Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Effective Julai 2021

Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Jabatan Pengairan dan Saliran

Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 25 Julai 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.

Senarai Jawatan yang Ditawarkan di Jabatan Pengairan dan Saliran

  1. Jurutera Gred JA41 (Awam): 32 Kekosongan & 10 Simpanan
  2. Jurutera Gred J41 (Mekanikal): 2 Kekosongan & 10 Simpanan

Individu yang dilantik ke jawatan-jawatan yang disenaraikan tersebut akan ditempatkan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (Kementerian Alam Sekitar dan Air). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Bakat kepimpinan.
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Jadual Gaji Jurutera Gred J41

74d00b33 34f1 4e14 85d5 4b2c68c85b15 5
Gaji MinimumRM 2,529.00
Gaji MaksimumRM 9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM 225.00

Syarat Lantikan di Jabatan Pengairan dan Saliran

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).
  • Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

  • Kejuruteraan Awam,
  • Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar),
  • Kejuruteraan Awam (Pembinaan),
  • Kejuruteraan Awam (Kerja Raya dan Kaji Air),
  • Kejuruteraan Awam (Seni Bina), atau
  • Kejuruteraan Mekanikal

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PG-JPS-JuruteraGredJ41(Awam)_(Mekanikal)

Cara Permohonan

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati