIATIF KERAJAAN UNTUK MEMPERKASAKAN GOLONGAN OKU
Antara intipati yang terkandungan dalam belanjawan 2021 untuk golongan oku adalah :
- Bantuan bulanan oku tidak berupaya bekerja sebanyak Rm300, meningkat dari sebelumnya iaitu Rm250.
- Kadar elaun pekerja oku Rm450, juga meningkat dari yang sebelumnya iaitu Rm400.
- Program khidmat bantu di rumah, Rm450 maksimum untuk sukarelawan dan Rm80 untuk klien.
- RM5 : PAS PERJALANAN TANPA HAD UNTUK :
- Tren
- Komuter Lembah Klang
- Komuter utara
- Tren antara bandar Kuala Lipis, Tumpat
- Tren Sabah, jajaran Beaufort-Tenom
- Inisiatif pengambilan pekerja oku di bawah #penjanakerjaya, 60% inisiatif kepada majikan daripada gaji bulanan.
- Rm5000 pelepasan cukai pasangan oku, meningkat daripada Rm3500 sebelumnya.
- Bantuan penjagaan oku, daripada Rm350 kepada Rm500.
- Memperkasakan pendidikan khas, peruntukan sebanyak Rm45 juta.