Makluman jawatan kosong UPSI Februari 2024 kini dibuka kepada umum untuk permohonan dan mengikut beberapa syarat kelayakan dan cara permohonan yang telah ditetapkan. Pemakluman pengambilan telah dibuka oleh UPSI pada 27 Februari 2024.
Pemohon boleh merujuk maklumat lengkap berkenaan jawatan kosong UPSI Februari 2024 dengan merujuk beberapa perkara yang kami sediakan seperti dibawah.
Makluman Jawatan Kosong UPSI Februari 2024
Isi Kandungan
Bagi bulan Februari, pihak UPSI menyeru orang ramai untuk membuat permohonan secara atas talian dan pastikan permohonan tersebut adalah mengikuti dengan skop yang telah ditetapkan serta permohonan hanyalah melalui portal yang sediakan secara khusus untuk para calon.
Senarai Jawatan Kosong Dibuka UPSI
Merujuk maklumat mengenai jawatan kosong yang dibuka. Bagi bulan Februari 2024 adalah dibuka sebanyak 1 jawatan kosong untuk diisi oleh pemohon. Anda boleh merujuk pada maklumat dalam jadual dibawah:
Maklumat DBB | Penerangan |
---|---|
Jawatan Kosong | Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Pembantu Pengurusan Murid) Gred 19 |
Lokasi Penempatan | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) |
Kelayakan Akademik | SPM |
Taraf Jawatan | Tetap dan Kontrak |
Cara Permohonan | Permohonan Online di Portal UPSI |
Tempoh Permohonan Dibuka Oleh UPSI
Kepada semua pemohon, Permohonan adalah dibuka bermula 27 Februari 2024 sehingga 11 Mac 2024 oleh pihak UPSI. Para calon boleh membuat semakan beberapa perkara sebelum permohonan. Perlu merujuk syarat permohonan dahulu dan pastikan permohonan online adalah mengikuti ketetapan UPSI.
Rujukan Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon boleh merujuk syarat kelayakan yang ditetapkan dalam jawatan kosong UPSI Februari 2024 yang menawarkan kekosongan jawatan dan mestilah mengikuti syarat-syarat yang seperti berikut:
- Merupakan warganegara malaysia
- Berumur 18 tahun dari tempoh permohonan dibuka
- Berkelayakan akademik minima SPM.
Prosedur Permohonan Jawatan Kosong UPSI Februari 2024
Rujukan Iklan Rasmi UPSI
Anda boleh merujuk maklumat yang telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Perlu membuat semakan segera dan memastikan bahawa permohonan dapat diikuti dengan tepat dan cara yang betul.
Untuk membuat semakan dan rujukan secara segera, para calon boleh membuat semakan melalui klik butang yang kami sediakan di bawah:
Cara Mohon Kerja di UPSI
Bagi para pemohon yang berminat, berikut adalah merupakan langkah-langkah mohon kerja di UPSI:
- Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI .
- Bagi permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
- Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
- Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
- bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
- telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)
- Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
- Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
- Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Setiap permohonan jawatan dikenakan RM 10.00 bagi satu (1) jawatan.
- Calon perlu memastikan maklumat di dalam Myjobs adalah lengkap bagi memastikan permohonan dapat diproses selanjutnnya.
Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM 05 – 450 6328 / 6338 / 6399.
Bagi para pemohon yang sudah melengkapkan isian permohonan, anda boleh menunggu maklum balas daripada pihak UPSI melalui emel rasmi anda.
Sy mencari jawatan sebagai pensyarah