Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Daftar Kursus Kahwin Online Mudah Untuk Seluruh Malaysia

Panduan Daftar Kursus Kahwin Online Mudah Untuk Seluruh Malaysia

Kursus kahwin online adalah sesuatu yang sinonim dengan pasangan yang dalam proses untuk dikahwinkan. Prosedur ini telah ditetapkan oleh pejabat bahagian agama di setiap negeri. Kepentingan menghadiri kursus kahwin adalah untuk memastikan setiap pasangan mempunyai ilmu untuk menempuhi kehidupan selepas kahwin.

Melalui inisiatif kursus kahwin online setiap pasangan yang berjaya sesi kursus akan diberikan sijil sekaligus akan memudahkan urusan para bakal pengantin yang mana sijil kursus kahwin adalah wajib sekali seumur hidup. Jadi, jikalau tidak tahu bagaimana untuk mendaftarkan diri bagi kursus kahwin online boleh rujuk daripada perkongsian kami.

Daftar Kursus Kahwin Online Untuk Pasangan Yang Bakal Berkahwin

kursus kahwin online

Pengenalan Sistem SSPIM

Makluman untuk semua, kursus kahwin online adalah dipertanggungjawabkan dan didaftar bawah Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Pengurusan sistem ini adalah dibawah JAKIM dan terpakai kepada seluruh negeri.

Kenapa Perlu Daftar Dibawah Sistem SSPIM?

Bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin adalah perlu daftar kursus kahwin online melalui laman ini kerana ia telah disahkan sebagai autoriti untuk kursus pra-perkahwinan. Anda juga akan mendapat manfaat dan menjimatkan masa dan tempat dengan melalui daftar secara atas talian.

Pendaftaran juga adalah perlu untuk ikuti kursus kahwin di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin mengadakan pernikahan. Contohnya, anda berasal dari Selangor tetapi kini bekerja di Kelantan, maka mestilah anda daftarkan kursus kahwin online Selangor jika anda bercadang bernikah di Selangor.

Panduan Lengkap Daftar Kursus Kahwin Online

Cara Daftar Kursus Kahwin Online

Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti bagi menjayakan urusan permohonan kursus kahwin online anda. Berikut adalah langkah yang perlu anda ikuti:

Langkah 1 : Daftar Kursus Kahwin Online Melalui Portal Rasmi SPPIM

Bagi anda atau pasangan anda, boleh daftar secara online melalui satu portal sahaja iaitu portal kursus kahwin online SPPIM.

Langkah 2 : Pilih Tarikh dan Tempat Lokasi Kursus Kahwin Mengikut Negeri

Anda boleh memilih dan menetapkan tarikh dan tempat mengikut pilihan yang disediakan di portal tersebut. Sekiranya anda memilih untuk berkahwin di Selangor maka anda perlu memilih anjuran kursus kahwin Selangor.

Selepas membuat carian, keputusan atau kekosong anjuran kursus kahwin anda boleh memilih untuk ikuti kursus anjuran pihak berkenaan.

kursus kahwin online

Langkah 3: Isi Maklumat dan Butiran Diri

Anda perlu memasukkan maklumat yang betul dan semasa berkenaan diri anda seperti nombor kad pengenalan, nama penuh seperti dalam IC dan lain-lain maklumat yang diminta wajib anda isi di dalam kolum.

Langkah 4: Membuat Pengesahan

Setelah selesai mengisi, anda akan diberikan perakuan kursus kahwin dan anda boleh mengatakan “Saya Bersetuju” untuk mengesahkan maklumat perakuan anda.

Langkah 5 : Permohonan Kursus Berjaya

Selepas melalui proses yang tersebut, anda akan dibawa ke paparan seperti gambar dibawah. Kemudiannya anda hanya perlu ikuti langkah-langkah dinyatakan berkenaan syarat dan kaedah pembayaran yang mungkin berbeza-beza mengikut pengajur.

kursus kahwin online

Pasca Daftar Kursus Kahwin Online

Selepas selesainya pendaftaran kursus kahwin, anda boleh membuat persiapan awal untuk menghadiri kursus kahwin yang bakal berlansung di hari dan lokasi yang ditetapkan. Untuk bayaran, anda perlu merujuk kepada pihak penganjur. Anda boleh menghubungi mereka dan mengesahkan bahawa anda daftar kursus kahwin dan pembayaran sekaligus dengan pihak berkenaan.

Seterusnya, para peserta kursus kahwin perlu mengetahui syarat-syarat dan maklumat yang anda kena cakna berkenaan kursus kahwin.

Menghadiri Kursus Kahwin Bagi Pasangan Yang Bakal Berkahwin

kursus kahwin online

Penerangan Kursus Kahwin

Kursus Kahwin adalah merupakan persediaan kepada bakal suami dan isteri mengenai tanggungjawab mereka dalam perkahwinan. Ia juga membincangkan proses pendaftaran perkahwinan, pengurusan rumahtangga, cara mengatasi masalah perkahwinan, kisah-kisah berhubung perkahwinan sebagai contoh, serta pengetahuan yang penting mengenai perkahwinan.

Kursus ini berlangsung selama dua hari berturut-turut, bermula pada waktu pagi dan berakhir pada sebelah petang, dengan setengah hari pada hari kedua menurut kebiasaan program kursus. Peserta akan menerima sijil selepas menghadiri kursus ini, sijil ini akan digunakan untuk memohon surat kebenaran perkahwinan di masa akan datang dan sah diguna untuk semua negeri.

Nota : Sijil kursus ini adalah sah sepanjang hayat tanpa tarikh luput. Untuk individu yang mempunyai sijil pengajian Islam yang diiktiraf, mereka boleh memohon pengecualian daripada menghadiri kursus perkahwinan.

Bayaran Kursus Kahwin Untuk Setiap Negeri

Untuk bayaran adalah tertakluk kepada penganjur dan negeri masing-masing. Kos purata untuk kursus perkahwinan di kebanyakan kawasan adalah sekitar antara RM80 perbezaan yuran kursus perkahwinan dikenakan kerana mengikut Jabatan Agama Negeri masing-masing yang berbeza.

Bayaran yuran ini adalah untuk kos seperti berikut:

  • Makanan
  • Buku Perkahwinan
  • Fail
  • Alatan tulis
  • Sijil
  • Bayaran penceramah

Berikut adalah senarai bayaran di setiap negeri dan rujukan hal ehwal agama negeri perkahwinan negeri Malaysia:

NegeriBayaranPautan Rasmi
Kuala LumpurRM120JAWI
SelangorRM80JAIS
JohorRM120JAINJ
MelakaRM80JAIM
Negeri SembilanRM100JHEAINS
Pulau PinangRM80JAIPP
KedahRM80JAIK
PerlisRM80JAIPS
TerengganuRM50JHEAT
PahangRM70JAIP
KelantanRM80JAHEAIK
PerakRM80JAIPK
LabuanRM100JAWI
SarawakRM100JHEAINS
SabahRM100JAIS

Kandungan Modul Kursus Pra Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Pihak JAKIM telah membuat garis panduan untuk mana-mana kursus kahwin dibawahnya perlu mengikuti modul kursus yang telah ditetapkan. Untuk kursus perkahwinan, ianya adalah mengikuti tujuh Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam yang wajib dipelajari semasa kursus tersebut. Berikut adalah senarai 7 Modul kursus yang anda perlu ketahui:

  • Akidah dan Ibadah
  • Akhlak dan Hubungan dalam Keluarga
  • Pengurusan Kesihatan Keluarga
  • Perkahwinan dan Prosedur Perkahwinan
  • Pengurusan Tekanan dan Konflik
  • Komunikasi antara Suami Isteri dan Pengurusan Kewangan dan Masa
  • Perkhidmatan Runding Cara dan Pembubaran Perkahwinan

Setiap modul ini akan dibahagikan kepada beberapa sesi, dan semua peserta mestilah menghadiri setiap sesi. Jika peserta gagal menghadiri sesi untuk mana-mana modul, mereka perlu mengambil semula modul tersebut sebelum layak menerima sijil kursus kahwin.

Syarat dan Peraturan Menghadiri Kursus Kahwin

Untuk setiap peserta, anda adalah perlu untuk mengikuti peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta agar mereka layak menerima sijil kursus kahwin. Peraturan-peraturan tersebut termasuk seperti dibawah:

  1. Mengisi borang pendaftaran dan membawa salinan kad pengenalan.
  2. Menandatangani kehadiran bagi setiap sesi.
  3. Mengikuti semua sesi selama dua hari mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
  4. Mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan oleh negeri masing-masing.
  5. Lelaki dengan rambut panjang perlu mengikat rambut dengan kemas atau tidak dibenarkan hadir.
  6. Dilarang merokok sepanjang kursus berlangsung.
  7. Dilarang berpasangan.
  8. Dilarang membawa makanan atau membuang sampah merata-rata.
  9. Peserta perlu melaporkan masalah kepada pihak urusetia jika berlaku.
  10. Dilarang mengganggu dengan telefon bimbit atau peralatan lain.
  11. Tempat duduk untuk lelaki dan perempuan dipisahkan.

Sebelum kursus bermula, penganjur akan memberikan taklimat mengenai peraturan kursus, peraturan peserta, jadual kursus, sijil, dan kemudahan yang disediakan. Oleh itu, mohon untuk para peserta mengambil maklum sepanjang berlansungnya kursus kahwin.

Etika Pemakaian untuk Kursus Kahwin

Dari segi pemakaian pula, adalah perlu untuk setiap peserta lelaki dan perempuan mengenakan pakaian yang sopan dan perlu mengikuti arahan pemakaian yang telah ditetapkan. Anda boleh merujuk peraturan pemakaian awam dibawah:

Peserta Lelaki

  • Berbaju kemeja dan seluar slack
  • Tshirt berkolar sahaja dibenarkan
  • Dilarang memaki gelang, subang, rantai dan topi
  • Dilarang memakai selipar
  • Wajib mengenakan songkok mengikut lokasi

Peserta Perempuan

  • Berbaju kurung atau berjubah
  • Seluar yang labuh sahaja dibenarkan
  • Dilarang memakai pakaian yang berlengan pendek, nipis, ketat, seluar jeans, dan berkain belah

Untuk etika pemakaian, ianya adalah tertakluk kepada pihak penganjur dan peraturan mungkin adalah berbeza mengikut negeri dan kawasan. Oleh itu, para peserta pelu lebih cakna sebelum menghadiri kursus kahwin.

Soalan FAQS Berkenaan Kursus Kahwin Online

Apakah kegunaan sijil Kursus Kahwin?

Sijil Kursus Kahwin digunakan untuk memohon surat kebenaran perkahwinan di masa akan datang. Ia adalah dokumen yang sah digunakan untuk tujuan ini, dan sijil tersebut tidak mempunyai tarikh luput. Bagi individu yang mempunyai sijil pengajian Islam yang diiktiraf, mereka boleh memohon pengecualian daripada menghadiri kursus perkahwinan.

Di mana kursus-kursus Kursus Kahwin diadakan?

Kursus Kahwin diadakan di pelbagai tempat mengikut kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Agama di setiap negeri. Anda boleh menghadirinya di mana-mana tempat yang paling sesuai bagi anda, tetapi ia adalah penting untuk mendapatkan maklumat dari penganjur kursus mengenai lokasi dan jadual kursus kahwin yang mereka tawarkan.

Adakah sijil Kursus Kahwin boleh untuk digunakan untuk tujuan selain permohonan perkahwinan?

Sijil Kursus Kahwin adalah khusus untuk permohonan perkahwinan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Ia adalah dokumen yang hanya membuktikan bahawa anda telah menghadiri kursus perkahwinan yang diperlukan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan sijil Kursus Kahwin?

Jika anda kehilangan sijil Kursus Kahwin, anda perlu menghubungi penganjur kursus kahwin sebelum ini untuk mendapatkan salinan atau maklumat mengenai prosedur penggantian sijil. Penting untuk anda menjaga sijil tersebut dengan baik kerana ia diperlukan untuk memohon surat kebenaran perkahwinan di masa akan datang.

1 komen

  1. Assalamualaikum,saya pelajar sekolah arab yang mengambil SMU dan pasangan saya tidak ada SMU,adakah saya perlu mengambil kursus kahwin juga? Ataupun tidak perlu bagaimana saya ingin urus kan?

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati