Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Jawatan Kosong JANM Oktober 2024 Kelayakan Ijazah

Jawatan Kosong JANM Oktober 2024

Info terbaru tawaran jawatan kosong JANM Oktober 2024. Jawatan kosong ini adalah tawaran terbaru di bawah sektor awam yang kini dibuka dan boleh dibuat permohonan oleh rakyat Malaysia pada bulan Oktober ini. Bagi para calon yang berminat mengisis kekosongan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) anda boleh rujuk info penuh dibawah.

Makluman Jawatan Kosong JANM Oktober 2024

Jawatan Kosong JANM Oktober 2024

Informasi jawatan kosong ini adalah untuk jawatan minima ijazah dengan taraf kontrak. Berikut adalah senarai jawatan kosong JANM yang dibuka pada bulan Oktober 2024:

  1. Eksekutif Di Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF)

Maklumat Jawatan Kosong JANM Oktober 2024

Berikut merupakan maklumat jawatan yang dibuka pada bulan ini:

MaklumatPenerangan
Taraf JawatanKontrak
Kelayakan AkademikIjazah
PenempatanJabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Tarikh Permohonan Jawatan

Merujuk pada iklan yang disiarkan, jawatan kosong JANM Oktober 2024 dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada 21 Oktober 2024. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Syarat Kelayakan Jawatan Kosong JANM Oktober 2024

Berikut adalah merupakan senarai syarat kelayakan bagi jawatan kosong JANM Oktober 2024:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Mempunyai kelayakan akademik minima Ijazah.

Calon yang berminat digalakkan untuk merujuk maklumat terperinci di laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bagi memastikan mereka memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Skop Kerja Jawatan JANM Oktober 2024

Bagi pengambilan jawatan JANM oktober 2024, Berikut adalah merupakan tugasan kerja bagi jawatan Eksekutif Di Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF):

  • Memastikan penggunaan ID Korporat Terimaan yang betul bagi setiap pemindahan wang ke ATUPP
  • Memastikan AB / Ejen Pemungut Kerajaan yang dilantik menyerahkan amaun kasar yang dipungut kepada Kementerian / Jabatan tanpa menolak apa-apa caj perkhidmatan yang dikenakan
  • Memastikan Penyata Bank Harian dimuat turun dan disimpan secara softcopy daripada portal AB
  • Memastikan bayaran caj perkhidmatan yang tepat bagi semua transaksi mengikut kaedah pembayaran

Semak Iklan Jawatan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Oktober 2024

Calon yang berminat boleh merujuk lebih lanjut mengenai maklumat permohonan melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Pastikan calon menyemak maklumat penuh berkaitan tawaran jawatan kosong melalui iklan rasmi yang disediakan:

Selepas mengetahui maklumat lengkap mengenai jawatan, para calon boleh mengemukakan permohonan jawatan kosong JANM Oktober 2024 dengan segera.

Cara Permohonan Jawatan Kosong JANM Oktober 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) :

  • Layari laman web Myfuturejobs.
  • Semak iklan paparan jawatan kosong yang dibuka Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
  • Buat permohonan dengan klik “Apply”.
  • Log masuk atau daftar akaun baharu bagi kali pertama.
  • Isi segala maklumat butiran diri serta maklumat akademik dan berkaitan.
  • Sahkan permohonan kerja anda.

Selepas anda melalui langkah-langkah tersebut, bagi urusan pengambilan jawatan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bulan Oktober ini, perlu dimohon sebelum tarikh tutup. Selepas tarikh tutup, calon yang berjaya akan dipanggil untuk hadiri temuduga seperti kebiasaan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati