Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Iklan Jawatan Universiti Malaya Ambilan Dua Jawatan Dengan Gaji Sehingga RM7676

Iklan Jawatan Universiti Malaya

Terdapat iklan jawatan Universiti Malaya yang menjanjikan dengan gaji sehingga RM7676. Kami dengan penuh semangat ingin berkongsi berita baik kepada mereka yang mencari peluang pekerjaan ini. Universiti Malaya (UM) kini membuka peluang pekerjaan dengan matlamat memperkuatkan dan meningkatkan pengurusan operasi mereka.

Untuk mencapai visi keunggulan institusi ini, UM memerlukan individu yang berbakat dan berkualiti. Universiti Malaya berkomitmen untuk memberi peluang yang adil kepada semua warganegara Malaysia yang bersemangat dan patriotik bagi jawatan yang dibuka ini.

Maklumat Mengenai Iklan Jawatan Universiti Malaya

Maklumat Ringkas Jawatan

JawatanGred
Pensyarah UniversitiDS45/DS51/DS53/VK7/VK6/VK5
Legal AdvisorVU07

Tarikh Tutup Permohonan Bagi Jawatan ini

Berdasarkan maklumat yang kami dapatkan dari iklan yang dikeluarkan oleh pihak universiti malaya tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Disember & 7 November 2023. Diminta para pemohon untuk menyegerakan permohonan anda dengan secepat mungkin sebelum tarikh tutup.

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda semak mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Bagi jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45/DS51/DS53/VK7/VK6/VK5 – Tangga Gaji Penjawat Awam di Bawah Skim Pendidikan Bagi Semua Gred DG, DV, DM, DH, DUG, DU, DUF dan DS

photo 2023 10 28 15 06 41
Iklan Jawatan Universiti Malaya
photo 2023 10 28 15 06 42
Iklan Jawatan Universiti Malaya

Syarat Asas Permohonan

Pensyarah Universiti

  1. PhD dalam bidang berkaitan.
  2. Kelayakan Sarjana/Profesional Klinikal (Fakulti Perubatan atau Pergigian).

Legal Advisor

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran adalah satu kelebihan;
  2. Memiliki berpengalaman luas dalam profesion undang-undang sekurang-kurangnya 10 tahun; dan
  3. Berpengalaman memegang jawatan Penasihat/Pegawai Undang-Undang di mana-mana universiti awam, agensi kerajaan atau swasta, Goverment Link Company (GLC), syarikat multinasional atau mana-mana syarikat terkemuka dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Kriteria Khusus Bagi 2 Iklan Jawatan Universiti Malaya

Berikut adalah kriteria khusus yang perlu dipenuhi oleh calon yang ingin memohon jawatan kosong:

Pensyarah Universiti

  1. PhD dalam bidang berkaitan.
  2. Kelayakan Sarjana/Profesional Klinikal (Fakulti Perubatan atau Pergigian); Penerbitan dalam jurnal peer-review antarabangsa/jurnal diindeks ISI dan Pengalaman.

Legal Advisor

  • Pakar Dalam Aspek Undang-Undang
    1. Berkemampuan dalam memberikan nasihat yang betul, tepat dan signifikan secara bertulis atau lisan kepada pihak Pengurusan Universiti dan jabatan-jabatan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan undang-undang, melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
    2. Berkepakaran dalam menggubal/meminda undang-undang utama dan subsidiari termasuk peraturan-peraturan yang sedang dan akan diguna pakai oleh pihak Universiti.
    3. Cekap dalam memastikan dan menyemak segala dokumen perjanjian dan dokumen yang mempunyai kesan di sisi undang-undang untuk ditandatangani oleh pihak Universiti.
    4. Menjadi perantara yang bijaksana bagi pihak Universiti dalam kes-kes sivil atau kes-kes lain yang di bawah bidang kuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang dan memfailkan tindakan bagi pihak Universiti sebagai yang menuntut; dan sebagai perantara yang bijaksana bagi pihak Universiti dalam kes-kes sivil atau kes-kes lain yang di bawah bidang kuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang dan tindakan di mahkamah apabila pihak Universiti dituntut
  • Pemikiran Strategik
    1. Berkebolehan mengenal pasti, menjangka dan menganalisis isu dan masalah yang berkaitan dengan perundangan serta boleh mengatur strategi penyelesaian.
    2. Berkebolehan melihat situasi dari pelbagai dimensi serta keupayaan mengambil tindakan dan membuat keputuan mengikut keutamaan, berpandangan jauh dan melihat isu dari perspektif yang luas dan menyeluruh.
    3. Kepimpinan Berteraskan Nilai dan Etika
    4. Memiliki dan mempratikkan nilai dan etika yang tinggi dalam setiap Tindakan serta menggalakkan prinsip ketelusan, keadilan, integriti dan profesionalisme dalam pengurusan organisasi secara keseluruhan.
    5. Menegakkan prinsip-prinsip kepimpinan yang baik termasuk bersikap anti rasuah, berdisiplin tinggi dan sentiasa mempamerkan komitmen yang tinggi.
    6. Membina dan menggalakkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta bebas bebas dari gangguan diskriminasi.

Kelebihan Jawatan Menjawat Iklan Jawatan Universiti Malaya

Berikut beberapa asas manfaat bila bekerja dibawah Universiti Malaya:

  • Cuti KWSP
  • Cuti Umum
  • Cuti Sakit
  • Caruman KWSP
  • Caruman PERKESO

Langkah Mudah Bagi Permohonan Iklan Jawatan Universiti Malaya

Jawatan kosong di Universiti Malaya (UM) dengan gaji sehingga RM7.676, Kami memberikan penjelasan terperinci tentang setiap posisi yang tersedia, bersama dengan persyaratan yang diperlukan untuk para calon. Bagi calon-calon yang tertarik untuk bergabung dengan UM, kami juga menyediakan panduan penuh tentang proses permohonan sehingga memastikan setiap langkah permohonan berdasarkan yang telah ditetapkan.

photo 2023 10 28 15 06 40
Iklan Jawatan Universiti Malaya

Cara Memohon Online

  • Bagi mereka yang berminat untuk sertai peluang ini.anda dikehendaki untuk mengikut kesemua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda dipersilakan untuk mengemukakan permohonan bagi setiap jawatan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam pengumuman rasmi mengenai kekosongan jawatan tersebut di portal rasmi Universiti Malaya {DISINI}
  • Penting untuk ditekankan bahawa pemohon perlu memastikan kesahihan, kebenaran, dan ketepatan segala maklumat yang diberikan dalam permohonan. Selain itu, hendaklah diambil perhatian hanya permohonan yang memenuhi syarat yang tepat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan sahaja yang dihantardan diterima
  • Jika para calon berjaya melalui proses penapisan awal yang akan diberi peluang untuk dijemput menghadiri sesi temu duga selanjutnya.
photo 2023 10 28 15 11 18
Cara Mohon Iklan Jawatan Universiti Malaya

“Rebutlah Peluang ini”

Secara keseluruhannya, iklan jawatan universiti malaya (UM) adalah peluang yang sangat berharga untuk individu yang berminat dan berkelayakan. Syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah panduan penting yang harus diikuti oleh calon-calon sebelum anda membuat permohonan. Proses permohonan harus diisi dengan teliti dan penuh perhatian, termasuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar.

UM menekankan pentingnya mengikuti panduan dan prosedur yang telah ditetapkan untuk menghormati usaha dan perjalanan kerjaya calon-calon. Semoga individu yang terpilih akan memberikan sumbangan berharga kepada institusi UM dan meningkatkan kemajuan institut pendidikan negara secara keseluruhan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati