Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut di Rumah Menurut Doktor

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Secara umumnya semua orang pernah merasai sakit gigi berdenyut. Ramai di kalangan kita sentiasa mencari-cari cara hilangkan sakit gigi berdenyut di rumah. Namun terdapat banyak petua yang tidak betul dan tidak berkesan dalam usaha untuk merawat sakit gigi berdenyut.

Terdapat perkongsian daripada pendapat seorang doktor yang berfakta mengenai cara hilangkan sakit gigi berdenyut di rumah dengan beberapa bahan dan cara yang sangat sesuai serta berkesan untuk dalam tempoh yang sementara.

Sakit Gigi Berdenyut Sukarkan Aktiviti Harian

Kenapa Boleh Sakit Gigi Berdenyut?

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Sakit gigi berdenyut adalah tanda yang mungkin disebabkan oleh kerosakan gigi seperti pereputan gigi atau rongga (cavity). Selain itu, juga boleh disebabkan oleh jangkitan pada gusi di sekelilingnya. Pada bahagian dalam gigi pula terdapat pulpa merah jambu lembut yang membantu memastikan ia sihat.

Pulpa gigi mengandungi tisu saraf dan saluran darah. Sekiranya terdapat rongga atau rekahan pada gigi yang menyebabkan udara dan kuman masuk ia boleh merengsa dan menjangkiti saraf pulpa yang sensitif dan mengakibatkan anda mengalami sakit gigi berdenyut tiba-tiba.

Fakta Tentang Gigi
Sakit gigi tidak boleh dibiarkan kerana saraf gigi terus bersambung otak manusia. Oleh itu, sakit gigi sangatlah memberi kesan kepada seseorang.

Sakit Gigi Menyebabkan Tubuh Badan Terkesan

Kesan daripada sakit gigi berdenyut boleh memberi tekanan dan kesan pada angota tubuh badan kita. Kesan sakit gigi adalah tidak boleh dibiarkan ia berpanjangan. Berikut adalah gejala yang anda akan alami jika sakit gigi berdenyut:

  • Kesakitan berterusan
  • Rasa tajam apabila menggigit
  • Berasa sakit apabila makan sesuatu yang manis
  • Gigi terasa sensitif atau kebas
  • Berasa sakit pada rahang
  • Mulut atau gusi menjadi bengkak
  • Ternampak kemerahan dalam bahagian mulut
  • Rasa yang tidak enak di dalam mulut
  • Mulut anda berbau busuk
  • Terdapat nanah atau ada cecair putih
  • Anda merasa demam

Sekiranya anda terdapat simptom-simptom di atas, ianya boleh dikenalpasti sebagai anda mengalami sakit gigi berdenyut.

Hentikan Sakit Gigi Berdenyut Dengan Beberapa Kaedah

Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut

Terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkan sakit gigi berdenyut yang boleh anda lakukan dengan beberapa bahan semulajadi di rumah untuk tujuan melegakan sementara kesakitan gigi anda.

Cara-cara ini hanya bertujuan untuk menjadi penyelesaian yang sementara sahaja dan adalah perlu untuk anda mendapatkan rawatan profesional kerana rawatan gigi tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Berikut adalah dikongsikan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dengan mudah di rumah anda:

1. Gunakan Ketulan Ais

Cara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan Sakit Gigi

Cara hilangkan sakit gigi berdenyut yang paling mudah adalah dengan meletakkan beg yang diisi ais pada kawasan pipi atau orang yang anda terasa sakit. Untuk penggunaan adalah boleh anda mengisi beg dengan ais atau sesuatu yang sejuk sebagai alternatif lalu bungkuskan beberapa ketul ais ke dalam kain atau tuala kemudiannya anda boleh letakkan pada bahagian yang anda terasa sakit selama 10 hingga 15 minit. Boleh ulangi proses ini setiap jam mengikut keperluan untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami.

Peringatan juga kepada anda agar tidak menggunakan ais secara terus kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami radang dingin sebaiknya balut ais tersebut dengan kain atau tuala.

2. Berkumur Dengan Hidrogen Peroksida (Ubat Kumur)

Melalui ubat kumur yang menemui hidrogen peroksida adalah merupakan cara hilangkan sakit gigi berdenyut yang mudah dengan larutkan ubat kumur dengan air lalu campur kan kuantiti yang sama dengan. Lalu anda boleh berkumur melalui campuran tersebut dan boleh berkumur selama kira-kira 30 saat. Anda perlu berhati-hati agar tidak menelannya dan boleh membilas mulut dengan air serta ulangi proses sekiranya perlu.

3. Berkumur Dengan Air Garam

Cara hilangkan sakit gigi berdenyut kedua adalah melalui cara berkumur dengan air garam. larutan garam yang dikumpulkan akan menjadikan keadaan mulut kering dan menghalang bakteria langkah untuk berkumur dengan air garam ialah dengan menyediakan secawan dengan air suam yang dicampur kan satu sudu teh garam ke dalam air dan anda boleh berkumur selama 30 saat sehingga seminit. lalu ludahkan dan bilas mulut dengan air. Ulangi ikut keperluan.

4.Minyak Bunga Cengkih

Cara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan Sakit Gigi

Khasiat minyak bunga cengkih yang mempunyai kompaun eugenol yang mempunyai sifat anestetik dan anti radang. Sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan pada gigi dan gusi anda. Cara dah penggunaannya adalah dengan mengambil sebiji bunga cengkih dan gosokkan pada gigi yang sakit dengan perlahan-lahan. Lalu biarkan minyak tersebut berada di sekitar gigi selama beberapa minit dan anda akan terasa sakit berkurangan di bahagian gigi. Disarankan untuk anda ulangi proses ini sehingga anda merasa sakit yang berkurangan dan ketika situasi perlu.

5.Guna Aloe Vera

Aloe vera atau dikenali sebagai lidah buaya terkenal digunakan dalam apa-apa rawatan merawat pesakit. Dalam situasi sakit gigi pula aloe vera boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan di dalam mulut seseorang. Ia mempunyai ciri atau anti bakteria yang boleh membantu membunuh bakteria dalam mulut serta mengurangkan risiko jangkitan. Cara penggunaannya adalah dengan memecahkan sekeping kecil daun aloe vera dan perah airnya lalu sapukan pada gigi yang sakit dan tahan di tempat itu selama beberapa minit. Kemudian Anda bilas mulut dengan air kosong untuk mengeluarkan gel aloe vera.

6. Guna Bawang Putih

Cara hilangkan sakit gigi berdenyut seterusnya adalah melalui penggunaan bawang putih. Ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih mengandungi allicin iaitu sejenis kompaun anti bakteria dan anti radang. Ia sangat berkesan untuk mengurangkan sakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Cara untuk menghilangkan sakit gigi menggunakan bawang putih adalah dengan mengambil sebiji bawang putih dan hiris secara kecil kecil lalu letakkan mahu putih yang dihiris itu pada gigi yang sakit. Anda boleh biarkan bawang putih disekitar gigi selama beberapa minit sehingga kesakitan yang anda rasa semakin menghilang.

Dapatkan Rawatan Perubatan Jika Sakit Gigi Melarat

Sekiranya anda mengalami sakit gigi yang berpanjangan yang menjejaskan aktiviti harian anda adalah disarankan untuk anda terus berjumpa dengan doktor gigi dan mendapatkan rawatan yang sesuai dengan kesakitan gigi. Adakalanya sakit gigi juga berpunca kerana beberapa faktor yang tidak boleh kita rawati dengan sendiri dan ia memerlukan keperluan pakar.

Oleh itu, di sini pentingnya kita sentiasa menjaga kesihatan gigi agar tidak menjejaskan aktiviti harian dan perancangan kita dapat berjalan dengan lancar. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat dan membantu anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati