Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Batu Karang, Kenali 7 Tanda Batu karang dan Cara Pecahkan Batu Karang

Kenali Tanda Batu karang dan Cara Pecahkan Batu Karang

Batu karang, iaitu air kencing terbentuk di buah pinggang kemudian mengalir melalui tiup yang disebut ureter sebelum keluar dari pundi kencing, batu karang atau kalkuli boleh terbentuk di mana-mana bahagian dalam buah pinggang ureter atau pundi kencing. Di malaysia batu karang biasanya terdapat di bahagian atas saluran kencing seperti buah pinggang dan ureter, kekerapan batu karang ini adalah sekitar 10%- 20% di asia berbanding dengan 15%-18 di negara barat.

Kali ini admin akan kongsikan maklumat penting mengenai batu karang bagi memastikan kesihatan anda terjamin, sila ikuti artikel ini untuk info seterusnya!

Penyakit Batu Karang Boleh Menjadi Bahaya Jika Tidak Diwaspadai!

20240104 052304 0001

Apakah itu Batu karang

Batu karang terbentuk bila bahan-bahan tertentu dalam air kencing menjadi sangat pekat dan membentuk kristal. Biasanya, ada bahan penghalang dalam air kencing yang mencegah batu karang terbentuk, tapi kadang-kadang ia tak berfungsi, kekeringan sering menyebabkan air kencing menjadi terlalu pekat dan ini berlaku pada mereka yang tidak minum cukup air.

Ada juga yang mempunyai terlalu banyak bahan ini dalam darah jadi, jumlahnya bertambah dalam air kencing dan jangkitan berulang pada saluran kencing juga boleh menyebabkan batu karang, bila ada halangan dalam saluran kencing seperti pembesaran prostat, air kencing boleh terkumpul menyebabkan jangkitan dan pembentukan batu karang lagi dan lagi. Sesetengah pesakit mungkin lahir dengan saluran yang tak normal menyebabkan halangan pada saluran kencing.

ada beberapa jenis batu karang antaranya ialah:

  • Kalsium oxalate
  • Asid urik
  • Cystine
129590466 10157553751411237 123126913975271483 n

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

Punca berlakunya batu karang

  • Kurang minum air kosong
  • Banyak makan makanan yang tinggi garam
  • Pengambilan vitamin C yang berlebihan
  • Makanan yang tinggi dengan lemak Omega-6
  • Terlebih pengambilan kalsium
  • Pengambilan protein yang berlebihan

Gejala dan tanda

  1. Sakit pinggang (di bahagian bawah sama ada kiri atau kanan) berdenyut-denyut secara tiba-tiba
  2. Sakit ketika kencing
  3. Kencing berdarah
  4. Dan juga rasa kerap kencing
  5. Sakit merebak ke bahagian ari-ari
  6. Kencing berpasir
  7. Kencing tak lawas

Ini sebenarnya adalah simptom-simptom adanya batu karang, either dalam saluran kencing ataupun dekat buah pinggang.

Bagaimana Diagnosis Dilakukan Bagi Mereka yang Disyaki Menghidap Penyakit Batu Karang?

Cara diagnosis iaitu 90% batu karang boleh dikesan melalui x-tray abdomen, biasanya, selepas itu, doktor akan melakukan siri x-tray selepas menyuntik pewarna tertentu ke dalam badan. Antaranya ialah:

  • Proses ini disebut Intravenous Pyelogram (IVP) yang membantu melihat di mana batu karang itu berada dan jika ada sebarang halangan.
  • Jika x-tray tidak dapat melihat batu karang.
  • Ujian ultraound akan dilakukan.
  • Kaedah yang lebih tepat adalah imbasan CT scan abdomen tetapi hanya tersedia di hospital besar
  • Seterusnya Ujian darah di jalankan untuk menilai fungsi buah pinggang, paras asid urik dan kalsium di dalam darah.
  • Ujian air kencing pula dijalankan untuk melihat jika ada jangkitan kuman

Biasanya batu karang yang kecil kurang dari 4mm boleh keluar dengan sendirinya, tetapi jika batu itu tidak keluar selepas diperhatikan dan terus menimbulkan kesakitan, pesakit mungkin perlu rawatan. Hal ini kerana batu itu boleh menyebabkan masalah seperti jangkitan. Terdapat juga batu karang tidak menyebabkan kesakitan tetapi boleh mengakibatkan buah pinggang berfungsi lebih teruk, cara rawatan untuk batu karang bergantung pada di mana batu itu berada, saiznya dan jenisnya.

1. Rawatan Ureteroscopy

Ureteroscopy melibatkan memasukkan alat melalui uretha, pundi kencing ke dalam ureter. Batu karang dipecahkan, dikeluarkan dan tiup sementara di pasang dalam uretha untuk aliran air kencing. Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang besar dalam uretha yang tak kelihatan dengan x-tray, komplikasi biasa termasuk:

  • Kecederaan pada ureter
  • Jangkitan
  • Pendarahan

2. Rawatan Pembedahan

Prosedur ini kini jarang dilaksanakan kerana kebanyakan batu dapat dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Namun bagi pesakit yang mengalami batu karang yang besar, prosedur ini masih dianggap sebagai pilihan yang relevan. Terutama apabila batu karang tersebut menyebabkan parut pada buah pinggang dan mengganggu fungsinya, pembedahan ini menjadi perlu dalam membuang batu karang yang bersaiz besar.

  1. Pengambilan air dengan sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari : Bagi memastikan kecukupan cecair dalam badan dan untuk melancarkan proses pembuangan air kencing, pesakit boleh memastikan apabila warna air kencing adalah jernih.
  2. Diet yang tinggi protein : Boleh meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing.
  3. Disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi purine : Seperti daging merah, makanan laut dan alkohol. Khususnya bagi pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urid, walau bagaimanapun pengambil makanan kaya kalsium tidak menjadi halangan, sebaiknya diambil dalam jumlah yang sederhana.
  4. Pengunaan ubat seperti allopurinol : diperlukan bagi pesakit yang menghadapi masalah batu karang jenis asid urik bagi mengurangkan keasidan dalam air kencing

Petua Rawatan Tradisional Hancurkan Batu Karang

1. Amalkan Jus Apple dan Sallery

Sediakan 2 buah apel dan 1 batang sallery, blender keduanya. Ambil jus dan minum setiap pagi perut kosong. Amalkan selama 2 minggu.

2. Amalkan Jus Limau Kasturi dan Minyak Zaitun

Sediakan 7 biji limau kasturi, perah didalam gelas kosong kemudian masukkan 1 sudu minyak zaitun, kacau sebati. Amalkan selama 7 hari dan berhenti 7 hari, sambung minum 7 hari. Lakukan berulang sehingga batu karang hancur.

Soalan FAQs Berkenaan Batu Karang

Bagaimana batu karang terbentuk?

Batu karang terbentuk ketika air kencing anda mengandungi lebih banyak zat seperti kalsium, oksalat dan asid asid urik. Selain itu, faktor air kencing kekurangan zat turut mewujudkan persekitaran ideal untuk pembentukan batu karang.

Bagaimana untuk mencegah pembentukan batu karang dalam tubuh?

Untuk mencegah pembentukan batu karang dalam tubuh terdapat beberapa langkah yang boleh diambil:
1. Pengambilan air yang mencukupi
2. Kawal pengambilan garam dan protein
3. Amalkan gaya hidup yang sihat

Apakah komplikasi yang mungkin berlaku jika penyakit batu karang tidak dirawat?

Jika penyakit batu karang tidak dirawat atau dibiarkan tanpa memerhatian yang sewajarnya, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi yang serius:
● seorang individu akan mengalami sakit yang teruk, ini kerana batu karang yang tersangkut dalam saluran kencing atau saluran hempedu.
● Kerosakan organ khususnya buah pinggang atau pundi hempedu.
● Kegagalan buah pinggang
Oleh itu, penting untuk mendapatkan rawatan dan mengikuti arahan doktor bagi mereka yang mengalami masalah batu karang untuk mengelakkan komplikasi yang serius.

Apakah faktor risiko berlakunya batu karang?

Faktor risiko untuk pembentukan batu karang termasuk:
1. Genetik
2. Kurang minum air
3. Diet yang tinggi garam, protein gula, aksolat atau kurang kalsium
4. Obesiti

Apakah langkah-langkah penting yang perlu diambil bagi mereka yang pernah mengalami penyakit batu karang untuk mencegah dari berulang?

● Minum air secukupnya
● Kawal diet
● Pantau kesihatan secara berkala
● Mematuhi arahan doktor

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati