Jawatan Kosong Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 10 kekosongan dan 10 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 12 Disember 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.
Individu yang dilantik ke jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 ini akan ditempatkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Keterampilan yang baik.
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
- Bakat kepimpinan.
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Jadual Gaji Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
Isi Kandungan
Gaji Minimum | RM 1,362.00 |
Gaji Maksimum | RM 4,034.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
Syarat Lantikan Kerja Sebagai Pemeriksa Kereta Motor
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,420.12) atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,478.24)
Bidang Kursus SVM
- Teknologi Automotif
Bidang SKM Tahap 2
- Mekanik Kenderaan Motor
- Mekanik Kenderaan Perdagangan
- Juruteknik Kenderaan Motor
- Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan
Bidang SKM Tahap 3
- Mekanik Kenderaan Motor
- Mekanik Kenderaan Perdagangan
- Juruteknik Kanan Kenderaan
Kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: IKLAN-SPA9_PK-JPJ-PemeriksaKeretaMotorGredAB19
Cara Permohonan
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Jawatan Kosong Tetap Dewan Bahasa dan Pustaka
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya
- Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
- Jawatan Kosong Kontrak PERHILITAN Renjer Hidupan Liar
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!