Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021

Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021
Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021

Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program ini. Permohonan dibuka bermula 16 Julai 2021 sehingga 22 Julai 2021.

LIHAT JUGA: Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

Keterangan Program Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021

  • Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Umum Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021, iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat Akademik Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan lulus Sejarah.

Syarat Tambahan Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021

Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama
(SMU):

Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.

Lulusan Unified Examination Certificate (UEC): 

Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).

Bidang Pengkhususan yang Ditawarkan Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021

  1. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU).
  2. Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi lulusan Unified Examination Certificate (UEC).

Dapatkan “Iklan Pengambilan” di sini


Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN_PISMP_UEC_SMA_SMU

Cara Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat: PISMP 2021 | Kementerian Pendidikan Malaysia (moe.gov.my) mulai (16 hingga 22 Julai
    2021).
  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan Lulus e-Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), penyediaan Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizika (UKF).
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, Syarat Bidang serta Kalendar Aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
  4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (22 Julai 2021).
  5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
  6. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan)
No. Telefon : 03-8312 6720/6768/6758/6693/6678/6733/6731/6769/6689/6760

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berminat dan berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati