Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ayam Masak Lemak Cili Padi Simple, Hidangan Ramadan Paling Popular

Ayam Masak Lemak Cili Padi Simple, Hidangan  Ramadan Paling Popular

Rasa pedas yang menyengat bersama kelembutan ayam dan kepekatan kuah, itulah peringkat rasa ayam masak lemak cili padi. Hidangan istimewa yang merupakan perpaduan rasa sempurna, pedas, manis dan pedas bercampur menjadi satu menciptakan sensasi rasa yang bermain-main di lidah.

Ayam masak lemak cili pi adalah hidangan tradisional Malaysia yang telah turun-temurun yang menyajikan keseimbangan rasa yang menggoda. Ikuti artikel ini admin akan kongsikan pelbahagai resepi keunikan citarasa ayam masak lemak cili padi.

Panduan Resepi Lengkap: Dengan Keunikan Citarasa yang Boleh Anda Masak di Rumah

Resipi ini telah admin kaji dari dulu lagi, diyakini rasa yang sedap dan kini admin ingin berkongsi turun temurun ini agar hidangan istimewa ini dapat dinikmati bersama, marilah kita mulakan dengan langkah-langkah membuat ayam masak lemak cili api di rumah!

1) Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

IMG 20240115 WA0000
Ayam Masak Lemak Cili Padi Simple, Hidangan Ramadan Paling Popular 5

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 ekor (dipotong)

Bahan diblend kasar/ditumbuk

  • Bawang merah 5 ulas
  • Cili hidup merah
  • 8 tangkai Cili padi hijau
  • 15 tangkai (kalau tak tahan pedas 7 tangkai pun boleh)
  • ⅕ kunyit hidup
  • Garam
  • Santan pekat setengah cawan
  • Santan cair 1 cawan

Cara penyediaan:

  1. Tumis minyak dengan bahan yang ditumbuk.
  2. Masukkan ayam dan santan cair .kacau dengan api perlahan smpai mendidih.
  3. Kemudian, selepas mendidih. Masukkan santan pekat. Tunggu sampai mendidih lagi sekali.
  4. Masukkan tomato dan tabur daun kunyit. kalau pekat sangat tambah air, ikut selera masing masing.
  5. Selamat mencuba!

Sumber: Mastura mukhtar

2. Resepi Ayam Masak Cili Padi Original Negeri Sembilan

IMG 20240115 WA0001
Ayam Masak Lemak Cili Padi Simple, Hidangan Ramadan Paling Popular 6

Kredit : ilmupercuma

Bahan-bahan:

  • 1 ekor Ayam di potong 16 dan cuci bersih
  • 2 batang Serai (diketuk)
  • 1 kg santan (sebab suka pekat dan kuah lebih)
  • 1 helai daun kunyit (dibuang urat tengahnya)
  • Garam
  • Gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • Air secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yang disukai (anggaran 1-2 gelas)

Bahan kisar:

  • 15 biji cili padi atau mengikut tahap pedas yang disukai
  • 2 inci Kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan ayam dan tambah lagi 6minit masak hingga mendidih. Kacau perlahan ayam bersama bahan kisar/tumbuk dan reneh sehingga ayam mengecut dengan cara ni baru ayam cantik kekuningan dan meresap rasa.
  2. Setelah ayam mengecut atau separuh masak Baru masukkan asam keping, daun kunyit, santan dan sedikit air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai.
  3. Biarkan kuah mendidih dan ayam meresap segala perisa.
  4. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

3. Resepi Ayam Masak Cili Padi

IMG 20240115 WA0002 1
Ayam Masak Lemak Cili Padi Simple, Hidangan Ramadan Paling Popular 7

Kredit : icha.irawan

Bahan untuk ayam :

  • 500gram Paha ayam, potong kecil
  • 3 bawang putih, (haluskan)
  • 1sudu ketumbar bubuk
  • 1/2 sudu lada bubuk
  • 1 sudu garam
  • 1sudu tepung
  • 1/2 sudu baking soda
  • Minyak (untuk menggoreng ayam)

Bahan Cili :

  • 6 biji cili merah
  • 6 biji cili hijau
  • 4 biji cili merah/hijau besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu air asam jawa
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 sudu garam/ secukupnya
  • Minyak (untuk menumis)

Cara penyediaan:

  1. Cuci bersih ayam, potong kecil-kecil.
  2. Goreng didalam minyak panas dengan api sedang sampai kecoklatan, ketepikan.
  3. Blend kasar cili dan bawang. Tumis kedalam minyak, masukkan garam gula, air asam jawa dan sos tiram.
  4. Kacau rata, masak sampai matang dan rasa.
  5. Hidang keatas ayam. Sajikan dengan masih hangat.

Nota: Tingkat kepedasan boleh disesuaikan

Soalan FAQs Berkenaan Ayam Masak Lemak Cili Padi

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam cili padi?

Bahan-bahan asas yang diperlukan termasuk ayam, cili, bawang putih.

Berapa banyak cili padi perlu digunakan?

Jumlah cili padi yang digunakan bergantung kepada sejauh mana pedas yang dikehendaki.

Adakah kulit ayam perlu dibuang?

Tidak perlu membuang kulit ayam kerana ia akan menambah rasa pada ayam masak cili padi

Bolehkah saya simpan ayam masak cili padi untuk hari kemudian?

Boleh, Masakan ini tahan 2-3 hari. Jika disimpan didalam peti sejuk.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati