Bantuan Awal IPT Terengganu merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri Terengganu yang diperkenalkan untuk memberi sokongan kepada para mahasiswa dalam melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
Bagi para mahasiswa, anda boleh mengetahui beberapa perkara berkenaan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri. Melalui Bantuan Awal IPT Terengganu ini juga akan memberi manfaat dan sokongan dari segi keperluan kewangan.
Berkenaan Bantuan Awal IPT Terengganu
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Awal IPT Terengganu
Bantuan Awal IPT Terengganu adalah merupakan bantuan yang diberikan kepada mahasiswa yang melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diberikan sumbangan kepada golongan pelajar yang mula belajar di IPT. Permohonan adalah boleh dibuat berdasarkan beberapa syarat.
Objektif Bantuan Awal IPT Terengganu
Objektfi utama adalah membantu para pelajar dari segi kewangan, berikut adalah merupakan objektif bantuan:
- Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.
- Meringankan bebanan para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajiananak- anak mereka ke peringkat pengajian tinggi.
Kaedah Pembayaran Bantuan Awal IPT Terengganu
Pembayaran bantuan akan dibuat melalui ETF atau cara lain yang bersesuaian dan mudah untuk penerima.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah merupakan syarat-syarat permohonan dalam menerima bantuan:
- Pemohon dan ibu bapa atau penjaga adalah:
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau,
- Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran
- Beragama Islam, baligh, dan berakal.
- Pelajar baharu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan permohonan sah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh daftar pengajian.
- Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah:
- Sijil Pra-Diploma,Asasi Matrikulasi
- Diploma
- Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana (Master)
- Doktor Falsafah (PhD)
- Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian secara turutan ke atas.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
Syarat untuk pemohon
- Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi di dalam negara atau luar negara atau:
- Institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walau bagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan.
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Bagi membuat permohonan, anda boleh merujuk beberapa cara permohonan dan senarai dokumen yang perlu disediakan oleh para pemohon.
Prosedur Permohonan Bantuan Awal IPT Terengganu
Cara Mohon Bantuan Awal IPT Terengganu
Untuk makluman kepada pemohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM. Pemohon juga akan diminta untuk membuat pendaftaran baharu sekiranya belum ada akaun. Pemohon juga perlu memuat naik beberapa dokumen yang diminta.
Senarai Dokumen yang Perlu Disediakan
Pemohon perlu membuat permohonan secara dalam talian dan memuat naik dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja/ tambahan tanggungan)
- Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan (bagi yang bekerja sendiri/ pesara swasta)/ penyata pencen/ kad pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini
- Surat tawaran belajar yang rasmi.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil-sijil berkaitan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja)
- Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
- Slip permohonan dan surat mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ Ketua Kampung/ Penghulu.
- Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
- Salinan sijil kematian/ penceraian ibu bapa. (Jika berkenaan)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Selepas berjaya dalam permohonan, bantuan akan terus disalurkan kepada pelajar berkenaan.
Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Awal IPT Terengganu
Bagaimana bantuan sambung belajar IPT?
Bantuan disalurkan kepada pelajar yang menepati dengan syarat kelayakan dan beberapa perkara dalam permohonan.
Dimana boleh mohon bantuan IPT?
Bantuan boleh dimohon melalui permohonan secara atas talian melalui laman Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Apakah syarat kelayakan bantuan?
Syaratnya adalah mesti warga terengganu dan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT.
Adakah bantuan sambung belajar masih diteruskan?
Bantuan ini masih diteruskan dan boleh merujuk kepada laman web rasmi MAIDAM.
Adakah pengajian di IPTS layak memohon bantuan awal?