Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka sehingga tarikh tutup pada 13 Disember 2021. Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Subang ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak seperti yang dinyatakan di bawah ini.
Butiran Jawatan Kosong
Majlis Bandaraya Subang Jaya
Isi Kandungan
- Nama Jawatan: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Gred: FA29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Bilangan Kekosongan: 1 (Satu)
Syarat Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.
Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian. Sila muat turun Manual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong
- Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:-i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.ii. Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-sijil yang berkaitan.
iii. Salinan Kelulusan Akademik SRP/PMR, SPM/SPVM, STPM, STAM,Sijil-Sijil, Diploma, atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).iv. Borang pemastautin daripada Penghulu Setempat. (Sekiranya tuan/puan, ibu/bapa bukan Anak Selangor)
- Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ’A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi / tidak memenuhi syarat akan ditolak.ii. Hanya calon-calon yang layak dan lulus tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat Lanjut Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya
Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Majlis Perbandaran Subang ini boleh dirujuk menerusi pautan https://portal.mpsj.gov.my/ms/jawatan-kosong-majlis-bandaraya-subang-jaya-bulan-disember-2021
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Jawatan Kosong Tetap Dewan Bahasa dan Pustaka
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
- Jawatan Kosong Kontrak PERHILITAN Renjer Hidupan Liar
- Pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa 2 Mulai 25 November
- RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart
- Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021
- Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum
- Bajet 2022: RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!