Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ustaz Azhar Idrus Masuk Hospital , Air Masuk Dalam Paru-Paru Dan Bengkak Jantung

IMG 20230316 180610

Ustaz Azhar Idrus Masuk Hospital , Air Masuk Dalam Paru-Paru Dan Bengkak Jantung. Penceramah selebriti terkenal Malaysia, Ustaz Azhar Idrus, 59 tahun, saat ini dirawat di Hospital selepas mengalami masalah jantung dan paru-paru yang disebabkan. Menurut mesej tular di aplikasi whatsapp, beliau dikatakan mengalami air masuk dalam paru-paru dan bengkak .Beliau saat ini sedang menjalani rawatan dan akan terus dipantau oleh pasukan perubatan yang bertanggungjawab.

Sebelum ini Ustaz Azhar Idrus terpaksa membatalkan kuliah agama di Masjid Kg Bukit Tadok, Kuala Telemong melalui kenyataan rasmi di Facebook beliau. Diharapkan untuk Ustaz Azhar Idrus diberi kesembuhan.

Ustaz Azhar Idrus Masuk Hospital , Air Masuk Dalam Paru-Paru Dan Bengkak Jantung

Tular Di Whatsapp Mengatakan Ustaz Azhar Idrus Masuk Hospital

Tular hari ini mengenai keadaan Ustaz Azhar Idrus yang dilaporkan berada di hospital yang tidak dinyatakan dan sedang menerima rawatan kerana disyaki mengalami penyakit air masuk ke dalam paru-paru dan bengkak jantung.

Ustaz Azhar Idrus Masuk Hospital , Air Masuk Dalam Paru-Paru Dan Bengkak Jantung

“Assalamualaikum wbt, mohon sahabat2 yg mulia untuk solat hajat kepada us. Azhar idrus, skrg di hospital kene tahan sbb ada air dlm paru2 dan bengkak jantung. Doakan semoga Ustaz cepat sembuh dan kembali dapat menaburkan ilmu kepada masyarakat.”

Berikut adalah mesej yang tular diwhatsapp mengatakan ustaz azhar idrus masuk hospital. Walaubagaimanapun, ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Ustaz Azhar Idrus mengenai kemasukan beliau ke hospital akibat penyakit apa yang beliau hadapi sekarang ini.

Sebagai orang lama diminta untuk orang ramai agar terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan serta Allah memberi kesembuhan kepada beliau kerana kita mengenali beliau sebagai seorang penceramah selebriti terkenal tanah air dengan melalui ceramah-ceramah beliau yang santai dan mempunyai jenaka yang tersendiri membawa dekat ke hati masyarakat serta membimbing masyarakat dalam masa yang sama memberi ilmu pengetahuan berkenaan dengan ilmu agama.

Sumbangan besar beliau amatlah dihargai oleh orang awam kerana penyampaiannya yang santai serta sahaja dapat membimbing masyarakat mengenal ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang dituntut di dalam agama Islam.

IMG 20230316 180610

Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Di Facebook

Semalam pihak Ustaz Azhar Idrus telah mengeluarkan kenyataan mengenai pembatalan kuliah di masjid kampung Bukit tadok yang sepatutnya berlangsung Pada 15 march 2023. Menurut kenyataan mereka telah melaporkan bahawa Ustaz Azhar Idrus terpaksa membatalkan kuliah tersebut kerana menghadapi masalah kesihatan yang tidak diumumkan lagi oleh pihak Ustaz Azhar Idrus.

Walaubagaimanapun tular di WhatsApp bahawa Ustaz Azhar Idrus telah mengalami penyakit air masuk dalam paru-paru dan jantung bengkak yang telah dilaporkan dan berlegar-legar serta tular di aplikasi WhatsApp. Belum pasti berita ini telah disahihkan ataupun tidak namun diharapkan orang ramai sentiasa berhati-hati dengan akan pengeluarnya berita yang palsu atau tidak sahih mengenai Ustaz Azhar Idrus.

Oleh itu ,bersama-samalah kita mendoakan agar kesihatan Ustaz Azhar Idrus terus membaik dan memulih untuk kita melihat kembali murabbi ummah yang merupakan seorang pakar feqah Malaysia untuk kita terus menimba ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus yang santai dikenali sebagai gelaran UAI.

Kisah Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus dulunya merupakan gitaris dalam sebuah kumpulan band muzik di Kuala Terengganu yang dikenali sebagai “band boy”. Beliau pernah membuat beberapa persembahan di stadium-stadium sebelum kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk membuat rakaman. Ustaz kemudian menarik diri dari kumpulan itu kerana tujuannya hanya untuk keseronokan semata.

Selain aktif bersukan, Ustaz juga pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980-an. Waktu malam, beliau biasanya akan berbasikal bersama kawan-kawannya meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu, dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Sebelum terjun dalam bidang agama, Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Setelah berkahwin pada tahun 1990, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik. Waktu inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tidak ada alasan baginya untuk mengelak dari hujan dan ribut. Ustaz Azhar mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru. Perubahan diri beliau menuju ke arah kesungguhan belajar agama bermula apabila sahabat baiknya, seorang ketua “Punk”, menghilang selama 5 tahun dan muncul kembali dengan perubahan yang ketara dalam pemakaian dan tingkah lakunya. Ustaz Azhar kemudian tahu bahawa sahabatnya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan sahabatnya, timbul rasa ingin menjadi seperti dia juga.

Ustaz Azhar bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6. Beliau dilahirkan pada 12 Februari 1964 di Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. Hobi beliau adalah mengembara dan fotografi alam hidupan.

Pendidikan beliau adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
  2. Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
  3. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
  4. Belajar agama sekitar tahun 1990.
  5. Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.

Ustaz Azhar pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, tetapi menganggap itu sebagai “benda lagho”. Antara gurunya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai. Beliau mula mengajar (hanya menyampaikan apa yang sekadar diketahui, kata beliau) di surau belia pernah dilabel sebagai seorang yang sesat atau liberal. Namun, ramai yang menghargai dan menghormati pandangan beliau yang waras dan berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Selain daripada itu, Ustaz Azhar Idrus juga dikenali kerana gaya penyampaian ilmu agamanya yang santai dan mudah difahami oleh orang awam. Beliau sering menggunakan contoh-contoh yang berdasarkan kehidupan seharian dan kadang-kadang menyelitkan humor yang dapat membuatkan penontonnya tersenyum dan terhibur.

Terlepas dari segala kontroversi dan fitnah yang dihadapinya, Ustaz Azhar Idrus tetap konsisten dalam menyebarkan ilmu agama dan membantu umat Islam memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam. Beliau merupakan contoh yang baik untuk dijadikan teladan dalam menyebarkan kebaikan dan kebenaran tanpa mengenal batas dan sempadan.

Mohon untuk semua terus mendoakan kesihatan beliau dan agar beliau baik-baik selau.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati