Cara buat Permohonan STR bantuan Sumbangan Tunai Rahmat . Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat (BTR) sebelum ini kemudian ditukar kepada Sumbangan Tunai Rahmat (STR) bagi kategori keluarga yang dilaksanakan setakat ini akan diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini sangat komited untuk membantu keluarga yang bernasib baik kerana fokus utama kerajaan yang ada pada hari ini adalah menumpukan sepenuh perhatian kepada kos sara hidup. Bila bercakap tentang kos sara hidup pasti kita mengetahui bahawa semua barang sedang meningkat sekarang ini.
Bermula daripada barang asas seperti beras, gula, minyak, tepung gandum sehinggalah barang-barang yang bukan keperluan asas. Tambah-tambah orang yang tinggalndi bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor pasti amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang tak kunjung turunnya.
Bukan sahaja Malaysia, negara-negara lain juga merasa tekanan dengan peningkatan kos sara hidup. Ini rentetan daripada beberapa faktor seperti inflasi negara yang sentiasa meningkat, kenaikan harga bahan mentah dan yang paling tepat untuk kita kaitkan pada waktu sekarang ini ialah, kita baru sahaja berada di pasca covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini. Kita baru sahaja pulih daripada wabak dan ekonomi baru sahaja dibuka, jadi amat wajarlah harga barang melambung tinggi.
Apa yang paling menyedihkan adalah golongan yang kurang bernasib baik seperti keluarga b40. Gaji yang mereka terima hanya cukup-cukup makan sahaja. Kadang-kadang tidak mencukupi dan terpaksa berhutang di hujung bulan. Itulah lumrah yang sentiasa golongan B40 hadapi lagi-lagi yang menetap di Kuala Lumpur yang mana kos sara hidup mereka lebih tinggi.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Malaysia Malaysia, Dato’ Seri Anwar nin Ibrahim dibawah kerajaannya, Kerajaan Perpaduan hari ini telah mengumumkan inisiatif bantuan untuk keluarga Malaysia. Bantuan tersebut adalah, Sumbangan Tunai Rakyat (STR)
Anwar berkata, Sumbangan Tunai Rahmat (STR) Fasa 1 akan diagihkan lebih awal pada Januari 2023 berbanding Mac tahun ini.
Cara Buat Permohonan STR bantuan Sumbangan Tunai Rahmat
1. Cara Mohon STR 2023 (Permohonan Baru)
Untuk step mula-mula ini, pastikan anda betul-betul melepasi syarat BTR 2023. Walau bagaimanapun, anda perlu daftar STR terlebih dahulu untuk buat permohonan baru.
Bagaimana nak tahu anda perlu buat permohonan baru BTR?
Anda cek dahulu samada boleh login (log masuk) STR atau tidak di:
Jika boleh login STR, ini bermasksud anda hanya perlu kemaskini data sahaja kerana pihak kerajaan sudah mempunyai data-data anda sebelum ini.
Akan tetapi, kalau tidak boleh login STR, anda perlu buat permohonan baru.
Sila pastikan anda sudah daftar STR dan perdaftaran berjaya. Selepas itu, ikuti langkah untuk buat permohonan baru STR 2023 seperti di bawah:
1. Layar laman web rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
2. Permohonan STR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
- Permohonan
- Pengesahan
- Hantar
3. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
4. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
- No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
- Nama
- Umur
- Jantina
- No Telefon Rumah
- No Telefon Bimbit
- Pekerjaan
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
- Status Perkahwinan
- Alamat
- Poskod
- Negeri
- Bandar
- Nama Bank
- No Akaun Bank
- Alamat Emel
5. Masih lagi di bahagian Permohonan, anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
- Sijil Kahwin
- Sijil Cerai
- Sijil Kematian Pasangan
- Pengesahan Pasangan
- Pengesahan Bank
6. Seterusnya, tekan butang Muat Naik
7. Untuk Maklumat Wakil, pilih salah satu:
- Ada Wakil
- Tiada Wakil
8. Kita mulakan dengan bahagian “Permohonan” terlebih dahulu
9. Tekan butang Teruskan
10. Sekarang, anda berada di bahagian “Pengesahan”
11. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Klik Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selesai
2. Cara Mohon STR 2023 (Pernah Daftar)
Seperti yang dimaklumkan seperti di atas, kalau anda boleh log masuk STR, ini bermaksud anda sudah dikira berdaftar.
Anda hanya perlu kemaskini data STR sahaja kerana pihak kerajaan sudah mempunyai data-data anda sebelum ini.
3. Maklumat Lanjut STR 2023
Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon STR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Waktu operasi talian hotline BTR ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.
Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Bantuan lain:
- Inisiatif Payung Rahmah: Senarai Bantuan untuk Golongan B40
- Kategori Penerima Sumbangan Tunai Rahmat STR 2023
- Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023
Antara Soalan Lazim Mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2023
1.Akaun bank yang saya telah daftarkan semasa BKM 2022 berstatus tidak aktif / tutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 1 yang saya akan terima?
J: Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya
status pengkreditan fasa terakhir BKM 2022 adalah berjaya kredit.
Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status gagal
kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke
Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat
tuntutan bayaran.
2.Sekiranya saya telah diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan
bayaran Fasa 1 STR 2023?
J: Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan
kebenaran membuka akaun / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran Fasa 1 dibuat.
3.Penerima BKM 2022 telah meninggal dunia pada tahun 2022 tetapi menerima bayaran Fasa 1 STR 2023. Adakah pasangan / waris yang didaftarkan layak menerima bayaran tersebut?
J: Layak. Pasangan / waris yang didaftarkan perlu hadir ke BSN untuk
membuat penunaian dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan seperti di Soalan 15. Walaubagaimanapun, keutamaan
penunaian adalah kepada pasangan. Dokumen pembuktian tambahan seperti dalam jawapan 15 (iv) diperlukan sekiranya pasangan tidak dapat hadir membuat penunaian.
4.Sekiranya penerima dan pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia
pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran Fasa 1 STR 2023?
J: Tidak. Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah
merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan
data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.
5.Sekiranya penerima BKM 2022 bagi kategori Bujang / Warga Emas tiada pasangan telah meninggal dunia pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran Fasa 1 STR 2023?
J: Tidak. Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah
merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan
data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.
Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak STR 2023.Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran STR 2023 yang telah diterima?
J: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
- Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia(MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / NomborPengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
- Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atasnama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan);dan
- Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya
“Syukur Alhamdulillah”
Kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan kepada kita peluang dan nikmat berada di bumi Malaysia yang aman damai ini. Rakyatnya baik, pemimpinya pun baik kerana sudi memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Malaysia sejak dari dahulu walaupun pemimpin bersilih ganti bantuan tetap daripada kerajaan tidak pernah lekang, sentiasa ada sahaja inisiatif daripada kerajaan untuk untuk membantu rakyat Malaysia yang sedang dalam kesusahan. Semoga Allah sentiasa memberkati bumi Malaysia.