Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sekolah Sukan Malaysia : Permohonan Kemasukan ke Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia Telah Dibuka Tahun 2021

Sekolah Sukan Malaysia

Permohonan Kemasukan ke Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia Telah Dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk memohon.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa peluang ini dibuka kepada para pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti program Prauniversiti KPM-KPT-MSN di Sekolah Sukan Malaysia.

Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) merupakan sebuah sekolah yang terdiri daripada atlet murid yang mempunyai potensi diri dan bakat yang tinggi dalam sukan serta akademik. Para murid akan dilatih dan diberikan bimbingan daripada jurulatih yang berdedikasi untuk memupuk dan mempertingkatkan bakat mereka. Selain itu, dari segi akademik pula, mereka akan diajar dari guru-guru akademik yang terpilih.

Dengan bimbingan dan pengawasan yang tersusun dan efisyen daripada jurulatih yang profesional, prestasi murid dari segi akademik dan sukan dapat dimaksimakan dan disepadukan.

Objektif SSM

  • Meningkatkan prestasi atlet murid dari segi pengetahuan, pengalaman serta menggilap kemahiran mereka di dalam bidang sukan seiring dengan pencapaian akademik
  • Sebagai pusat atau institut kecemerlangan sukan yang diuruskan secara tersusun dan efisyen dengan berterusan untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia
  • Menjadi pusat penyebaran ilmu serta kemahiran yang dapat memenuhi segala syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi.
  • Menerap serta memupuk nilai kepimpinan dan semangat kesukanan serta memberikan pengalaman dan pengetahuan dalam kemahiran pentadbiran aktiviti sukan.

Info Penting Permohonan

Tarikh Penting Permohonan

  • Tarikh bermula : 10 Jun 2021 
  • Tarikh Tutup : 9 Julai 2021
Sekolah Sukan Malaysia

Syarat Am Kemasukan 

Beberapa syarat telah ditetapkan bagi pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia. Berikut adalah syarat-syaratnya:-

  • Pemohon pernah mewakili negeri/negara
  • Telah mengambil/menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Pemohon mesti berusia tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan
  • Mesti mendapat perakuan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara/Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK)
  • Mendapat kelulusan pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan bertauliah, taraf kesihatan yang baik, bebas daripada apa-apa penyakit kronik, lelah dan penyakit berjangkit.
  • Tawaran hanya sah apabila pelajar bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan

Cara Permohonan 

kpm 1
  • Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara atas talian melalui borang yang disediakan seperti di bawah:
  • Pemohon mestilah mencetak Borang Permohonan (A-D), Lampiran E,F,G,dan H DAN
  • Pastikan melengkapkan maklumat pada ruang berikut:-
      • Ruang E. Ulasan Jurulatih
      • Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan/ Penolong Kanan Koku
      • Ruang G. Perakuan
      • Ruang H. Pengesahan
  • Menghantar borang permohonan yang lengkap dilampirkan salinan dokumen yang diperlukan yang telah DISAHKAN secara pos dan perlu sampai ke Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni sebelum atau pada tarikh tutup permohonan online.
    • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
    • Sila hantar borang tersebut ke alamat berikut :

Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 2 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Kemenjadian Murid)

Maklumat Lanjut berkaitan SSM

Jika terdapat kesulitan atau sebarang pertanyaan berkaitan permohonan kemasukan ke SSM, sila hubungi pihak terlibat di talian:-

  1. Encik Zulkafli bin Abu Hassan:

Mohon perhatian kepada para pemohon, Permohonan Kemasukan ke Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia ini hanya sahih atau sah pada tarikh yang tertera di iklan permohonan. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk membaca dan merujuk iklan dengan betul dan teliti sebelum melakukan sebarang permohonan.

Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai bidang pendidikan, bantuan kerajaan dan info semasa kerajaan anda boleh melawat Laman Web kami di Sistem Guru Online.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati