Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

595 Kawasan Hotspot Banjir Tahun 2022 di 10 Daerah di Kelantan

595 Kawasan Hotspot Banjir Tahun 2022 di 10 Daerah di Kelantan
Hotspot Banjir

Pada tahun ini, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air telah mengeluarkan 1 senarai lokasi hotspot banjir kawasan berkemungkinan boleh terjadinya banjir pada tahun 2022 ini. Tidak terkecuali, terdapat 595 lokasi banjir di Kelantan Tahun 2022 yang turut disenaraikan secara lengkap.

Mohon kepada semua rakyat Kelantan untuk ambil cakna mengenai perkara ini dan sebarkan untuk pengetahuan umum bagi memastikan semua orang berada dalam keadaan berjaga-jaga.

595 Lokasi Hotspot Banjir Mengikut Daerah

Hotspot Banjir Daerah Kota Bharu

Di daerah Kota Bharu nampaknya ada 39 lokasi panas yang perlu kita awasi. Para penduduk yang berada di kawasan berikut sila pastikan anda ambil cakna mengenai fakta ini. Antara lokasinya ialah :

Kg. Pantai Kundur, Kg. Semut Api, Salor, Pulau Pising Hilir, Kg. Pulau Kundur, Kg. Badang, Tmn. Bendahara, Tmn. Sri Bunut, Baung Bayam, Lundang, SK Sultan Ismail 3, SK Lundang, Pasir Kota, Kg. Telok Chekering, Kg. Pulau Panjang, Kg. Banggol, Kuala Besar, Kg. Kijang, Gong Dermin, Kg. Padang Bongor, Kg. Keseng, Kg. Padang Raja, Kg. Melor, Mulong
Kg. Padang Taman, Kg. Padang Mokkan, Kg. Beta Hulu, Kg. Kor, Kg. Kukang, Kadok, Chengal Perol, Panji, Kg. Pulau Panjang, Kg. Baung, Kg. Tanjung Chat, Kg. Belukar, Kg.
Teluk, Kg. Landak, Pdg Enggang

hotspot banjir
Hotspot Banjir

Hotspot Banjir Daerah Pasir Puteh

Kawasan hotspot banjir di Pasir Puteh sangat banyak.

Kg. Baru, Gong Serapat, Pasir Puteh, Kg. Puyu, Kg. Golok, Kg. Tok Kundur, Kg Jelor, Kg. Nara, Kg Kulim, Kg. Pulau Sa, Kg. Raja, Kg. Tok Sudin, Kg. Sg. Kelong, Kg Batu Hitam, Temila, Wakaf Bunut, Kg. Telipot, Kg. Daran Buaya, Bandar Lama Pasir Puteh, Kg. Kamil, Kg Chengal Pulas, Bukit Gedombak, Kg Kelubi, Wakaf Tukup, Tmn Puspa Jaya, Gong Pasir, Kg Dalam Rhu, Kg Bukit Bidang, Kg Lepah, Kg Bukit Jawa, Kg. Sg Gali, Bukit Awang,
Gong Chakoh, Gong Sepulih

Hotspot Banjir Daerah Machang

Kg. Pasir Senor, Pengkalan Kiat, Padang Manir, Kg. Muka Bukit, Kg. Laha, Kg Sg Hala, Cherang, Kg. Gelung Gajah, Kg. Joh, Kg. Pangkal Chuit, Kg Kerilla, Kubang Belut, Batu 25, Kg Cina, Kg. Lundang, Kuala Hau, Temangan Lama, Temangan, Kolam Abu, Bandar Sri Aman, Kg. Laha, Kg. Lubuk Mak Udang, Kg. Pauh, Kg. Telok, Choh, Kg. Belukar Panjang, Kg. Belukar Baru, Kg. BT 30, Kg. Maka, Kg. Kemuning, Kg. Buchit, Kg. Merbau Labi, Padang Kelupang, Bukit Besi, Kg. Pertok, Kg Lalang Luas, Pulai Chondong, Kg. Tok Kaya, Pangkal Kerdas, Pangkal Durian, Kg. Tandak, Kg. Limau, Hantu, Kg Paloh Rawa, Kg. Kakbah, Kg. Kelaweh, Kuala Sat, Kg. Padang Tala, Kg Wek, Kg Chanor, Kg. Padang Raja, Kg. Gelong, Gajah, Kg. Sg. Mas, Kg Awah, Kg Bakat, Kg. Mengketil, Kg. Penegoh, Wakaf Bata, Kg. Hutan Kuin, Kg. Banggol Petai, Kg. Kepas, Kg. Simpul Berlubang, Kg. Ulu Sat, Kg. Panggung, Kg. Surau, Kg. Pangkal Perahu Pulai Chondong

Hotspot Banjir Daerah Kuala Krai

Kg. Sg. Durian, Kg. Sg. Embak, Kg. Mambong, Dabong, Kemubu, Kuala Gris, Kg. Bahagia, Kg. Keroh Dalam, Kg. Keroh, Kg. Sepuluh, Kg. Bukit Awang, Kuala Krai, Kg. Guchil, Kg. Batu Lada, Kg. Dusun Nyior, Aur Duri, Kg. Pasir Ira, Kg. Ngagoh, Kg. Tualang, Kg. Bekok, Manek Urai, Kg. Gajah, Kg. Manjor, Sg. Mengkuang, Kg. Mesek, Kg. Temiang, Kg. Cheneh, Lata Rek, Kg. Lela Jasa, Kg Budi, Kg Sg. Sam, Kg. Sg. Mas, Kg Batu Jong, Sg. Pertang, Pasir Jering, Pasir Gajah, Kg. Bedal, Batu Mengkebang, Kg Bukit Sireh, Kg. Pahi, Kg. Gatal, Tmn Perisai Wira, Dusun Damar, Kg. Belanga, Kg. Sg. Pas, Temalir, Kg. Biak, Kuala Pertang

Hotspot Banjir Daerah Tanah Merah

Kg. Kajang, Kg. Nibong, Kg. Bdg Besar, Kg. Ranap, Padang Kijang, Bandar Tanah Merah, Kg Cekok Ipoh, Kg Belimbing, Kg. Panjang, Kg Kerilla, Tmn Kiara, Kg. Batu 5, Kg. Alor Pasir,
Kg. Terasil, Kg. Jerangau, Kg. Panglima Bayu, Kg. Kelisar, Air Bujing

Hotspot Banjir Daerah Gua Musang

Kesedar Lebir, Felda Aring 5, Kg. Chalil, Felda Chalil, Felda Chiku 2,3,5,6 dan 7, Kg. Baru Bandar Lama, Kg. Batu Papan, Kg. Batu Papan 2, Kesedar Sg. Terah, Kg. Pulai, Kg. Tiong, Kg. Kolam Mas, Kg. Rahmat, Kg. Batu 1 dan 2, Kg Panggong Lalat, Kg. Nerang, Kg. Kundor, Setinggan KTM, Setinggan Sg. Cindai,Bandar Lama, Jln Besar, Kg. Baru Hulu, Kg. Baru Hilir
Kg. Limau Kasturi, Spg. Empat Gua Musang, Kg. Sg. Kepa, Perumahan MGH, PPMS Chin Teck, Kg. Miak, Kg. Pasir Tumboh Lama, Kg. Star, Kg Kuala Tool, Kg. Pulai Setelu, Kg. Prak, Kg Kuala Lah, Kg. Jerek Kaling, Kg. Kala, Kg Jeram Tekoh, Kg. Batu 6, Kg. Cheger Bongor, Kg Dalam Lah, Kg. Kuala Betis, Kg. Serian 9,10,11 & 12, Kg. Kuala Sungai, Kg. Batu 5
Kg. Bertam Lama, Kg. Bertam Baru, Kesedar Paloh 3, Kg. Lepan Jaya.

Hotspot Banjir Daerah Jeli

Kg. Lakota, Kg. Gemang, Kg. Wakaf Zin, Kg. Ayer Lanas, Kg. Legeh, Kg. Sg. Satan, Kg. Jeli Dalam, Kg. Jeli Lama, Layat, Kg. Bukit Jering, Kg. Batu Melintang, Kg. Kuala Balah, Kg. Rusing, Kg. Berdang, Kg. Pasir Dusun, Kg. Lubok Bongor, Kg. Pekan Jeli Lama, Kg. Lalat, Kg. Kalai

Hotspot Banjir lagi

Hotspot Banjir Daerah Pasir Mas

Bunut Susu, Manir, Teliar, Kayu Tinggi, Bechah Palas, Tg. Chenak, Kedondong, Kerasak, Kg. Siram, Bechah, Kg. Lancang, Kg. Banggol Kong, Kg. Kelawar, Kg Lubok Stol, Kg Kuala Itik, Kedai Lama, Tasik Cina, Kg. Degung, Kerdap, Kubang Pak Hitam Kg. Bakong, Kg. Jeram Perdah, Kg Siput, Pekan Rantau Panjang, Kg. Banggol Kulim, Kg Gual Sitok, Kubang Binjai, Kg. Degong, Kg. Bendang Guchil, Kg. Telaga Mas, Lubuk Gong, Padang Bukit, Bukit
Lata, Tandak Liang, Kg. Rahmat, Kg Bakong, Limau Purut, Kg. Chenerai, Kg. Tok Rusa, Kg. Tok Deh, Kg. Bagus, Pakjah, Lumpur, Sapi, Kg Kubang Hakim, Apa-apa, Pangkal Kala, Tasik Kati, Tasek Permai, Lubuk Jong, Tersang, Kg Jejawi, Repek, Pengkalan Telok, Kg Lanchang, Kg Pusu 40, Bandar Baru Pasir Mas, Kg. Bakong Luar, Kg Tiang Chandi, Kg. Kapas, Kg. Bakong Dalam, Bendang Nyior, Seberang Merbau, Kg. Pak Atoh, Kg. Serongga, Kg Lubok Kawah, Kg. Tok Derpah, Lubok Teras, Meranti, Kubang Dapat, Tasik Danau Tok Uban, Tasik Garu, Bunut Susu, Kg. Lamai, Tok Buak, Kg. Tendong, Banggol Chica, Kubang Bemban, Lati, Kubang Gatal, Gong Chepa

Hotspot Banjir Daerah Tumpat

Kuala Jambu, Teluk Jaring, Kg. Bendang Pak Yong, Kg. Kajang Sebidang, Kubang Sawa, Kg Naga Ibu, Kg Pisau Raput, Kg. Kok Majid, Kg Neting, Kg Pauh Sebanjar, Kg Cherang
Melintang, Palekbang, Kg. Berangan, Kg. Kelong, Kg Paloh, Padang Tembusu, Kok Pasir, Pasir Pekan, Bandar Tumpat, Kg.Morak, Kg. Gerong, Kg. Laut, Kg Tok Oh, Kg Nechang

Hotspot Banjir Daerah Bachok

Kg. Senang, Tmn. Bator Harmoni, Kg. Gelong Badok, Tmn. Siti Jaya, Kg. Tasek, Tanjung Pauh, Kg. Tanjung Jering, Kg. Pak Badol, Kg. Mahligai, Kg. Pulunggol, Kg. Pok Koja, Kg. Pok
Bongsu, Kg. Pelunggur, Kg. Gajah Mati

Rakyat Perlu Buat Persediaan Segera

Disini bukanlah suatu arahan tetapi hanya saranan kerana adalah lebih baik untuk kita sediakan payung sebelum hujan. Biasanya persediaan saat-saat akhir yang berlaku menyebabkan banyak masalah terjadi antaranya kehilangan dokumen penting, kerosakan harta benda yang parah dan lagi menyayat hati jika berlakunya kehilangan nyawa.

Jadi adalah lebih baik jika kita sedar akan kepentingan membuat persediaan awal dan jangan ada lagi mindset “rumah aku tak pernah kena banjir” dan kita akan bersahaja dan abaikan segala amaran yang diberikan.

Antara persediaan yang boleh dibuat oleh anda semua adalah:

  • Simpan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat. Jangan lupa balut dahulu dokumen tadi dengan plastik atau cuba dapatkan sesuatu atau bekas yang kedap udara supaya air tidak masuk. Mungkin ini masa yang sesuai untuk para isteri mengeluarkan tupperware bersaiz besar yang disimpan “berhabuk” di dalam almari.
  • Dapatkan nombor telefon anggota atau pejabat keselamatan seperti polis, bomba, rela, hospital di kawasan berdekatan anda.
  • Kenal pasti kawasan tinggi di rumah dan kawasan sekitar. Jika mampu beli plastik pembalut kereta yang dijual di shopee, mungkin itu lebih baik kerana telah terbukti sebelum ini ianya dapat mengelakkan dari air masuk ke dalam kenderaan yang tenggelam. Mungkin dari segi bajet agar besar, tapi lebih baik habis sedikit duit dari terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk membaiki kenderaan yang tenggelam.
  • Keselamatan anak-anak menjadi keutamaan, jadi jangan lupa dapatkan jaket keselamatan bersaiz tepat untuk anak-anak. Jika anak masih kecil, beli jaket bersaiz kecil dan begitulah sebaliknya. Pastikan secara asas ajar anak-anak ilmu untuk berenang atau setidak-tidaknya tentang bahaya air.

Akhirnya segala perkongsian ini diharap dapat jadi manfaat. Kongsikan artikel ini kepada keluarga terdekat untuk sama-sama berjaga-jaga dengan musibah yang mungkin melanda negeri kita nanti. Semoga banjir di Kelantan tahun 2022 kali ini tidak berlaku atau tidak teruk hendaknya. Amin

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati