BANTUAN KANAK-KANAK akhirnya diumumkan! YB DS Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan di laman facebook beliau mengenai kenaikkan Bantuan Kanak-kanak JKM bagi tahun 2021 seperti yang telah diluluskan dalam belanjawan 2021.
Terdahulu, jumlah bantuan kanak-kanak diberikan maksimum bagi seorang anak adalah Rm100, dan maksimum Rm450 jika anak melebihi 4 orang. Pada tahun 2021, bantuan ini telah dinaikkan seperti berikut :
- Kanak-kanak 7-18 tahun : Rm150/Sebulan (seorang)
- Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Rm200/Sebulan (seorang)
- Maksimum Rm1000 sebulan untuk sebuah keluarga
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN KANAK-KANAK
Untuk menerima bantuan ini, ada beberapa kriteria khusus yang telah ditetapkan oleh JKM seperti berikut :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga/penjaga yang menjaga kanak-kanak tersebut dan pendapatan isi rumah tidak lebih dari pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dan ke atas boleh dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga tamat menengah atas
- Mana-mana kes yang memerlukan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah KPKM
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK
Terdapat dua cara untuk anda membuat permohonan :
- Permohonan atas talian
Bagi permohonan secara atas talian, sila ikut langkah-langkah di bawah :
- Layari portal rasmi JKM atau http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Klik daftar permohonan atas talian
- Pilih negeri dan masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan daftar
- Isi maklumat lain yang diminta
- Pastikan anda mengunjungi Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah masing-masing dalam tempoh 14 hari dari hari permohonan dibuat secara online. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan system membatalkan permohonan anda secara automatic
- Permohonan manual
Untuk permohonan secara manual, anda perlu mengunjungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah anda dan pastikan membawa bersama beberapa dokumen seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon
- Salinan kad OKU atau slip pendaftaran OKU Sementara (jika OKU)
- Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salah satu bil utility
- Laporan perubatan dari pegawai hospital/klinik kerajaan/swasa (bagi kes OKU kronik/tidak bekerja)
SENARAI BORANG PERMOHONAN MANUAL BANTUAN
- JKM 18 (MOHON BANTUAN) klik SINI https://drive.google.com/file/d/1YVeEYyuQ0jqVklcWi1Wf_BizCTTx-moH/view
- JKM 20 (KEMASKINI) klik SINI https://drive.google.com/file/d/1YX0Z3w9ha3XKZAXsQ4iUWe5F9DhUmJxN/view