Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai

image 350
Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai

Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai. Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai 2021 secara dalam talian menerusi portal rasmi KWSP.

Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Bagi memudahkan ahli mengemukakan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai , Jumlah Pengeluaran i-CITRA dan Pelaksanaanya

  • i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.
  • Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
  • Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula dari bulan Ogos 2021.

Syarat Kelayakan Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Syarat Akaun Bank

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/syarikat)

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan. Untuk makluman, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

Langkah-langkah Permohonan i-CITRA

  1. Layari portal i-Citra : Permohonan (kwsp.gov.my)
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit anda.
  3. One time password-OTP akan dihantar ke nombor telefon anda.
  4. Tentukan amaun pilihan pengeluaran.
  5. Anda boleh meneruskan untuk membuat permohonan.
  6. Lengkapkan maklumat pemohon dan maklumat pembayaran.
  7. Semak semula dan klik hantar.
213377121 1002889450536010 4815055175680603399 n

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Citra ini, anda boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP www.kwsp.gov.my, atau hubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan ataupun Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40.

Semoga perkongsian Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkalayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati