Dr Madzlee Malik, Menteri Pendidikan Umum Pemberhentian Serta Merta Audit SKPMg2 . Dr. Madzlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pemberhentian serta merta audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dalam satu sidang media yang berlangsung di Dewan Za’ba, KPM, pukul 2 petang tadi.
Dr Madzlee Malik, Menteri Pendidikan Umum Bahawa Pemberhentian Serta Merta Audit SKPMg2
Ini diistilahkan ‘Hadiah Hari Raya’ buat warga pendidik khususnya guru-guru yang terlibat dalam SKPMg2 ini kerana guru-guru akan dapat memberikan fokus mereka semula kepada Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
“Selaras dengan semangat untuk memberikan kuasa kepada sekolah, kita berharap pihak sekolah dengan instrumen yang ada, mereka boleh memantau diri mereka dan juga memberikan yang terbaik, saya yakin.”
“Bagi SKPMg2 itu, dia dirasakan sebagai satu bebanan kerana adanya pihak luar yang audit walaupun aspirasi asal ialah untuk membimbing mereka, membuat self-evaluation”
“Jadi, sekarang ini, seperti mana yang kita sepakati, pihak Kementerian Pendidikan akan cuba untuk membantu sekolah-sekolah yang masih lagui belum diaudit, kita tidak akan ada audit, tetapi di pihak Nazir akan cuba membantu mereka untuk melakukan proses secara diri mereka sendiri” kata Dr. Madzlee Malik.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh menonton video Sidang Media Khas oleh Menteri Pendidikan di bawah.
Sidang Media Khas oleh Menteri Pendidikan Malaysia
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu Dr, Madzlee Malik, Iaitu Menteri Pendidikan Umum Pemberhentian Serta Merta Audit SKPMg2 bermanfaat buat semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.