Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PESANAN PDRM : RISIKO PENUNGGANG MOTOSIKAL DI GARISAN PUTIH | RUJUK MAKLUMAN LANJUT

PESANAN PDRM : RISIKO PENUNGGANG MOTOSIKAL DI GARISAN PUTIH | RUJUK MAKLUMAN LANJUT
PESANAN PDRM

PESANAN PDRM : RISIKO PENUNGGANG MOTOSIKAL DI GARISAN PUTIH | RUJUK MAKLUMAN LANJUT. Makluman daripada Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memneri peringatan kepada orang ramai terutama yang menunggang motosikal agar tidak berada di garisan putih di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya risiko penunggang motosikal seperti tergelincir,terbabas dan hilang kawalan.

Pesanan ini dikeluarkan sejurus tular video di media sosial yang menunjukkan keadaan seorang penunggang lelaki motosikal yang tidak stabil ketika dia berada di atas garisan putih di sebuah jalan raya yang tidak diketahui kawasan setempatnya.

Menurut video tersebut, penunggang motosikal terbabit dilihat tergelincir selepas melalui atas garisan putih yang menyebabkan beliau hilang kawalan dan tersungkur di atas jalan raya.Walaubagaimanapun dimaklumkan lelaki terbabit dalam keadaan stabil.

PESANAN PDRM : RISIKO PENUNGGANG MOTOSIKAL DI GARISAN PUTIH | RUJUK MAKLUMAN LANJUT

Pihak PDRM memberikan peringatan agar sentiasa berhati-hati agar para penunggang motosikal tidak tergelincir dan hilang kawalan di atas jalan raya. Berikut merupakan infografik rasmi daripada PDRM, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik :

Garisan Putih 1024x1024 1
PESANAN PDRM, PESANAN PDRM, PESANAN PDRM, PESANAN PDRM, PESANAN PDRM PESANAN PDRM

Dinasihatkan kepada orang ramai agar mengambil mengambil cakna dan perhatian pada makluman yang dikeluarkan oleh PDRM mengenai risiko menunggang motosikal di atas garisan putih. Adalah dinasihatkan Juga kepada penunggang motosikal untuk sentiasa mengemudi motosikal dengan baik dan selamat serta sentiasa peka dengan “hazard” agar dapat mengelak daripada situasi bahaya yang boleh mendatangkan kemalangan.

Apakah Itu Hazard?

Hazard merupakan satu situasi di mana ia memberikan satu tahap ancaman nyawa, kesihatan, harta benda atau persekitaran. Contohnya, anda melalui jalan raya yang mempunyai lubang yang mana Jika anda tidak mengelak lubang tersebut risikonya anda boleh tersungkur di atas jalan raya. Oleh itu, anda mestilah memastikan hazard dan dapat mengelakkan sebarang kemungkinan bahaya di atas jalan raya.

Fungsi Garisan Jalan Di Jalanraya

Apakah Itu Garisan Jalan?

Fungsi garisan jalan adalah merupakan satu tanda pada permukaan turapan jalan bagi memberi panduan dan amaran serta maklumat kepada pengguna jalan raya.

Garisan ini juga merupakan sebagai peranti atau bahan yang digunakan pada permukaan jalan yang terdiri dari garisan memanjang dan melintang serta penanda jalan seperti simbol, anak panah, dan perkataan.

Tujuannya, garisan ini berfungsi dalam mengawal dan memastikan aliran trafik teratur dan lancar, ia juga sebagai tanda memberi amaran dan menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya.

Langkah-langkah Untuk Diambil Perhatian Kepada Penunggang Motosikal

Langkah-langkah untuk diambil oleh penunggang motosikal adalah perhatian bagi mengurangkan risiko penunggang motosikal di jalan raya adalah:

1.Berhati-hati semasa melalui atas garisan putih.

Penunggang motosikal di jalan raya boleh mengambil inisiatif semasa menunggang motosikal dan mestilah berhati-hati semasa melalui atas garisan putih. Adalah lebih patut bagi seorang penunggang tidak melalui atas garisan putih ini adalah kerana dirinya mempunyai risiko tersendiri itu boleh mengakibatkan terpilihnya yang terbabas dalam kemalangan jalan raya.

2.Pastikan tayar tidak botak.

Pesanan kepada para penunggang motosikal, anda mestilah memastikan juga motosikal anda dalam keadaan baik. Sebaiknya sebelum menggunakan motosikal anda anda boleh membuat pemeriksaan terlebih dahulu pada motosikal anda bagi mengelakkan terdapatnya beberapa kerosakan atau ketidakfungsian motor anda. Etika pemanduan anda dalam keadaan selamat akan menjamin pemanduan yang selesa dan selamat.

Apa yang penting sekali adalah memastikan tayar motosikal anda bukan dalam keadaan botak. Risiko bagi tayar yang dalam keadaan botak akan menyebabkan anda mudah tergelincir dan terbabas semasa pemanduan di atas jalan raya. Kebiasaannya tayar motosikal boleh ditukar setiap dua tahun atau tiga tahun sekali. Sila buat semakan juga pada tarikh tamat tempoh penggunaan tayar.

3.Sebaiknya elakkan daripada melalui atas garisan putih.

Jika anda membawa motosikal sebaik-baiknya anda elakkan daripada melalui atas garisan putih seperti yang dinyatakan. Ini adalah kerana fungsi sebenar garisan putih adalah membahagikan antara jalan yang boleh diguna dan tidak boleh digunakan. Seeloknya pemanduan anda tidak melalui atas garisan putih tidak kira sama ada pemandu menggunakan kereta atau motosikal.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai risiko penunggang motosikal di atas garisan putih, sila layari Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM https://www.facebook.com/JSPTPDRM.

Kepada anda yang ingin mendapatkan info semasa ,berita terkini ,peluang kerjaya dan pengumuman kerajaan, anda boleh ikuti telegram rasmi sistem guru online untuk mendapatkan input semasa:

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati