PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak kita menunjukkan kreativiti masing-masing semasa mewarna lukisan disamping berpeluang memenagi hadiah menarik yang akan kami sediakan. Ini selari dengan peristiwa Perayaan Aidilfitri yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Objektif
Pertandingan ini adalah inisiatif dari pihak SistemGuruOnline untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan bakat dan potensi diri, meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dalam menghasilkan karya berdasarkan kreativiti sendiri dan memberi aktivti yang bermanfaat terutama ketika persekolahan dan cuti persekolahan puasa.
Tema
Pertandingan kali ini bertemakan “Perayaan Aidilfitri Hari Penyatuan” sebagai satu mercu tanda bahawasanya orang islam yang berbilang kaum akan menyambut perayaan ini dan menandakan kemenangan setelah berpuasa.
Syarat-syarat Pertandingan Mewarna Perayaan Aidilfitri
- Pertandingan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada kategori berikut iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Di Malaysia.
- Penggunaan PENSEL WARNA sahaja yang dibenarkan.
- Peserta dikehendaki mewarna pada kertas lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur dan mengikut daya kreativiti masing-masing.
- Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur.
- Hanya lakaran (lukisan) yang diperoleh dari laman sesawang ini akan di nilai.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur pada Bulan Jun 2023.
- Lukisan yang lengkap hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 8 April 2023. (Upload/ Muat naik di link yang disediakan)
- Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk membantu peserta.
PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023Pertandingan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Sila panjangkan kepada rakan-rakan anda untuk memberi peluang kepada anak-anak kita diluar sana. Tarikh Tamat : 8 April 2023 Tema : Perayaan Aidilfitri Hari Penyatuan Peserta : Terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia Nota : Sila baca sampai habis sebelum menyertai pertandingan ini. Semoga berjaya kepada semua peserta.
|
Cara-cara Penyertaan
- Sila download lukisan dalam ruangan artikel ini mengikut ketegori.
- Warnakan lukisan tersebut mengikut kekreatifan masing-masing bagi kategori Sekolah Rendah dan Menengah.
- Upload ke FB anda dan Tag “SistemGuruOnline” (**Dikira Bonus).
- Hantarkan gambar lukisan anak anda di pautan yang diberikan (rujuk artikel dibawah).
Hadiah Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai hadiah yang menarik, yang akan dimenangi mengikut kategori. Sebanyak RM2,250 berupa hadiah secara tunai akan diberikan kepada peserta yang bertuah ini.
Hadiah yang akan dimenangi mengikut kategori | |
Pertandingan Mewarna Peringkat Sekolah Rendah |
|
Pertandingan Mewarna Peringkat Sekolah Menengah |
|
Makluman : Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan digital dari kami dan kepada setiap pemenang akan mendapat sijil penghargaan digital dari pihak kami.
Muat turun Lukisan Mengikut Kategori
Anda perlu download salah satu daripada lukisan dibawah untuk start mewarna. Selamat mewarna.
Kategori Sekolah Rendah | Kategori Sekolah Menengah |
|
|
K
Kriteria Penilaian
- Lukisan diwarnakan sepenuhnya (siap dan lengkap).
- Warna logo atau bendera (sekiranya ada) hendaklah betul dan tepat.
- Peserta boleh mewarna dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
- Warna hendaklah terang dan bersih.
- Pemenang akan dinilai berdasarkan undian dari juri/hakim.
- Lukisan yang mendapat ‘Like’ yang banyak di FB SistemGuruOnline akan memenangi hadiah bagi lukisan paling viral iaitu dalam kategori khas.
- Keputusan juri adalah muktamad.
Cara Menghantar Lukisan Anda
Setelah para peserta berjaya menyiapkan lukisan tersebut, anda perlu menghantar lukisan tersebut di pautan dibawah. Pastikan anda telah menyemak semua syarat-syarat yang diberikan untuk mengelakkan pertandingan anda terbatal.
Cara Menghantar Lukisan Sila klik pautan dibawah untuk menghantar lukisan tersebut. http://www.wasap.my/60139761179 Nota : Setiap lukisan yang dihantar tidak boleh melebihi saiz maximum 1mb bagi setiap lukisan. Makluman : Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan digital dari kami dan kepada setiap pemenang akan mendapat sijil penghargaan digital dari pihak kami. |
Harapan Kami
Kami harap anak-anak sekalian dapat memberi sedikit masa untuk menyertai pertandingan ini dirumah. Perlu ingat, pertandingan ini adalah untuk memberi kegembiraan kepada semua kanak-kanak dan terima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong pertandingan ini berlangsung.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan anda ke link yang tertera diatas . Semoga berjaga dan bermanfaat kepada semua.