Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

image 351
Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021 kini dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan
Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah JenisKebangsaan Tamil (SJKT). Permohonan dibuka bermula 16 Julai 2021 sehingga 22 Julai 2021.

LIHAT JUGA: Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021

Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

Keterangan Program Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

  • Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Syarat dan Kelayakan Asas Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021, iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut:
    i. Bahasa Melayu;
    ii. Sejarah; dan
    iii. Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan.

Dapatkan “Iklan Pengambilan PISMP Fasa 2 Tahun 2021” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN_PISMP_FASA 2_TAHUN 2021

Cara Permohonan Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

  1. Permohonan pengambilan khas PISMP Fasa 2 hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: PISMP 2021 | Kementerian Pendidikan Malaysia (moe.gov.my), dibuka bermula 16 hingga 22 Julai 2021.
  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
  3. Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan
    menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video
    pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
  4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: https://www.moe.gov.my dan
    https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
  5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon
    boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  6. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769
emel : [email protected]

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berminat dan berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati