Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber

11 Juta Data Whatsapp Bocor,
11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber

11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber . Dimaklumkan bahawa terdapat satu kebocoran data WhatsApp rakyat Malaysia sebanyak 11 juta yang didakwa tersebar di laman platform antarabangsa. Hal ini dimaklumkan oleh Presiden persatuan pengguna siber Malaysia (MCCA), SIRAJ JALIL.

Beliau mengatakan data berkenaan lebih 500 juta kata pengguna platform WhatsApp terdedah termasuk 11.6 juta daripadanya adalah data pengguna di negara Malaysia.

Ia melibatkan pengguna di  84 buah negara termasuk di negara Malaysia Di samping itu pengguna di Amerika Syarikat sebanyak 32 juta serta beberapa negara yang lain.

Menurut beliau data pengguna WhatsApp yang tersebar berkenaan biasanya digunakan bagi teknik pancingan data pengguna atau “phishing” supaya penggodam mendapat lebih banyak maklumat pengguna. – Harian Metro

bantuan sara hidup
11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber

11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber 

Data Whatsapp Malaysia Bocor!

Pengguna untuk platform WhatsApp yang telah bocor berjumlah lebih dua bilion di seluruh dunia daripadanya adalah pengguna aktif sekaligus insiden kebocoran data tersebut menimbulkan tandatanya berhubung tahap keselamatan sistem pelayan mesej popular WhatsApp itu

Ini juga merupakan satu bentuk daripada pancingan data dan pengguna daripada kalangan rakyat Malaysia perlu sentiasa ke supaya anda tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak dikenali menyamar sebagai kenalan ruang lingkup kehidupan kita.

maipk
11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber

Baca juga :

Peranan Pengguna Sangat Penting Dalam Mendepani Ancaman Siber

Orang ramai diminta untuk memainkan peranan dalam mendepani ancaman siber supaya tidak mudah menjadi mangsa dan tidak mengharapkan 100 peratus kepada pihak yang berkuasa semata-mata.

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa kita boleh menghadapi dan melakukan sendiri langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan diri daripada terdedah dengan risiko bahaya ancaman siber.

Ancaman siber ini merangkumi aktiviti menipu, menyeleweng dan mencuri data pengguna selain itu ada juga aktiviti menggodam akaun daripada mangsa. Oleh itu ,dengan segera dan pantas perlulah pengguna ke dan cermat dalam menggunakan media sosial.

Anda boleh ikuti langkah-langkah keselamatan bagi memastikan data peribadi diri kita terjaga dan tidak mudah tersebar ke tangan orang yang salah. Ikuti langkah-langkah mudah keselamatan yang boleh menjamin keselamatan dan keselesaan anda menggunakan platform apa-apa media sosial.

Evidens Lengkap 1
11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber

Langkah-langkah Keselamatan Yang Wajib Anda Ikuti!

5 Langkah Mudah Kesedaran Keselamatan Siber

Ekoran tular mengenai berita kebocoran data WhatsApp rakyat Malaysia sebanyak 11 juta menimbulkan kegusaran dan keresahan kepada rakyat Malaysia yang merupakan pengguna media sosial utama di dalam negara Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu peka dan cakna akan keselamatan diri peribadi dan orang sekeliling agar tidak menjadi mangsa dan menerima gangguan serta ancaman kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda boleh ikuti langkah-langkah mudah keselamatan dalam memastikan data peribadi anda terlindung dan selamat daripada sebarang risiko ancaman gangguan siber.

Berikut dikongsikan 5 langkah mudah kesedaran keselamatan siber dalam menggunakan platform media sosial serta akaun media sosial yang penting, ikuti langkah-langkah tersebut di bawah:

1.Gunakan Kata Laluan

11 Juta Data Whatsapp BocorRakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber
11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber

Ramai yang tidak tahu akan keselamatan mereka tidak selamat sekiranya tidak banyak menetapkan kata laluan. Anda perlu menetapkan kata laluan untuk memastikan keselamatan anda terjamin.

  1. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang kreatif serta gabungan huruf, nombor dan simbol.
  2. Elakkan juga daripada mendedahkan kata laluan anda kepada orang lain termasuk juga mereka yang anda benar-benar rapat.
  3. Sentiasa bertukar tukar kata laluan secara berkala dan pastikan anda elakkan daripada menggunakan kata laluan yang sama yakni berulang-ulang. Adalah kerana mungkin anda tidak sedar bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab boleh membaca psikologi sekitar anda.
  4. Sulitkan penghantaran dokumen rasmi kerajaan melalui penetapan kata laluan.
  5. Anda juga perlu elakkan menghantar kata laluan bersama-sama dengan dokumen rasmi kerajaan. Ini adalah langkah bagi mengelakkan daripada data yang bersumberkan data kerajaan dapat dilindungi dengan selamat.

2.Kemaskini Perisisan Keselamatan

Betapa pentingnya anda mengemaskini perisian keselamatan dalam menggunakan komputer dan gajet anda. Ini adalah kerana perisian di dalam gajet tersebut perlu ditetapkan keselamatan yang rapi dan ketat. Mungkin anda tidak mengetahui bagaimana anda boleh terdedah dengan risiko ancaman godaman data anda, di sini kami akan memberitahu anda bagaimana untuk mengemaskini perisian keselamatan dalam masa yang sama dapat melindungi data peribadi anda.

  • Lengkapkan komputer dan gadget anda dengan perisian keselamatan seperti aplikasi antivirus dan anti spyware terkini. Sikap juga anda perlu mengupdate perisian  aplikasi tersebut bagi memastikan data anda sentiasa selamat.
  • Ada perlu elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh. Itu anda perlulah sentiasa peka dan cakna serta prihatin dengan beberapa update daripada perisian keselamatan anda.
  • Pastikan juga anda menggunakan perisian yang tu Ling ini adalah kerana untuk mengelakkan anda mendapat perisian yang salah dalam masa yang sama ia dapat menjamin anda daripada kebocoran data peribadi anda.

3.Simpan Dan Lindungi Maklumat Anda

Anda perlu menyimpan Dan melindungi maklumat anda. Perlu mengelakkan daripada memuatnaik apa-apa dokumen rasmi kerajaan dengan tanpa keselamatan atau secara umum.

  • Sentiasa imbas peranti storan sebelum menggunakannya
  • Sentiasa sediakan salinan pendua atau back up bagi maklumat digital secara berkala
  • Elakkan juga daripada meninggalkan komputer dan gajet tanpa sebarang pengawasan anda.
  • Putuskan sambungan Internet atau wi-fi sekiranya tidak menggunakannya lagi.
  • Pastikan meja kerja dikemaskan semua maklumat rasmi termasuk yang berada di dalam peranti storan disimpan di tempat yang selamat.
11 Juta Data Whatsapp BocorRakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber 2
11 Juta Data Whatsapp Bocor,Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber

4. Elakkan Mudah Terpedaya

Ramai yang tidak sedar akan terpedaya dengan kata-kata orang lain di dalam menggunakan platform media sosial contohnya seperti WhatsApp. Biasanya modus operandi mereka yang tidak bertanggungjawab ini mereka menawarkan satu bonus atau habuan yang besar dan mudah untuk anda dapatkan. Akibat merasa “excited” anda dan tanpa anda sedar anda mudah terpedaya dan melakukan apa yang disuruh serta diminta yang mana tindakan tersebut boleh memberi kesan kepada anda.

  • Elakkan daripada terus mempunyai kandungan laman web blog dan email yang diragui asal daripada orang yang tidak dikenali.
  • Sila semak dan rujuk kepada sumber-sumber yang sahih sahaja.

5. Waspada Jenayah Siber!

Dalam hari-hari kita menggunakan media sosial atau apa-apa platform atas talian kita mestilah sentiasa dalam keadaan berwaspada dengan ancaman jenayah siber yang boleh datang tanpa kita sedari. Oleh itu anda perlu sentiasa peka dan cakna akan keadaan yang bermain dalam sekitar anda.

  • PENTING: Jangan benarkan individu lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun email dan media sosial anda.
  • JANGAN BERUBAH DAN MUDAH MEMBERI NOMBOR TAC ANDA.
  • Jika orang yang tidak mengenali meminta maklumat diri anda jangan mudah mudah memberi maklumat anda seperti nombor kad pengenalan ,nombor akaun bank dan email anda.
  • Cara mudah terpedaya dengan tawaran atau maklumat daripada individu yang tidak dikenali yang menghubungi anda melalui e-mel atau media sosial.

Demikianlah perkongsian mengenai langkah-langkah keselamatan yang anda wajib lakukan untuk mengelakkan diri anda terdedah dengan risiko yang membahayakan keselamatan data peribadi anda. Lakukan dan bertindaklah segera sebelum menyesal di kemudian hari.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati