Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat dan Selamat

putihkan gigi

Pada hari ini, saya akan kongsikan tentang cara putihkan gigi dengan cepat dan selamat yang anda boleh lakukan sendiri di rumah. Hal ini kerana memiliki senyuman yang bersih dan berkilau dengan barisan gigi yang putih adalah impian bagi orang ramai. Namun begitu, dalam menjalani gaya hidup seharian, kebiasaan dalam mengambil minuman dan makanan tertentu serta kurang mengambil berat tentang kebersihan mulut menjadikan gigi kita kelihatan kurang bersih dan tidak menawan.

Oleh itu, ianya penting untuk kita mengetahui penyebab utama perubahan warna gigi dan berusaha untuk melakukan langkah-langkah yang tepat untuk memperoleh kualiti gigi yang anda impikan iaitu bersih dan berkilau.

Cara Putihkan Gigi Dalam Dua Minggu

cara putihkan gigi

Mereka yang menghadapi gigi kuning tidak perlu bimbang kerana saya akan kongsikan cara putihkan gigi dalam masa dua minggu. Anda hanya perlu konsisten dalam melakukan hal ini agar gigi tidak mudah bertukar warna menjadi kuning lagi.

Cara memutihkan gigi:

  1. Pilih berus gigi yang sesuai dengan susunan gigi.
  2. Rajin berus gigi dua hingga 3 kali sehari.
  3. Pilih produk gigi yang bertujuan untuk mencerahkan dan memutihkan gigi.
  4. Kurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan gigi berwarna kuning seperti teh atau kopi.
  5. Rajin menggunakan floss atau benang gigi.
  6. Gunakan produk serbuk pemutih gigi seminggu sekali untuk mendapat keberkesanan yang anda inginkan.

Cara Putihkan Gigi Menggunakan Baking Soda

cara putihkan gigi dengan baking soda

Berikut merupakan cara yang sangat mudah untuk anda putihkan gigi di rumah. Walaupun cara ini lambat tetapi ia terbukti berkesan dengan syarat anda semua hendaklah konsisten dalam mengamalkannya. Dengan ini, anda mempunyai keyakinan untuk bertemu orang tanpa ragu lagi kerana masalah gigi kuning telah diselesaikan.

Sebenarnya, banyak lagi cara yang pelbagai untuk anda cuba bagi memutihkan gigi tapi menggunakan baking soda ini adalah salah satunya. Anda boleh cari cara lain melalui youtube atau facebook.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Baking soda
  • Berus gigi

Cara-cara penggunaan:

  1. Letakkan ubat gigi dalam bekas.
  2. Tambahkan sedikit baking soda.
  3. Gaul dengan rata.
  4. Letakkan baking soda pada berus gigi.
  5. Gosok gigi selama 8 hingga 10 minit.
  6. Berkumur.
  7. Lap mulut menggunakan tuala atau tisu.
  8. Hasilnya adalah gigi lebih putih dan berbau segar.

Faktor Gigi Berwarna Kuning

faktor gigi kuning

Tahukah anda apakah yang menyebabkan gigi anda bertukar warna menjadi kuning? Di bawah ini saya akan huraikan mengapa gigi kita boleh mengalami perubahan warna walaupun memberusnya setiap hari.

Faktor-faktornya:

  • Pengumpulan bakteria:

Bakteria yang melekat pada mulut atau selepas bangun dari tidur akan menyebabkan gigi bertukar warna menjadi kuning. Inilah sebabnya mengapa anda harus memberus gigi setelah makan, selepas bangun tidur dan sebelum tidur.

  • Pewarna makanan:

Minuman seperti kopi, teh, coklat dan kari akan menyebabkan pigmentasi dan menyebabkan gigi kuning.

  • Tabiat merokok:

Tabiat merokok akan menyebabkan nikotin, bar, tar dan bahan lain dalam tembakau melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan.

  • Usia

Mengalami perubahan warna gigi juga dipengaruhi oleh umur seseorang kerana semakin lanjut usia, keadaan gigi juga tidak lagi sama seperti dulu di mana ia lebih kuat dan bersih.

  • Kurang menjaga kesihatan mulut

Apabila anda tidak rajin memberus gigi ianya akan menyebabkan pengumpulan bakteria dan plak gigi yang kemudiannya menyebabkan gigi berwarna kuning dan nafas yang berbau.

  • Faktor genetik

Jika keluarga anda mempunyai masalah yang sama, kemungkinan anda juga akan mewarisi masalah gigi kuning.

Tips Untuk Kekalkan Kesihatan Gigi

tips jaga gigi

Sebenarnya, ia sangat mudah untuk menjaga kesihatan gigi kerana anda tidak memerlukan alat-alat yang menelan kos yang tinggi. Apa yang anda perlukan hanyalah berus gigi, ubat gigi, floss atau benang gigi dan pencuci mulut. Hanya dengan empat bahan ini sahaja anda boleh mendapatkan gigi yang anda impikan.

Tips kekalkan kesihatan gigi:

  1. Gosok gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun dan sebelum tidur. Anda disarankan menggunakan berus gigi yang mempunyai label soft dan juga memberus gigi dengan circular motion.
  2. Flos gigi setiap malam iaitu selepas memberus gigi. Luangkan sedikit masa untuk memflos gigi bagi menjaga kesihatan gusi dan gigi. Teknik ini adalah untuk menyingkirkan sisa makanan di celah gigi.
  3. Gunakan cecair kumur atau pencuci mulut sebagi langkah terakhir semasa membersihkan gigi. Anda tidak perlu membilasnya dengan air paip selepas menggunakan cecair kumur dan gunakan cecair kumur yang tidak mengandungi alkohol.
  4. Membuat pemeriksaan gigi di hospital dua kali setahun. Anda juga boleh menempah temu duga dengan doktor bagi pemeriksaan gigi dengan mudah di aplikasi mySejahtera.

Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini. Diharap dengan perkongsian ini anda dapat mengatasi masalah yang anda hadapi berkaitan dengan topik perbincangan hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua!

Bagaimanakah cara memutihkan gigi secara semulajadi?

Gigi dapat diputihkan secara semulajadi dengan menjaga kebersihan gigi yang baik, mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh mewarnai gigi seperti kopi, teh dan merokok serta mengamalkan pemutihan gigi secara semulajadi seperti menggunakan baking soda atau minyak kelapa.

Adakah penggunaan baking soda berkesan untuk memutihkan gigi?

Ya, baking soda boleh membantu memutihkan gigi kerana ia mengandungi sifat abrasif yang dapat menghilangkan plak dari permukaan gigi. Namun, penggunaan dilakukan dengan berhati-hati kerana penggunaan berlebihan boleh merosakkan enamel gigi.

Apakah keberkesanan penggunaan gel pemutih gigi?

Gel pemutih gigi yang mengandungi bahan pemutih seperti hidrogen peroksida atau karbamid peroksida boleh membantu memutihkan gigi dengan menghilangkan warna pada enamel gigi. Walau bagaimanapun, hasilnya mungkin berbeza antara individu dan penggunaan yang berterusan mungkin diperlukan untuk mencapai hasil yang diingini.

Bolehkah penggunaan arang aktif memutihkan gigi?

Terdapat pandangan yang bercanggah tentang keberkesanan penggunaan arang aktif untuk memutihkan gigi. Bebrapa kajian menunjukkan bahawa arang aktif boleh membantu menghilangkan pewarnaan dari permukaan gigi tetapi keberkesanannya mungkin berbeza-beza dan penggunaan yang berlebihan boleh merosakkan enamel gigi.

Adakah pemeriksaan gigi profesional diperlukan untuk memutihkan gigi?

Ya, pemeriksaan gigi profesional dan rawatan pemutihan gigi di hospital boleh membantu memutihkan gigi dengan lebih berkesan dan selamat. Doktor gigi dapat menyesuaikan rawatan pemutihan gigi mengikut keperluan individu dan memastikan kesihatan gigi dan gusi terjaga semasa proses pemutihan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati