Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 kini dibuka. Tarikh permohonan bermula daripada 12 Julai sehingga 25 Julai 2021. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40.
Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenal pasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa. Bagi tahun 2021, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
Syarat-syarat Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021
Isi Kandungan
- 1 Syarat-syarat Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021
- 2 Cara Permohonan
- 3 Maklumat Lanjut
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
Syarat-syarat Umum Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama;
- Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari manamana pihak di peringkat pengajian yang sama; dan
- Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.
Syarat-syarat Khusus Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021
Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenal pasti:
- Menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan - Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
Bagi Institut Kemahiran Awam [Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)]
- Menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan - Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
Dapatkan “Iklan & Soalan Lazim Penajaan” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download:
Cara Permohonan
- Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang ePermohonan – Sistem Permohonan Program Tajaan JPA selama empat belas (14) hari mulai 12 Julai 2021 (Isnin) jam 5.00 petang sehingga 25 Julai 2021 (Ahad) jam 5.00 petang.
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum
tarikh tutup permohonan. - Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Maklumat Lanjut
- Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021).
- Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00-11.00 pagi dan 2.30-3.30 petang (tidak termasuk cuti umum dan hari minggu) di pautan https://meet.google.com/xof-yzvp-fku.
Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:
- Vaksinasi Warga Emas Secara Walk-In Mulai 17 Julai
- Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021
- Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021
- Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021
- Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka
- Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai
- Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40
Semoga perkongsian Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berminat dan berkelayakan untuk memohon.