Dewasa ini, kita sering disajikan dengan berita penularan pelbagai penyakit seperti selsema melalui media massa dan media cetak. Tidak dapat dinafikan bahawa penularan penyakit selsema dapat menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat kita dan ramai yang ingin mencari tahu tentang cara-cara hilangkan selsema dengan mudah.
Hal ini dikatakan demikian kerana selsema dapat menganggu aktiviti harian individu contohnya untuk mereka yang perlu ke sekolah atau yang perlu memenuhi tuntutan kerja.
Secara tidak langsung, kerja-kerja harian individu akan tertangguh kerana perlu mengambil cuti sakit akibat tahap kesihatan yang tidak mengizinkan untuk mereka melakukan rutin harian. Oleh hal yang demikian,adalah penting untuk kita mengambil tahu akan hal ini agar kita dapat memelihara kesihatan diri.
Berikut adalah beberapa perkongsian berkenaan dengan selsema dan cara-cara untuk menghilangkan selsema yang dapat anda lakukan dengan mudah.
Definisi Selsema dan Golongan yang Berisiko Mendapat Selsema
Isi Kandungan
- 1 Definisi Selsema dan Golongan yang Berisiko Mendapat Selsema
Selsema merupakan penyakit yang mudah berjangkit dari satu individu kepada individu lain. Selain itu,selsema juga dapat menyebabkan rasa tidak sedap badan dan paling membimbangkan ianya dapat menyebabkan demam bagi mereka yang mempunyai antibodi yang lemah. Oleh hal yang demikian, adalah baiknya jika kita mengetahui terlebih dahulu apa sebenarnya yang dimaksdukan dengan selsema.
Apa Itu Selsema?
Selsema ialah jangkitan virus yang berlaku pada hidung dan saluran pernafasan atas atau lebih dikenali sebagai tekak. Gejala selsema termasuklah batuk-batuk,sakit kerongkong,bersin,hidung berhingus dan demam antara tujuh hingga sepuluh hari. Dalam bahasa Inggeris,selsema juga dikenali sebagai “common cold”.
Golongan yang Berisiko Mendapat Selsema
Tahukah anda terdapat beberapa golongan yang berisiko mendapat selsema? Hal ini kerana ia melibatkan faktor umur dan sejarah kesihatan individu tertentu.
Berikut ialah golongan yang berisiko mendapat selsema yang perlu anda ketahui;
- Kanak-kanak berumur di bawah empat tahun
- Warga emas
- Wanita hamil
- Penderita sakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Individu yang mempunyai masalah jantung atau ginjal
- Pesakit kanser
- Pesakit HIV/AIDS
Cara Hilangkan Selsema Supaya Dapat Menjalankan Aktiviti Harian
Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah
Setiap individu semestinya menginginkan agar dapat sembuh dengan cepat daripada apa jua penyakit. Secara logiknya,kita akan pergi ke pusat kesihatan yang terdekat seperti klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa langkah untuk menghilangkan selsema yang boleh anda cuba.
Berikut ialah cara-cara menghilangkan selsema yang perlu anda ambil tahu:
1. Minum Lebih Banyak Air
Air putih mempunyai banyak manfaat dan perlu diamalkan setiap hari sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Hal ini bagi mengelakkan badan mengalami dehidrasi dan mengurangkan mukus dalam hidung agar tidak menjadi terlalu tebal dan meredakan selsema.
2. Mengambil lozeng
Selsema kebiasaanya akan menyebabkan batuk-batuk atau ketidakselesaan pada tekak. Dengan mengambil lozeng, ia akan melegakan kesakitan pada tekak sekali gus dapat menyegarkan mulut.
3. Rehat Yang Secukupnya
Selsema menyebabkan rasa tidak sedap badan apatah lagi jika hari pertama mendapat jangkitan selsema. Ekoran itu,individu dinasihatkan agar berehat secukupnya di rumah dan mengelakkan aktiviti luar bagi mengelakkan jangkitan menular.
4. Mengamalkan Madu dan Halia
Halia bukan sahaja digunakan dalam pemakanan tetapi juga dapat dimanfaatkan dalam bidang perubatan tradisional kerana ia dapat melegakan sakit tekak dan selsema. Hal ini kerana halia merupakan herba yang dapat membuang rasa sejuk dalam tubuh badan. Halia dan madu boleh dicampurkan dalam minuman bagi meredakan jangkitan selsema.
5. Mandi Air Suam
Mandi air suam mampu melegakan hidung yang tersumbat. Hal ini dikatakan demikian kerana wap yang dihasilkan daripada air panas boleh mengurangkan mukus dalam hidung agar hidung boleh bernafas dengan normal.
6. Elakkan Minuman Sejuk
Ketika selsema, anda tidak digalakkan untuk meminum air yang sejuk kerana ianya dapat menyebabkan sakit tekak dan batuk-batuk yang teruk. Keadaan ini menyukarkan anda untuk sembuh dengan cepat.
Cara Penyebaran Selsema
Selsema merupakan penyakit yang mudah berjangkit kepada semua orang khususnya kanak-kanak. Sebenarnya, selsema berjangkit melalui titisan udara yang berlaku di mana apabila individu batuk dan bersin. Selain itu,jangkitan selsema ini dapat berjangkit kepada anda dalam tempoh satu hingga dua hari sahaja.
Namun begitu,persekitaran juga merupakan punca berlakunya selsema. Hal ini dikatakan demikian kerana virus dapat hidup bertahan selama beberapa hari di mana-mana permukaan sahaja. Maka, amatlah disarankan untuk anda sentiasa mencuci tangan sekiranya tersentuh permukaan yang terdedah bagi mengelakkan anda terkena jangkitan selsema.
Kesan Selsema Kepada Kesihatan
Selsema dapat memberikan kesan kepada individu bergantung dengan antibodi individu itu sendiri. Terdapat beberapa kesan selsema kepada kesihatan manusia.
Berikut ialah kesan selsema kepada manusia yang wajib anda tahu:
- Demam panas
- Selsema berpanjangan
- Batuk-batuk
- Sesak nafas
- Hidung tersumbat
- Sakit kepala ringan
Kesimpulannya, kami berharap dengan perkongsian tentang cara hilangkan selsema ini dapat membantu anda yang mengalami selsema sekali gus dapat memberikan anda sedikit ilmu baharu agar dapat digunakan di masa hadapan.