Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kenyataan Media YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan mengenai Penutupan Sementara Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Tahun 2018

KPMMM

Kenyataan Media YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan mengenai Penutupan Sementara Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) disediakan berhubung masalah capaian terhadap SAPS bermula 09 Jun 2018 (kelmarin).

cats 2

Kenyataan Media YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan mengenai Penutupan Sementara Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Berikut merupakan Kenyataan Media oleh Menteri Pendidikan berkaitan SAPS ini:

Kenyataan Media YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan mengenai Penutupan Sementara Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Penutupan Sementara Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Portal Peperiksaan KPM Ditutup kerana Mendedahkan Maklumat Peribadi

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Kementerian Pendidikan (SAPS) ditutup semalam (9 Jun 2018) berikutan pendedahan mengenai eksploitasi keselamatan yang berpotensi mendedahkan maklumat peribadi lebih 10 juta rakyat negara ini.

Menurut laporan Malay Mail, pihaknya dimaklumkan mengenai pencerobohan maklumat peribadi itu oleh seorang pembaca.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pasukan Respons Keselamatan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) selepas mendapatkan nasihat daripada blogger teknologi, Keith Rozario dan pengasas bersama teknologi tempatan Kumpulan Projek Sinar.

MyCERT kemudiannya memberi maklum balas kepada Malay Mail semalam dan laman sesawang itu kemudiannya ditutup pada hari sama.

SAPS adalah portal yang membolehkan pelajar dan ibu bapa akses kepada keputusan peperiksaan dalam talian dengan memasukkan nombor kad pengenalan Mykad.

Data itu juga boleh diperoleh oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

SAPS dilancar pada tahun 2011.

Sumber memberitahu, data 4,940,203 pelajar boleh dimuat turun daripada laman sesawang itu yang berpotensi mendedahkan maklumat peribadi 10.3 juta rakyat Malaysia.

SUMBER: BULETIN TV3

Pihak Sistem Guru Online akan memaklumkan kepada anda semua sekiranya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini dapat diakses semula dari semasa ke semasa. Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Kenyataan Media YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan mengenai Penutupan sementara Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dapat memberikan informasi terkini buat semua. Selamat bercuti dan kepada guru-guru yang balik kampung halaman, berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati