Vaksinasi Warga Emas Secara Walk-In Mulai 17 Julai. Menurut Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin, sistem vaksinasi secara walk-in kepada penduduk warga emas di Lembah Klang akan dimulakan pada 17 Julai 2021.
Beliau berkata, warga emas sama ada yang telah atau belum berdaftar serta yang belum menerima janji temu dibenarkan untuk walk-in ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di Lembah Klang.
Namun demikian, bagi warga emas yang telah menerima janji temu, mereka diminta hadir ke PPV mengikut tarikh janji temu yang diberikan.
Vaksinasi Warga Emas Secara Walk-In Mulai 17 Julai
“Kami akan mengedarkan satu garis panduan kepada semua PPV untuk memastikan warga emas dapat menerima vaksin dalam keadaan selesa dan selamat selepas mengambil kira jumlah kes yang semakin tinggi di Lembah Klang.
“Warga emas yang hadir secara walk-in dibenarkan masuk ke PPV menggunakan laluan khas yang disediakan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.
Menurut beliau, bagi warga emas yang belum pernah mendaftar sama ada melalui MySejahtera atau laman web, pendaftaran akan dilaksanakan di kaunter pendaftaran di setiap PPV. Selain itu, bagi warga emas yang tidak memiliki aplikasi MySejahtera pula, petugas akan mendapatkan maklumat waris atau penjaga untuk dihubungi bagi peringatan vaksinasi dos kedua. Vaksinasi Warga Emas Secara Walk-In Mulai 17 Julai.
“Kesemua janji temu yang diberikan sehingga kini adalah bertarikh sebelum 1 Ogos ini.
“Sekiranya warga emas itu tiba pada waktu bekalan vaksin untuk hari itu sudah habis di PPV, nama warga emas tersebut akan dimasukkan untuk keesokan hari,” katanya.
Pada 15 Julai lalu, Datuk Seri Dr. Adham Baba ada mengumumkan bahawa penduduk Lembah Klang berusia 60 tahun ke atas yang masih belum lagi menerima vaksin Covid-19 dibenarkan datang secara walk-in atau tanpa janji temu. Menurutnya, lokaliti berkenaan dipilih sebagai perintis sebelum inisiatif tersebut diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
SUMBER: Utusan Malaysia
Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:
- Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021
- Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Yang Mempunyai Sijil SMA / SMU / UEC Tahun 2021
- Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021
- Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka
- Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai
- Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40
Semoga perkongsian Vaksinasi Warga Emas Secara Walk-In Mulai 17 Julai ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berminat dan berkelayakan.