Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jalan Balik Kampung Kelantan : LALUAN ALTERNATIF PULANG KE KAMPUNG DARI KUALA LUMPUR KE KELANTAN

Jalan Balik Kampung Kelantan
Jalan Balik Kampung Kelantan

Jalan Balik Kampung Kelantan :LALUAN ALTERNATIF PULANG KE KAMPUNG DARI KUALA LUMPUR KE KELANTAN. Info Trip perjalanan dari pelbagai destinasi ke Kelantan musim raya disebab nak mengelak dari menggunakan jalan jammed,dengan menggunakan Jalan Alternatif bg tahun 2022 selepas lama tidak balik ke kampung Kelantan selama 2 tahun akibat pandemik COVID19.

Catatan Jalan Balik Kampung Kelantan:

Jalan boleh diaktifkan semula bagi laluan Jalan Negeri, Daerah, Kampung dan Taman yang boleh ke Jalan Utama Persekutuan.

Khas kepada mereka yang hendak pulang balik dari Kelantan ke Lembah Klang nanti.Ayuh bersama-sama kita peraktikkan untuk mengurangkan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

PANDUAN DAN Jalan Balik Kampung Kelantan SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFIRI 2022.

 ( KUALA LUMPUR KE KELANTAN)

Diminta anak kelantan untuk sebarkan kepada anak perantauan bagi memudahkan urusan mereka pulang ke negeri dengan selamat .

1.Kuala Lumpur ke Gua Musang melalui Lebuhraya Karak, Bentong, Raub, K.ipis, Gua Musang.

Jalan dari Kuala Lumpur adalah antara jalan yang sesak kerana ia merupakan laluan utama dengan jarak 456KM. Sangat sesak pada musim perayaan. Alternatif ialah :

● Bypass Bandar Bentong – Selepas Tol Bentong, jangan exit ke Bentong Barat, sebaliknya teruskan ke Kg Sertik, Kg Cinta Manis atau Mempaga.

●Ambil susur keluar ke kiri dan teruskan perjalanan melalui Felda Mempaga, Kg Lebu dan tembus semula ke jalan utama Bentong-Raub.

●Bypass Bandar Bentong dan Raub-Selepas melepasi Felda Mempaga, susur ke kanan melalui papan tanda ‘Jalan Alternatif ke Gua Musang’. Anda akan merentasi Felda Krau, Felda Lembah Klau, dan Ulu Gali. Akhir sekali, anda akan keluar di sebelah Sek Men Sains Tengku Abdullah(SEMESTA) dan masuk ke laluan utama Raub-Lipis.

●Alternatif dari Bandar Raub ke Sungai Koyan. selepas memasuki bandar, pilih laluan ke Jalan Cheroh dan sampai di simpang Sg Koyan, ambil laluan kanan. Anda akan sampai ke laluan utama di Padang Tengku.

2. Kuala Lumpur ke Gua Musang melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Lojing.

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang  ialah 536KM.  Sesuai bagi perjalanan yang santai sambil menikmati pemandangan.

Alternatif ialah :

Melalui PLUS-Ipoh-Simpang Pulai sehingga ke simpang tiga Kg Raja, Cameron Highland. Sampai di Kg Raja, ambil laluan ke Gua Musang melalui Lojing. Jarak yang agak sedikit jauh dan jalan bertol.

3. Kuala Lumpur ke Kelantan melalui Karak, LPT 1 dan LPT 2

Jarak perjalanan dianggarkan 575KM.  Dari KL, terus memasuki LPT 1, dan LPT 2 sehingga sampai di Tol Jabor.Teruskan pemanduan sehingga persimpangan Gemuruh di K.Terengganu.Isi minyak penuh tangki dan sediakan wang untuk membayar Tol.

Jalan Balik Kampung Kelantan
Jalan Balik Kampung Kelantan

KESIMPULAN  LALUAN Jalan Balik Kampung Kelantan :

  • Lebuhraya Utara Selatan(PLUS)
  • Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1&2.
  • Jalan Persekutuan FT008( Bentong-Gua Musang-Kota Bharu)
  • Jalan Persekutuan FT185( Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang)

SENARAI NOMBOR TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK MAKLUMAT TRAFIK.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (1-800-88-7752)

IPD Bentong (09 222222)

IPD Raub (09-3562003)

IPD Gua Musang (09-9125428)

Jalan dari Kelantan ke Kuala Lumpur:

Wakaf Baru – Pasir Mas – Tanah Merah – Jeli – Dabong – Jelawang – Gua Musang – Kuala Lipis – Raub – Bentong – Karak – KL

Kredit Kiriman Info: Wan Izani Wan Hassan

Hati-Hati Di Jalanraya, Pandu Cermat Diri Pon Selamat

Diminta anak perantauan kelantan untuk sentiasa berhati-hati diatas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Pandulah kereta dengan cermat dan selamat. Ingatlah membawa kereta dengan perlahan dan hati-hati tidak mengapa, janji selamat ke destinasi. Biar lambat asal selamat. Selamat pulang ke kampung halaman perantau!

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati