Bantuan Kerajaan Sebanyak RM350 Setiap Bulan Untuk Keluarga Malaysia. Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa kerajaan melalui Jabatan Kebajikan masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan miskin bagi meringankan beban mereka. Bantuan ini adalah Bantuan Am Persekutuan.
Bantuan ini adalah tanda keperihatinaan kerajaan terhadap golongan yang tidak berkemampuan agar mereka dapat menyara serba sedikit kehidupan mereka.
Jumlah Bantuan Kerajaan Am Persekutuan
Isi Kandungan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM100 seorang dan maksimum adalah RM350 sebulan seisi keluarga
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Kerajaan
Syarat kelayakan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut :
- Pemohon adalah seorang Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah seorang golongan yang memerlukan yang tidak mendapat bantuan lain.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan semua.
Cara Membuat permohonan
Cara permohonan adalah seperti berikut:
Pemohon hendaklah hadir ke mana-mana pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – DOWNLOAD
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – DOWNLOAD
Dokumen Sokongan:
- Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.