Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Besar-besaran SPA9 Bagi Kemasukan Oktober dan November

Pengambilan Besar-besaran SPA9

Pengumuman terbaru mengenai pengambilan besar-besaran SPA9 bagi kemasukan bulan Oktober dan Novermber. Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, kami gembira untuk mengumumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sedang menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan lagi berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang tersedia.

Ikuti telegram sistem guru online yang penuh dengan pelbagai informasi terkini:

Disripsi Penuh Pengambilan Besar-besaran SPA9

Maklumat Ringkas Jawatan

Dapatan maklumat kami, iklan pengambilan besar-besaran spa9 ini adalah untuk membantu para graduan atau calon yang masih belum ada pekerjaan untuk mohon. Bagi jawatan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah semua dibawah sektor kerajaan. Berikut senarai jawatan yang dibuka dibawah:

Senarai Jawatan

JawatanJabatanJumlah Ambilan
Pegawai Penyelidik Q41Jabatan Mineral dan Geosains MalaysiaKekosongan : 1 (Lelaki)
Simpanan : 5 (Lelaki)
Pegawai Psikologi S41Kementerian Kesihatan MalaysiaKekosongan : 11
Simpanan : 22
Pegawai Dietetik U41Kementerian Kesihatan MalaysiaKekosongan : 29
Simpanan : 58
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri PerlisKekosongan : 1 (Lelaki)
Simpanan : 6 (Lelaki)
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29Jabatan Perancangan Bandar dan DesaKekosongan : 26
Simpanan : 13
Pembantu Operasi N11Jabatan Perdana MenteriKekosongan : Tidak Dinyatakan (Jawatan Tetap)

Tarikh Tutup Permohonan Bagi Jawatan ini

Tarikh tutup permohonan bagi setiap jawatan yang ditawarkan adalah berlainan tarikh. Diminta para pemohon untuk menyegerakan permohonan anda dengan secepat mungkin sebelum tarikh tutup. Antara tarikh 30,31 Oktober 2 November dan 30 Disember 2023 (Rujuk Iklan Rasmi).

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda semak mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Bagi jawatan Pegawai Psikologi S41, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 – Jadual Gaji Skim Perkhidmatan Sosial

Bagi jawatan Pegawai Penyelidik Q41 – Jadual Gaji Untuk Sektor Perkhidmatan Penyelidikan Dan Pembangunan

Bagi jawatan Pegawai Dietetik U41 – Jadual Gaji Penjawat Awam Skim Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan

Bagi jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29 – Jadual Gaji Untuk Skim Perkhidmatan Awam Bahagian Kejuruteraan

Bagi jawatan Pembantu Operasi N11 – Jadual Gaji Bagi Sektor Pentadbiran Dan Sokongan


Syarat Lantikan Wajib Permohonan Bagi Semua Jawatan SPA9

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan akademik mesti mengikut syarat yang telah dikeluarkan oleh semua pihak jabatan.

Kelebihan Jawatan

  • Cuti Am
  • Cuti Sakit
  • Imbuhan besar
  • Bonus

Tugas Ringkas Bagi Setiap Pengambilan Besar-besaran SPA9

JawatanTugas
Pegawai Penyelidik Q41– Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D).
– Memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.
Pegawai Psikologi S41– Bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar dan perkhidmatan psikologi berdasarkan aplikasi psikologi (penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi) dalam bidang psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi dalam konteks pengurusan sumber manusia, pembangunan manusia dan komuniti, pendidikan, keselamatan dan ketenteraman awam, kesihatan, koreksional dan rehabilitasi.
Pegawai Dietetik U41– Bertanggungjawab melaksanakan tugas berkaitan pengurusan dan pemantauan perkhidmatan klinikal dietetik dan komuniti.
– Perancangan dan penyediaan makanan berzat dan sesuai berdasarkan Hospital Diet Manual
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29– Bertanggungjawab menyelaras Kajian Rancangan Struktur Perbandaran, Kajian Bandar Selamat, Kajian Petunjuk Bandar Sejahtera (MURNInet)
– Penyelidikan dan lain-lain kajian-kajian perancangan, melaksanakan e-Pemajuan Bahagian Perancangan Bandar khasnya dalam semakan permohonan kebenaran merancang bagi perbandaran secara on-line.

Cara Membuat Permohonan Pengambilan Besar-besaran SPA9

Kepada setiap pemohon dikehendaki untuk merujuk terus iklan rasmi jawatan dan mengetahui kesemua syarat yang diperlukan bagi semua jawatan agar permohonan anda termasuk permohonan mengikut piawaian majikan. Bagi yang berminat, berikut iklan rasmi bagi keseluruhan jawatan dibawah :

photo 2023 10 28 17 04 46
Iklan Rasmi Pengambilan Besar-besaran SPA9
photo 2023 10 28 17 04 48
Iklan Rasmi Pengambilan Besar-besaran SPA9
photo 2023 10 28 17 04 49
Iklan Rasmi Pengambilan Besar-besaran SPA9
photo 2023 10 28 17 04 50 2
Iklan Rasmi Pengambilan Besar-besaran SPA9
photo 2023 10 28 17 04 50
Iklan Rasmi Pengambilan Besar-besaran SPA9
photo 2023 10 28 17 04 51
Iklan Rasmi Pengambilan Besar-besaran SPA9

Cara Mohon Online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

  • Permohonan adalah secara online melalui portal permohonan kerja portal SPA Malaysia [DISINI], Bagi sesiapa yang belum daftar boleh rujuk cara daftar akaun spa.
  • Untuk memohon sila daftar masuk (login) atau jika anda belum mendaftar sebagai pencari kerja, sila daftar terlebih dahulu.
  • Sila lengkapkan borang online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan (rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan
  • Pastikan anda telah melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan juga mengikuti syarat yang diberikan sebelum menghantar permohonan
  • Permohonan hendaklah sampai kepada pihak majikan sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima dan akan ditolak.

Nota : Langkah permohonan selain jawatan pembantu operasi N11 mestilah ikuti langkah diatas.

Cara Mohon Bagi Jawatan Pembantu Operasi N11

  • Pegawai yang berminat hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2005.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan:
    1. Surat permohonan rasmi daripada Jabatan pemohon.
    2. Salinan MyKad.
    3. Salinan Buku Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
    4. Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun.
    5. Justifikasi bersama dokumen sokongan.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

Alamat Jabatan
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, ARAS 11, BLOK F1, KOMPLEKS F NO. 2, LEBUH PERDANA TIMUR A, PRESIENT 1, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62000 PUTRAJAYA (u.p.: Unit Sumber Manusia)
Nota Kaki : Size huruf bagi alamat mestilah dalam tulisan besar keseluruhannya.

Admin mendoakan buat sesiapa sahaja yang membuat permohonan pengambilan besar-besaran spa9 agar dipermudahkan segala urusan permohonan dan semoga dapat bekerja didalam jawatan yang diminati.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati