Pernahkah anda mengalami buasir berdarah? Artikel ini menerangkan apakah itu buasir berdarah, punca-punca terjadinya buasir berdarah, dan tanda-tanda buasir berdarah sebenarnya kanser usus.
Apakah itu Buasir Berdarah?
Isi Kandungan
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Apabila salur darah berhampiran pecah, ia akan luka dan menghasilkan darah sehingga menyebabkan terjadinya buasir berdarah.
Jenis-jenis Buasir Berdarah
Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
1. Buasir dalaman – Merupakan salur darah vena yang membengkak di lapisan dalam rektum. – Berlaku pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. – Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. – Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam. |
2. Buasir luaran – Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. – Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. – Ada pesakit yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. – Jika ada darah beku yang menyumbat saluran darah, maka sakit yang dirasai adalah semakin kuat |
Tahap-tahap Buasir Berdarah
- Tahap 1: Berdarah sahaja tetapi tidak terkeluar
- Tahap 2: Buasir terkeluar dan boleh masuk sendiri sama ada berdarah atau tidak
- Tahap 3: Buasir terkeluar dan perlu ditolak dengan jari sama ada berdarah atau tidak
- Tahap 4: Buasir terkeluar dan tidak boleh dimasukkan semula
Punca-punca Buasir Berdarah
1. Terdedah kepada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. 2. Sering meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. 3. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. 4. Orang yang berlebihan berat badan, 5. Orang yang berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari 6. Orang yang selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. 7. Berlaku penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran. |
Cara Mengatasi Buasir Berdarah
Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir berdarah dan mengurangkan gejalanya:
Cara Mengatasi Masalah Buasir Berdarah |
---|
1. Cara mengelakkan sembelit: – Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin, dan roti bijiran penuh (wholemeal). – Lebihkan meminum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari. – Lakukan senaman setiap hari. – Elakkan pengambilan julap (ubat pelawas) yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. – Ambil ubat julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit. |
2. Cara mengurangkan kesakitan: – Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan. – Jika terdapat pembengkakan, sila gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam. – Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen. – Sapu krim untuk rawatan buasir yang boleh dibeli daripada farmasi atau klinik. |
Tanda-tanda Buasir Berdarah Sebenarnya Kanser Usus
Berikut merupakan tanda-tanda buasir berdarah yang anda alami mungkin petanda awal kanser usus:
1. Darah dalam najis. |
2. Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan sembelit. |
3. Kehilangan berat badan tanpa sebab |
4. Sakit perut. |
5. Muntah. |
6. Merasakan bahawa usus anda tidak kosong sepenuhnya. |
7. Terasa kelesuan dan keletihan |
8. Kerap mengalami pedih perut atau kekejangan, rasa kenyang atau kembung. |
Anda perlu segera membuat pemeriksaan lanjut di hospital jika anda mengalami tanda-tanda di atas secara berlarutan.
Soalan FAQs Berkenaan Buasir Berdarah
Apakah itu buasir berdarah?
Apabila salur darah berhampiran pecah, ia akan luka dan menghasilkan darah sehingga menyebabkan terjadinya buasir berdarah.
Apakah gejala buasir berdarah?
Najis berdarah, sakit perut, kejang atau kembung perut.
Apakah penyebab buasir berdarah?
Sering meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit;
Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon; dan Orang yang berlebihan berat badan.