Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19

i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19
i-SINAR DIBUKA

i-SINAR DIBUKA. Seperti yang kita sedia maklum, KWSP telah memberi kebenaran untuk pencarum mengeluarkan wang caruman dari akaun 1. Namun ia masih tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan. ­

i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19

Ada dua kategori pengeluaran iaitu :

i-SINAR DIBUKA
i-SINAR DIBUKA

Kategori 1 :

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 2 :
Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Kriteria yang ditetapkan untuk kategori 1 adalah :

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.Bagi kategori ini:
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
  • Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19

Kriteria yang ditetapkan untuk kategori 2 adalah :

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan. Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021. Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh kunjungi link dibawah :

Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati