Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kenali 6 Tanda Kencing Manis, Jenis dan Cara untuk Hilangkan Kencing Manis

Kenali 6 Tanda Kencing Manis, Jenis dan Carab untuk Merawatnya

Jangan pernah ambil mudah mengenai isu kencing manis! bertindak lebih awal dan memahami bagaimana cara hilangkan kencing manis adalah lebih baik. Penting untuk ketahui bahawa di Malaysia terdapat 39 Billion individu berumur 18 tahun keatas menghidap kencing manis, manakala 3% kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kencing manis.

Kali ini admin akan membawa perhatian anda memahami tentang penyakit ini secara menyeluruh. Jom ikuti artikel ini!

Penerangan Mengenai Kencing Manis, Jenis-Jenis Dan Tanda Kencing Manis

Kenali 6 Tanda Kencing Manis, Jenis dan Carab untuk Merawatnya

Apakah itu Kencing Manis?

Kencing manis yang juga dikenali sebagai diabetes mellitus adalah satu penyakit kronik yang mempengaruhi kemampuan tubuh untuk memproses glukosa (gula), penyakit ini terjadi ketika paras gula dalam darah tinggi yang dapat disebabkan oleh keturunan, faktor persekitaran atau kecacatan genetik.

Mengapakah keadaan ini boleh berlaku?

Apabila badan kekurangan atau kurang keberkesanan insulin disebabkan oleh paras gula tinggi dalam darah, keadaan ini berlaku sehingga menyebabkan kekurangan hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Oleh itu, insulin berfungsi mengawal keseimbangan glukosa dalam badan dengan membantu pergerakan glukosa dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus glukosa tidak boleh masuk ke dalam sel ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukosa yang tinggi.

Jenis-Jenis kencing manis

Terdapat 2 jenis diabetes mellitus :

Pertama: Diabetes mellitus jenis 1: Penyakit ini terjadi ketika sistem imun menyerang tisu-tisu dan organ tubuh sendiri (antoimmunce).

Kedua : Diabetes mellitus jenis 2 : Penyakit ini dilaporkan kerap terjadi pada anak-anak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan atau obesiti.

Tanda kencing manis Pada Peringkat Awal

Beberapa gejala awal kencing manis meliputi:

20231223 174327 0000
  • Kerap kencing (polyuria) : Pesakit kencing manis akan kerap ke tandas untuk keluarkan air kecil meskipun minum air sikit.
  • Kerap rasa haus (polydipsia) : Mereka yang ada penyakit ini akan kerap rasa haus walaupun dah banyak minum air dan cuaca tak panas tetap juga dahaga.
  • Kerap berasa lapar (polyphagia) : Walaupun baru lepas makan, rasa lapar akan
  • Rasa kebas (numbness) : akan rasa kebas di antara tangan ataupun kaki, kadang-kadang dapat rasa seperti kaki bersemut. Itu tandanya saraf dah mula rosak
  • Kerap mengidam makanan manis : Tak dapat sehari rasa sangat ketagih, nak makan coklat manis, donat manis dan sebagainya.
  • Keletihan (lethargic): Cepat letih, lesu dan tak bermaya meskipun mereka tidak melakukan kerja berat.
  • Badan obesiti : Leher berlipat hitam dan terdapat kutil.

Sekiranya anda mempunyai gejala di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap bacaan gula dalam darah. Bertindak lebih awal adalah pilihan yang bijak.

Cara Hilangkan Kencing Manis

4 jenis makanan sesuai untuk pesakit kencing manis

  1. Tiada gula, tiada kalori : Cari minuman yang kosong kalori dan gula, makanan pula yang tak ada karbohidrat dan kalori seperti ayam, telur, ikan.
  2. Makanan tinggi serat dan rendah GI : Beras ataupun nasi, kandungan dalam nasi ni mempunyai serat yang tinggi, contoh beras perang, beras bashmati.
  3. Makanan yang tinggi magnesium : Kalau kita makan makanan tinggi magnesium yang mana magnesium tu diserap dalam badan, contoh badam ataupun sayur bayam, coklat gelap yang tiada gula.
  4. Amalkan vitamin D & C : Vitamin C & D selalunya ada dalam buah-buahan, sayur seperti sayur kailan, ikan salmon, buah jambu batu, buah kiwi, epal hijau, strawberi, pear, avocado, oren, lemon.

Cara Atasi Kencing Manis Secara Alami

  • Barli pure : Ambil 3 sudu barli teh, letak dalam mangkuk kemudian tuang air panas, kacau sehingga sebati dan minum, Amalkan setiap pagi.
  • Buah lemon : Ambil buah lemon, perah air lebih 1 sudu besar, kacau dalam segelas air mineral, pastikan sebelum minum baca al-fatihah sebanyak 3x, baca 3Qul 3x, dan akhir sekali tutup dengan selawat nabi. Amalkan sebelum tidur.

Soalan FAQs Berkenaan Kencing Manis

Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?

Bermulanya komunikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan diabetes mellitus. Selain itu, tahap glukosa dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komunikasi yang melibatkan organ-organ berikut:
●Ginjal: kegagalan ginjal.
●Mata: kebutaan
●Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar
●Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid lemak.
●Sistem saraf: masalah deria
●Organ reproduktif: mati pucuk
●Kaki: masalah kaki
●Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul

Bagaimanakah konsep jaga makan bagi pesakit diabetes mellitus?

1) Apa yang kita makan?
Makanan yang semestinya perlu dielakkan adalah makanan manis, makanan-makanan yang tinggi kandungan gula.

2) Kuantiti, berapa banyak kita makan
?
Pesakit kencing manis perlu menjaga waktu makan, tak boleh lambat, makan waktu makan perlu teratur dan ikut sukatan, makan sikit-sikit tetapi kerap.

3) Bila waktu kita perlu makan?

Pesakit kencing manis perlu menjaga waktu makan, tak boleh lambat, makan waktu makan perlu teratur dan ikut sukatan, makan sikit-sikit tetapi kerap.

Apakah pantang larang bagi penyakit ini?

Jangan makan nasi, ketika nasi tengah panas kerana nasi panas mempunyai tinggi gula, kalau makan nasi tengah panas,gula dalam darah akan mencanak naik, jika dibandingkan makan nasi sejuk, gula tak tinggi sangat dan tak naik sangat.

Apakah kesan sekiranya pesakit kencing manis makan, makanan panas?

Makan nasi panas senang dicerna oleh badan, gula dalam nasi senang masuk dalam darah dan gula dalam darah akan mencanak naik,Manakala nasi sejuk, bilamana masuk dalam perut, proses cerna makanan akan lambat. Oleh itu, gula dalam darah akan masuk perlahan-lahan.

Apa penyebab utama kencing manis?

Kencing manis boleh disebabkan oleh faktor genetik, gaya hidup dan persekitaran. Faktor utamanya termasuk termasuk kelemahan badan untuk menggunakan insulin dengan berkesan (resistance insulin) atau kekurangan pengeluaran insulin oleh pankres untuk memenuhi keperluan badan, faktor risiko lain termasuk obesiti, kurangnya aktiviti fizikal, pemakanan yang tidak sihat serta faktor genetik dan sejarah keluarga.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati